Showing posts with label Fuckatan Riot. Show all posts
Showing posts with label Fuckatan Riot. Show all posts

Thursday, 13 May 2010

YB Khalid Samad Promosi Aktiviti Gereja???




Thanks to: Cucu Tok Selampit

Ni apa cerita ni YB? Dah tak ada modal lain ke nak "mengemis" undi di Parlimen Sibu? Bila Bloggers Pro BN panggil Khaled Gereja, puak-puak PAS marah. Tengoklah apa yang dia buat tu. Dia dok promosi seminar yang akan diadakan oleh sebuah gereja bernama "Sibu Sacred Heart Church" untuk memancing undi.

Mengikut seorang rakan yang berada di sana memberitahu, kelihatan MP Shah Alam, Khalid Abdul Samad, MP Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud, MP Seputeh Teressa Kok dan isteri calon DAP, Irene Cheng ada di situ untuk mempromosikan ceramah agama yang akan diadakan di Hotel Paramount, esok.

Irene dan Teressa Kok tak apalah, mereka Kristian. Yang dua keldai Melayu Islam pergi promosi Ceramah Agama Kristian tu kenapa? Labu ... Labu ... Mungkin Khalid akan kata, inilah kebebasan Agama cara PAS. PAS For All. Halal Haram masuk sekali. Janji undi masyukkk!

Thursday, 22 April 2010

Khalid Minta Ahli dan Pemimpin Tinggalkan PKR...



Khalid Ibrahim nampaknya semakin tertekan dengan situasi pari mereka dan kegagalan beliau dalam menangani isu keluar parti dalam PKR.. kenyataan beliau semalam menampakan beliau semakin tertekan kerana satu demi satu kepimpinan PKR dan ahli keluar parti.. Bukan seorang tetapi sekurang-kurangnya 34 orang pemimpin PKR telah meninggalkan PKR tersebut termasuk mereka yang telah mengasaskan PKR..

Khalid 'galak' pemimpin, ahli PKR keluar parti

SHAH ALAM 21 April - Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim secara sinis menggalakkan lebih ramai pemimpin dan ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) keluar daripada parti itu jika mendapatinya tidak sesuai lagi.

Beliau yang juga Pengerusi PKR negeri bagaimanapun mendakwa, pihaknya tidak bimbang kerana jika ada yang keluar, masih ramai yang ingin masuk parti itu.

"Baguslah mereka nak keluar PKR... kalau di Klang pun tak apa, kita boleh cari orang lain di Klang untuk masuk PKR. Kalau ada pemimpin atau ahli PKR Kuala Selangor pun nak keluar, saya galakkan.
Ini menunjukan PKR tidak lagi releven kepada masyarakat... Kepimpinan PKR dibawah Khalid yang meneraju negeri selangor nampaknya tidak lagi telus.. antara kepincangan Khalid:
  1. Gagalan melaksanakan menifesto Pakatan Rakyat di Selangor
  2. Berjaya menjadikan meletakan 'Babi' lebih selesa (dalam aircond) daripada rakyat miskin di Selangor
  3. Gagal menunaikan janji memungut kutipan jualan pasir negeri yang kononnya RM150juta.. 
  4. Berjaya membawa calon bermoral rendah sebagai pemimpin.
  5. Berjaya melantik kroni beliau sendiri secara runding terus dan bukan menerusi tender terbuka.
  6. Berjaya melahirkan kroni-kroni PKR yang sentiasa menuntut habuan atas projek2 di negeri selangor
ni baru sedikit.. sedangkan banyak lagi kepincangan beliau dalam menerajui PKR selangor

Thursday, 18 March 2010

Panasss!!! Tak Tahan Punggung Dah Panass Terus Angkat Kaki


Entah berapa tebal makeup terpaksa dipalitkan kemuka untuk menutup muak merah beliau akibat dibogelkan oleh MP Bayan Baru... Tak tahan dengan pekung yang terbuka anwar terus angkat kaki...


KUALA LUMPUR 17 Mac - Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim (Bebas-Bayan Baru) hari ini menggegarkan sidang Dewan Rakyat apabila 'memecahkan tembelang' Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung rancangan mengambil alih kerajaan Pusat '16 September.'
Pendedahan itu juga menyebabkan Anwar 'panas punggung' sehingga mendorong beliau secara tergesa-gesa meninggalkan sidang Dewan.

Zahrain dalam ucapan sulong beliau sebagai MP bebas begitu bersemangat membongkarkan satu demi satu pembohongan anwar.. tak cukup anwar angkat kaki, pencacai-pancacai yang dulu kini dan selamanya dok mengampu anwar demi sebangku jawatan turut angkat kaki... Ketika itu Zahrain baru sahaja berucap lima minit membahaskan usul ucapan titah menjunjung kasih Yang di-Pertuan Agong. Zahrain mendedahkan bagaimana Anwar membohongi wakil rakyat pembangkang kononnya ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang akan melompat parti menyertai pembangkang lebih daripada mencukupi.


Anwar kata Zahrain, turut 'menjaja' nama Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.
Zahrain yang memulakan ucapannya pada pukul 5.05 petang berkata, Anwar mendakwa kononnya Seri Paduka pada satu ketika pernah menunggu di istana untuk mengesahkan jumlah ahli Parlimen BN yang melompat parti bagi menyertai pembangkang.
''Beliau mengakui bahawa Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan pelantikannya sebagai Perdana Menteri keenam sekiranya pakatan pembangkang berjaya membentuk kerajaan Persekutuan sementara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) juga menyokong pelantikan tersebut," tegasnya.
walaupun Zahrain diherdik dan dimaki hamun oleh anjing belaan PKR dan DAP ... siap lagi kalau bukan Tian Chua si pembuli jalanan dan Gobalakrishnan si pelakon hebat yang satu ketika dulu lukanya hanya sedikit tetapi berbalut sampai tak boleh bengkok kaki... zahrain tetap tabah membongkarkan kecurangan Anwar terhadap rakyat... 
Zahrain menjawab dakwaan tersebut dengan mencabar Gobalakrishnan supaya mengulangi tuduhan itu di luar dewan supaya beliau boleh menyamannya.
Beliau seterusnya mendedahkan punca lain meninggalkan PKR adalah kerana parti itu yang pada mulanya memperjuangkan reformasi dan keadilan kini dilihat tertumpu kepada perjuangan peribadi individu tertentu.
Ahli Parlimen Bayan Baru itu turut menyifatkan Anwar sebagai "raksaksa pelbagai wajah" ekoran pendiriannya yang sentiasa berubah-ubah dalam memperjuangkan orang Melayu dan kepentingan agama Islam.
Zahrain juga mendedahkan bahawa Anwar yang kini mendabik dada mahu memperkasakan institusi Islam di negara ini pernah menggelarkan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai ulama 'terompah' iaitu satu gelaran yang sinonim dengan tandas atau tempat kotor.
Selain itu, katanya, tindakannya keluar PKR adalah kerana parti itu terlalu 'memperhambakan diri' dan tunduk kepada DAP sedangkan Anwar pernah berjanji kepadanya bahawa mereka tidak akan sesekali mengikut telunjuk DAP. 

OtherStory

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...