Monday 2 August 2004

KISAH CINTANYA SEORANG ANAK KEPADA SEORANG IBU

Dalam Misykaatul Anwaari menerangkan bahawa Nabi Isa as telah berkata kepada ibunya Maryam: “Sesungguhnya dunia ini adalah kampung yang akan musnah dan sesungguhnya akhirat itu adalah kampung yang kekal, oleh itu marilah ibu bersama saya?” 

Setelah Nabi Isa as berkata demikian pada ibunya maka berangkatlah Nabi Isa as bersama dengan ibunya menuju ke Gunung Lebanon, apabila sampai di gunung tersebut maka Nabi Isa as bersama ibunya berpuasa pada siang hari dan mendirikan solat pada malam hari. Makanan mereka terdiri dari pohon kayu dan meminum air hujan. 

Setelah sekian lama Nabi Isa as dan ibunya Maryam tinggal di Gunung Lebanon maka suatu hari Nabi Isa as turun dari gunung untuk mencari daun kayu untuk berbuka puasa untuk mereka berdua. Setelah Nabi Isa as turun maka datanglah malaikat maut menghampiri Maryam dengan berkata: “Assalamualaiki ya Maryam, orang yang sangat patuh mengerjakan puasa pada siang hari dan mengerjakan solat pada malam hari.” 

Sebaik sahaja Maryam melihat orang yang memberi salam itu maka berkata Maryam: “Siapakah kamu ini? Badan dan seluruh anggotaku menggeletar dan berasa takut pula apabila mendengar suaramu!” 


Monday 17 May 2004

selamat hari guru buat semua guru2 kat malaysia, terutama cikgu aku cikgu nizar, cikgu citra, cikgu razak (Pak Duck), Cikgu rashid (skrg sibuk dengan business SURECO) cikgu fatimah (guru kaunseling aku)… dan semua cikgu2 yang dah kembali kerahmatullah aku sedekahkan al-fatihah…

OtherStory

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...