Tuesday 10 July 2012

FOTO NGERI !! MEREKA D BUNUH & BAKAR KERANA MEREKA BERKATA ALLAH TUHAN KAMI !! AL-FATIHAH !

Ya Allah.,kau selamatkanlah mereka. Biar satu dunia tahu kekejaman Kerajaan Burma terhadap orang Islam. Sesungguhnya mereka ini saudara sesama Islam kita,sedangkan kita tidak berbuat apa-apa.

 

 


Mampukah anda membantu muslim Burma yang dipinggirkan?  Jika anda tidak mampu membantu mereka walaupun dengan apa jua cara, bolehkah sekurang-kurangnya anda ceritakan sahaja nasib dan keadaan mereka kepada teman anda.



KAUM buddha Burma sedang menyembelih saudara saudara kita di sana..dihadapan pihak pihak berkuasa tanpa ada pembelaan dari mereka..mereka membawa pedang senjata senjata tajam membunuh setiap muslim yang ditemui lalu mayat dibakar..

ALLAHUAKBAR..

 

 


View article...

VIDEO KE 2 ARWAH NINJA !! RAKAMAN "PEMBUNUHAN" SUDAH D RANCANG ?!! SIASAT JURUVIDEO INI !!

Tahniah kepada paperwaris d atas ketelitian beliau mengenai satu-satunya video rakaman milik "awam" d tempat kejadian..seolah-olah semuanya d rancang..siapa tak kenal mangkok..ehh blogger jamban milo taik ni..kenapa begitu cepat dia dapat rakaman tersebut atau beliau sendiri ada d tempat kejadian ? atau memang ada talibarut dia d sana ?

 

Kalau taik tu ada d sana..Milo taik ni buat apa kat sana ? Jabatan Perdana Menteri tu..ada liputan fitnah apa beliau d sana ? atau memang beliau kerja d sana atau dia yang terlibat secara langsung dalam serangan tempang ini ? Apakah ada kaitan dengan kejatuhan ranking blog beliau yang semakin suam ? atau beku ? maklumlah blog fitnah mana tahan lama...

 

Lihat semula video d atas berulang kali...guna earphone atau headphone dan anda akan lihat ada kebenaran "Lingkaran" ini...

 

tq waris..anda hebat !!


View article...

Saturday 23 June 2012

Gadis Jual MARUAH demi DUIT!!




Gadis Melayu lulusan UiTM ini telah dijadikan penceramah untuk menarik golongan Melayu terutama anak muda supaya bersama-samanya dalam parti rasis DAP ini.

Dengan tergagap-gagap bercakap macam orang tenggelam punca tak tahu mana nak sebut, gadis ini menyalahkan kerajaan sebab UiTM untuk MELAYU saja. Dik ooi berapa banyak universiti kat malaysia?? Universiti awam berapa? UNIVERSITI SWASTA berapa? UTAR, TAYLOR, etc.. yang MAJORITI STUDENT CHINA.. tu pun racist jugak ke? berapa banyak lagi university yang selain UiTM yang terbuka untuk semua kaum.. 


And as UiTM Student... u should know that UiTM is not only for MALAYS.. but for BUMIPUTERA.. BUMIPUTERA bukan melayu saja dik ooi... Kadazan ada, Murut ada, Iban ada, Bidayuh ada... tak larat lah nak tulis banyak2.. so faham lah sendiri.. tu lah... orang pegi kelas ko dok dating dengan balak... ORANG LAIN BELAJAR TINGGI JADI PANDAI... KO BELAJAR TINGGI2.. BODOH BERTINGKAT2.. 

Kata budak bebal ni lagi PAKATA HARAM amalkan perpaduan KAUM... perpaduan tang mana tu?? tapi dia masuk DAP... so DAP ni AMaLkan PerPADUAN KAum ke?? Nampak sangat minah ni buta sejarah... SAPA PENCETUS 13 MEI 1969?? SIAPA YANG NAK SAPU MELAYU?? 

HEbat sungguh UMPANAN DAP nak memikat UNDI Melayu... Gunakan ORANG MELAYU SEBAGAI UMPAN.. 



DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

Monday 18 June 2012

KAFIR MENGKAFIR SESAMA ISLAM!! ... Bahagian 2

Dalam ajaran Islam, ilmu agama yang diketahui secara pasti (kebenarannya) itu; seperti masalah tauhid, kenabian, sempurnanya risalah dengan perutusan Nabi Muhammad SAW, kebangkitan semula pada hari Kiamat, hisab, pembalasan pada hari Kiamat, syurga dan neraka. Jika seorang Muslim mengingkari hal-hal seperti itu, maka dia dinilai sebagai kafir. Tiada keuzuran bagi setiap Muslim untuk tidak mengetahui perkara-perkara asas seperti itu, melainkan bagi orang-orang yang baru memeluk agama Islam. Mereka dimaafkan sehinggalah mereka mempelajarinya, dan selepas itu mereka tidak boleh dimaafkan lagi jika mengingkarinya.

Manakala hadis mutawatir ialah khabar atau hadis yang diriwayatkan oleh sejumlah perawi yang dipercayai dan tidak mungkin melakukan pembohongan, yang (diterima) daripada sejumlah perawi seperti mereka; baik dari aspek isnad (rangkaian orang yang meriwayatkannya) mahu pun tabaqat (ramainya bilangan perawi).

“Bukan PAS dengan Umno sahaja yang berebut, Nabi Muhammad SAW dulu berebut jaga negeri dengan adik beradik dia Abu Lahab, Abu Jahal dan Abu Sufian. ( Petikan kata-kata Nik Aziz yang dipetik dari laporan harakahdaily bertarikh 31 Oktober, 2010)


Adapun isnad, seperti hadis:
"Sesiapa yang melakukan pembohongan ke atasku, maka dia menyiapkan tempat duduknya di dalam neraka."
Manakala dari aspek tabaqat (mutawatir pada setiap peringkat) seperti mutawatir-nya al-Quran. Al-Quran itu mutawatir tanpa ada had; baik di timur mahupun di barat; dalam mempelajari, membaca, mahupun menghafaznya, yang diterima dan diriwayatkan daripada sekelompok yang banyak kepada kelompok yang banyak, daripada satu generasi kepada generasi yang lain. (Oleh kerana terlalu ramai perawinya sehingga tidak terkira), maka al-Quran tidak memerlukan kepada isnad.

Kadang kala, mutawatir itu berlaku pada amalan dan pewarisan; seperti amalan sesuatu semenjak zaman Nabi Muhammad SAW sampai sekarang, diamalkan dan dipraktikkan, serta tiada sesiapa yang mengingkarinya (khususnya ulama).

Kadang kala, terjadi mutawatir dari segi ilmu seperti mutawatirnya mukjizat Nabi Muhammad SAW. Meskipun sebahagiannya ada yang diriwayatkan secara ahad (individu), tetapi secara umumnya ia dapat dinilai mutawatir dengan ilmu pengetahuan setiap Muslim.

Sesungguhnya menghukum seseorang Muslim itu kafir bukan pada perkara-perkara yang telah kami terangkan di atas, adalah suatu yang amat bahaya. Dalam hadis, Rasulullah SAW menegaskan:
Jika seseorang berkata kepada saudaranya, "Wahai kafir!" Maka kekafiran itu akan kembali (menimpa) kepada salah seorang di antara keduanya.
(riwayat Imam al Bukhari daripada Abu Hurairah RA)

Kesimpulannya, pengarang kitab ini benar-benar mengingatkan kita, supaya berhati-hati daripada sembarangan melabel orang lain sebagai kafir bukan pada tempat-tempat atau perkara-perkara yang telah dijelaskan sebelum ini, kerana perbuatan seperti itu mengandungi bahaya yang amat besar. Hanya Allah SAW sahajalah yang dapat menunjukkan jalan yang lurus, dan hanya kepada-Nya kita semua akan dikembalikan.





DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

KAFIR MENGKAFIR SESAMA ISLAM!! ... Bahagian 1



Mereka kelihatan begitu mudah dan terburu-buru menghukum kafir ke atas saudara seagama hanya kerana wujudnya percanggahan pendapat dengan mereka, hinggakan hanya sedikit sahaja kaum Muslimin yang berbaki di muka bumi ini.

Walau bagaimanapun, kita memandang sikap keterlaluan mereka dengan baik sangka. Kemungkinan, niat mereka baik - demi menjaga kemurnian ajaran Islam daripada perbuatan syirik melalui konsep amar makruf dan nahi mungkar.

Namun, mereka lupa, amar makruf dan nahi mungkar perlu kepada sikap berhikmah (bijaksana) dan peringatan yang baik. Jika ada yang perlu didebatkan sekalipun, haruslah dilakukan dengan cara terbaik, sebagaimana firman Allah SWT: 
Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad!) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik.
 (al-Nahl: 125)

Cara ini lebih mudah diterima dan menghasilkan apa yang diharapkan. Adapun menyanggahi cara ini, merupakan suatu kesilapan dan kebodohan.

Oleh itu, apabila kamu mengajak seseorang Muslim yang mendirikan solat, melaksanakan apa yang difardukan oleh Allah SWT, menjauhi segala yang diharamkan-Nya, menyebarluaskan dakwah Islam dan aktif memakmurkan masjid kepada perkara-perkara yang pada pandangan kamu adalah benar, tetapi pandangannya berbeza dengan pandangan kamu, dan pandangan ulama mengenainya masih belum disepakati sejak dahulu hingga sekarang.

Maka dia enggan menurut pandangan kamu, lalu kamu melemparkan tuduhan "kafir" kepadanya hanya kerana beberapa perbezaan pendapat, maka sebenarnya kamu telah melakukan sebesar-besar kemungkaran dan perbuatan yang dilarang keras oleh Allah SWT dan Rasul-Nya. Maka kamu diseru supaya melaksanakannya dengan jalan yang berhikmah dan baik.


Al-Allamah al-Imam Sayyid Ahmad Masyhur al-Haddad RA mengatakan,

"Sesungguhnya telah ditetapkan oleh ijmak ulama larangan mengkafirkan seseorang ahli Kiblat; kecuali jika dia mengingkari Allah Yang Maha Pencipta dan Maha Berkuasa, atau melakukan perbuatan syirik secara terang-terangan yang tidak perlu lagi diandaikan takwilannya, atau mengingkari kenabian Nabi Muhammad SAW, atau mengingkari sesuatu yang telah pasti kebenarannya dalam agama, atau mengingkari suatu masalah atau hadis mutawatir (yang telah pasti kesahihannya), atau pun sesuatu yang telah disepakati oleh ulama."
Sejarah perkembangan umat Islam telah menunjukkan kepada kita betapa adanya individu atau kumpulan yang mahukan kuasa sehingga sanggup melakukan apa sahaja sekalipun memutarbelitkan hukum agama sebagaimana yang dilakukan oleh Kumpulan Khawarij di Zaman Saidina Ali dan Muawiyah.
Sebenarnya golongan yang sangat taksub kepada Saidina Ali ini telah melakukan tindakan yang melampau sejak zaman pemerintahan Saidina Uthman lagi.
Mereka telah menuduh Saidina Uthman sebagai kafir dengan alasan baginda tidak menghukum dengan apa yang diturunkan oleh ALLAH (s.w.t.) dan hal ini mengakibatkan berlakunya fitnah besar di kalangan umat Islam.
Oleh kerana salah satu natijah penting daripada tuduhan kafir(takfir) ialah halal darah,maka tuduhan kufur terhadap Saidina Uthman telah membawa kepada penumpahan darah seorang sahabat besar Rasulullah (s.s.w.) dan Khalifah Islam ketiga dengan mangkatnya beliau.
Ekoran daripada pembunuhan Saidina Uthman, timbul di kalangan masyarakat Islam waktu itu golongan yang ingin menuntut bela terhadap darahnya,yang berakhir dengan peperangan al-jamal antara kumpulan yang dipimpin oleh Saidatina Aisyah dan Saidina Ali.
Peperangan al-jamal telah mengakibatkan penumpahan darah ribuan umat Islam. Fitnah takfir berulang lagi pada zaman Saidina Ali, golongan Khawarij bukan sahaja mengkafirkan Saidina Ali dan pengikut-pengikutnya,tetapi juga umat Islam yang bukan Khawarij serta menghalalkan darah mereka. Malah lebih jauh lagi pegangan ini mereka jelmakan dalam tindakan dengan membunuh siapa saja orang Islam bukan Khawarij yang mereka temui.
Peristiwa sejarah telah memperlihatkan betapa besarnya bahaya dan kemusnahan akibat daripada perbuatan takfir terhadap akidah dan perpaduan umat. Menyedari kelemahannya, PAS mengambil jalan singkat yang merbahaya dan kotor untuk terus berhadapan dengan UMNO.
Petikan Dari Unspinners 








DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

Siapakah Sejahat-jahat Makhluk?



Tersebut dalam kitab Hadith Bukhari, bahawa sahabat Nabi SallaLLahu 'alaihi wasallam, bahawa sahabat Nabi Ibnu Umar radiyaLlahu 'anhu berpendapat, bahawa orang-orang khawarij dan i'tiqadnya adalah orang-orang yang paling buruk. Kami nukilkan di bawah ini apa yang disebut dalam Kitab Bukhari yang bererti :
Dan adalah sahabat Nabi Ibnu Umar radiyaLlahu 'anhu berpendapat bahawa makhluk ALlah yang paling jahat, mereka mengambil ayat-ayat al Quran yang sebenarnya turun untuk orang kafir, tetapi digunakannya kepada orang Mukmin (Fathul Bari XV halaman 313), Sahih Bukhari no 6531.
Dalam menerangkan perkataan Ibnu Umar ini, Imam Ibnu Hajar Asqalani menyatakan bahawa dalam hadith yang dirawikan oleh Imam Tabari menerangkan bahawa seorang Asyaj bertanya kepada Nafi'i - bagaimana pendapat Ibnu Umar tentang orang-orang Khawarij yang berkumpul di Hururiyah? AbduLlah bin Umar menjawab, 
bahawa mereka adalah makhluk yang paling buruk, kerana mereka menggunakan ayat-ayat al Quran yang sebetulnya menerangkan hal-hal orang kafir dan digunakannya kepada orang Mukmin  (Fathul Bari Juzuk 15 halaman 313)

Sumber rujukan :


1. Dr Muhammad Adil Azizah Al Kayalli, Al Firqah An Najiah Hia Al Ummatul Islamiyyah Kulluha, Cet 1, 2008, halaman 119-120, Mutiara Ilmu Surabaya


2. K.H Sirajuddin Abbas, I'tiqad Ahlussunnah Wal-jama'ah, Cet Kesembilan , 2006, Halaman 149, Pustaka Aman Press





DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

WAJIB BACA: ISLAM DAN KETUANAN MELAYU!! ... BAHAGIAN 2

Sebagaimana telah dijelaskan, konsep ketuanan Melayu bukanlah suatu ungkapan yang tidak ada pengertiannya, tetapi mengandungi makna yang besar. Apabila seseorang menyeru ke arah menolak konsep ketuanan Melayu dan semangatnya seumpama seseorang yang mempunyai sebuah rumah lalu mengisytiharkan rumah tersebut bukan miliknya lalu diberikan kepada sesiapa yang menginginkannya secara percuma. Bahkan, isu itu lebih dari sekadar itu sahaja.

Ia sememangnya melibatkan isu yang lebih luas dalam konteks negara Malaysia ini terutamanya melibatkan institusi beraja di tanah Melayu (atau Malaysia) ini yang bertanggungjawab menjaga agama dan keistimewaan bangsa Melayu dan Bumiputera yang merupakan penduduk asal di Malaysia.

Para ulama' Nusantara bersemangat mempertahankan ke"nusantara"an mereka dengan gelaran merujuk kepada tanah asal masing-masing (seperti Al-Fathani, Al-Falambani, Al-Banjari, Al-Bantani, Al-Jawi, Al-Fadani, Al-Filfilani, Al-Kalantani dan sebagainya) di samping menulis kitab-kitab agama dalam tulisan Jawi membuktikan semangat ini perlu terus dipertahankan melalui segenap konsep yang dapat dimanfaatkan untuk tujuan tersebut.

Ketuanan Melayu bukan semata-mata isu politk sehingga sesetengah pihak mengaku sedang menjuarai agenda mempertahankannya sedangkan sebahagian yang lain cuba menghancurkannya atas dasar ianya adalah agenda politik sesetengah parti bersemangat kebangsaan. Ukurannya adalah ilmu dan falsafah umumnya, sebelum emosi dan situasi khusus yang bersifat cabang di sekitarnya.

Teras Mencintai Tanah Air


Islam sangat menjaga dan meraikan unsur fitrah dalam diri manusia. Antaranya, termasuklah kecintaan kepada tanah air yang menjadi fitrah dan tabiat murni dalam diri mereka. Bahkan, merasa betapa tanah air tercinta sebagai sebahagian daripada kehidupan manusia adalah suatu yang mengalir dalam kemanusiaan manusia.

Rasulullah s.a.w. menzahirkan rasa kecintaan terhadap tanah air Baginda s.a.w. yang tercinta, iaitu bumi Makkah, sebagaimana dalam sabda Baginda s.a.w. ketika keluar berhijrah meninggalkan bumi Makkah tersebut:


ما أطيبكِ من بلد ، وأحبَّÙƒِ إليَّ ، ولولا أن قومي أخرجوني منكِ ما سكنتُ غيركِ " .
Maksudnya: Alangkah indahnya engkau (wahai Makkah) selaku tempat kediaman dan engkaulah yang paling ku cintai. Andai bukan kerana kaumku mengeluarkanku daripadamu, nescaya aku tidak akan mendiami di mana-mana tempat selainmu". [Hadis riwayat Imam At-Tirmizi, no: 3926]

Islam: Antara Keluasan Ajarannya dan Pengiktirafan Fungsi Perbezaan Dalam Masyarakat

Ramai orang membincang sesuatu isu secara terpisah sehingga akhirnya membuat kesimpulan yang tidak menyeluruh. Begitulah yang berlaku dalam menilai ajaran Islam dan pedomannya dalam sesuatu permasalahan dan isu. Ajaran Islam mengajar tentang keluasan ajarannya yang menjangkau perbezaan bangsa dan sempadan daerah, namun dalam masa yang sama tidak menafikan hikmah di sebalik perbezaan bangsa yang menghuni d sesuatu tempat tersebut.

Ketika Allah s.w.t. menyebut tiada beza di sisi Allah s.w.t. antara mana-mana kaum melainkan dengan takwa, namun Allah s.w.t. masih menjelaskan wujudnya fungsi perbezaan kaum tersebut yang perlu dihayati. Dalam firman Allah s.w.t. yang bermaksud:


Wahai manusia sesungguhnya kami jadikan kamu lelaki dan perempuan dan kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak supaya kamu kenal-mengenal. Sesungguhnya sebaik-baik kamu di sisi Allah ialah yang paling bertakwa di antara kamu."
 (Al-Hujurat: 13)

Ayat ini menjelaskan sebahagian fungsi perbezaan antara jantina dan bangsa adalah untuk saling mengenali dengan ciri-ciri keistimewaan mereka yang tersendiri. Antara ciri-ciri keistimewaan masing-masing adalah tanah asal mereka itu sendiri yang akhirnya akan disentuh secara lebih terperinci selepas ini. Jadi, seseorang tidak dapat menolak kepentingan ciri-ciri keistimewaan dalam kelainan antara sesama bangsa yang berbeza dalam pada menetapkan keluasan ajaran Islam. Ia adalah dua perbahasan yang berbeza tetapi tidak terpisah.

Penduduk Tempatan dan Penduduk yang Berhijrah dalam Mafhum Al-Qur'an

Kita perlu melihat konteks penduduk "tempatan" dan mereka yang berhijrah dari sesebuah tanah air asal menuju ke sesuatu tempat yang baru dalam neraca dan panduan murni Al-Qur'an Al-Karim. Allah s.w.t. berfirman:

(Pemberian itu hendaklah diuntukkan) kepada orang-orang fakir yang berhijrah, yang telah diusir keluar dari kampung halamannya dan harta bendanya (kerana berpegang teguh kepada ajaran Islam), untuk mencari limpah kurnia dari Allah dan keredaanNya, serta menolong (agama) Allah dan RasulNya; mereka itulah orang-orang yang benar (imannya dan amalnya).
Dan orang-orang (Ansar) yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang telah diberi kepada orang-orang yang berhijrah itu dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya. [Surah Al-Hasyr: 8-9]

Dalam ayat ini menceritakan tentang dua golongan Islam yang dimuliakan oleh Allah s.w.t. iaitulah orang-orang Muhajirin dan orang-orang Anshar. Allah s.w.t. menjelaskan betapa orang-orang Muhajirin yang berhijrah dari kampung halaman mereka menunjukkan Islam meraikan sudut sejarah bagi sesuatu kaum yang berhijrah dari sesuatu tempat menuju ke sesuatu tempat yang lain.

Begitu juga, ayat seterusnya menceritakan tentang orang-orang Anshar yang "mendiami" negeri Madinah lalu mengasihi para muhajirin yang berhijrah ke negeri "mereka" (iaitu negeri orang-orang Anshar). Allah s.w.t. tidak menghilangkan nisbah orang-orang Anshar sebagai tuan kepada kediaman mereka sendiri dengan menisbahkan negeri tersebut kepada mereka.

Ayat ini mengajar kita bagaimana berinteraksi dengan isu bangsa dan tempat kediaman dengan melihat sejarah sesuatu bangsa yang sudah memegang pemerintahan di sesuatu tempat dengan bangsa yang berhijrah lalu menghuni di tempat orang lain. Biarpun Saidina Rasulullah s.a.w. memimpin orang-orang Islam secara umumnya, namun kepimpinan tempatan seperti negeri Madinah kepada orang-orang Anshar, negeri Makkah kepada para pembesar Quraisy dan sebagainya.

Jadi, ayat ini menjelaskan bagaimana mengiktiraf ketuanan bangsa kepada sesuatu tempat adalah sesuatu yang diamalkan dalam Al-Qur'an walaupun tanpa istilah-istilah ketuanan dan sebagainya. Pun begitu, tetap sahaja, maksud ketuanan sesuatu bangsa iaitu kepimpinan tempatan bagi sesuatu bangsa yang memimpin di tempat mereka tersebut diraikan dalam ajaran Islam.

Persekitaran Istilah Ketuanan Melayu


Definisi Ketuanan Melayu selalunya sekitar "Bangsa Melayu sebagai bangsa asal Tanah Melayu (Malaysia) selain bangsa pribumi yang lain".

Dalam wikipedia menyebut:
"Ketuanan Melayu ialah kontrak sosial yang mendakwa bahawa orang Melayu adalah tuan kepada Persekutuan Tanah Melayu (sekarang) Malaysia. Orang Cina dan India di Malaysia yang dianggap sebagai pendatang (yang dibawa masuk oleh British) disifatkan terhutang budi kepada orang Melayu kerana kesanggupan dan kesediaan orang Melayu menerima mereka sebagai warganegara Persekutuan Tanah Melayu (sekarang) Malaysia sebagai prasyarat British memberikan kemerdekaan kepada Persekutuan Tanah Melayu."

Dr. Mohd Ridhuan Tee berkata:
"Ketuanan Melayu hanya satu istilah untuk menunjukkan bahawa orang Melayu adalah bangsa asal negara ini, selain orang asli. Atas kefahaman ini, maka saya dapat menerima istilah ini tanpa prejudis, apatah lagi untuk mempertikaikan bahawa orang Melayu juga adalah pendatang, berasal dari Yunan dan Indonesia." - Utusan 

Istilah Ketuanan (As-Siyadah)


Sesetengah orang yang cuba menolak konsep ketuanan hanya kerana tidak mampu memahami isu bahasa dengan baik. Ada yang mendakwa konsep ketuanan (ketuanan Melayu sebagai contoh) menyebabkan bangsa-bangsa lain adalah hamba kerana lawan bagi tuan adalah hamba. Anggapan begini adalah suatu anggapan yang lahir daripada kejahilan terhadap keluasan sesuatu istilah.

Dalam bahasa Arab, perkataan as-sayyid (tuan) tidak menyebabkan selain daripada orang yang dipanggil as-sayyid adalah hamba-hamba kepada as-sayyid tersebut. As-Sayyid atau tuan adalah suatu ungkapan untuk menghormati seseorang yang mempunyai kedudukan dan kepimpinan.

Istilah tuan hanya merujuk kepada hamba jika istilah tuan itu dinisbahkan kepada seseorang untuk tujuan menjelaskan status kehambaan orang yang dinisbahkan tersebut. Seperti contoh, tuan si A, boleh membawa maksud tuan kepada si A tersebut sedangkan si A adalah hamba kepada tuan tersebut.

Tetapi, jika dikatakan tuan kepada sesuatu bangsa, tempat dan sebagainya, tidak menyebabkan selain "tuan" adalah hamba. Mengapa mengelirukan orang-orang sekeliling dengan kekeliruan diri sendiri? Lihatlah dalam Kamus Dewan Edisi Kedua dalam menjelaskan maksud kalimah "tuan":-

1 panggilan bagi orang lelaki yg berpangkat atau yg patut dihormati: ~ hakim. 2 panggilan bagi wanita bangsawan (spt puteri raja): ~ puteri. 3 kata ganti nama diri bagi orang lelaki atau orang perempuan yg dilawan bercakap: ~ hendak ke mana? 4 yg empunya; pemilik: Siapa ~ kedai ini? 5 orang tempat seseorang menghambakan diri; lw hamba: ~ saya baru saja keluar. ~ rumah a. pemilik rumah. b. orang yg meraikan tetamu. tuan-tuan sekalian orang yg hadir dlm sesuatu keramaian, majlis dll: Saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas kerjasama ~. bertuan ada tuannya atau ada pemiliknya; mempunyai penguasa: Rumah ini belum ~ lagi. bertuankan menerima atau mengakui seseorang sbg tuan. menuani berlaku sbg tuan terhadap (sesuatu atau seseorang); menguasai; memiliki. menuankan menjadikan sbg tuan; memanggil tuan kpd orang yg dilawan berbicara. ketuanan hak memerintah; kekuasaan: Kublai Khan mendesak Singhasari menerima ~ Mongol. pertuanan 1 golongan bangsawan. 2 pemerintahan. dipertuan dimuliakan. Yang di-Pertuan Agong ketua negara Malaysia.

Maksud tuan dalam kalimah ketuanan Melayu yang difahami umum sudah semestinya merujuk kepada maksud yang keempat iaitu bangsa Melayu sebagai pemilik asal tanah Melayu ini.

Ketuanan sendiri dalam Kamu Dewan Edisi Keempat menyebut:

"hak menguasai dan memerintah sebuah (negeri, daerah, dll), kedaulatan:"

Jadi, di mana salahnya istilah "ketuanan" Melayu ini melainkan pada salah faham sesetengah pihak atau di sisi mereka yang cuba mengelirukan masyarakat umum. Benarlah kata Dr. Mohd Ridhuan Tee:

"Penggunaan istilah ketuanan Melayu tidak langsung menggambarkan hubungan antara 'tuan' dengan 'hamba' sebagaimana yang didakwa oleh kumpulan ultra kiasu."-Utusan

Ketuanan Melayu dan Perlembagaan

"Artikel 153 Perlembagaan Malaysia memberikan tanggungjawab kepada Yang di-Pertuan Agong menjaga kedudukan keistimewaan orang Melayu dan penduduk asal Malaysia, secara kumpulannya dirujuk sebagai Bumiputera. Artikel mengspesifikkan bagaimana kerajaan pusat melindungi kepentingan kumpulan-kumpulan ini dengan mendirikan kuota kemasukan ke dalam perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam. Ia juga biasanya dianggap sebagai sebahagian daripada kontrak sosial, dan biasanya dikatakan sebagai pertahanan legal bagi ketuanan Melayu — kepercayaan orang Melayu bahawa mereka adalah penduduk asal Malaysia."

Maksudnya, ketuanan Melayu berkait rapat dengan tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong (Raja Melayu) menjaga kedudukan keistimewaan orang Melayu dan penduduk asal Malaysia yang dirujuk sebagai Bumiputera. Dalam ungkapan perlembagaan, ianya disebut sebagai Artikel 153 Perlembagaan Malaysia sedangkan dalam kontrak sosial, ianya disebut sebagai ketuanan Melayu.

Ramai orang tidak faham ungkapan ini secara menyeluruh akhirnya membuat kesimpulan betapa ketuanan Melayu membawa kepada pengabaian terhadap kaum-kaum lain. Jika kita rujuk secara dekat dalam artikel 153 ini, apa yang disebut adalah berkenaan dengan menjaga "kedudukan keistimewaan" Bumiputera. Ia tidak menafikan aspek "menjaga" hak-hak kaum lain kerana pengkhususan tanggungjawab penjagaan dalam artikel tersebut lebih merujuk kepada kedudukan keistimewaan yang khusus kepada Bumiputera.

Jadi, penjagaan terhadap "kedudukan keistimewaan" secara khusus bagi sesuatu bangsa yang menjadi penduduk asal Malaysia tidak menafikan penjagaan "hak-hak" setiap kaum secara umum. Apa yang berbeza adalah, sesetengah kaum mempunyai hak dan sesetengah kaum yang lain (penduduk asal) mempunyai hak dan kedudukan keistimewaan. Itu sahaja.

Antara Ketuanan Islam dan Ketuanan Melayu


Sudah tentulah, setiap istilah perlu kepada definisinya yang sesuai dengan penggunaannya yang tepat dalam bahasa yang digunakan. Istilah ketuanan dalam bahasa Melayu sendiri merujuk kepada:-

- hak memerintah; kekuasaan [Kamus Pelajar]
- hak menguasai dan memerintah sebuah (negeri, daerah, dll), kedaulatan [Kamus Dewan Edisi Empat]

Jika kita menisbahkan kalimah "ketuanan" kepada kalimah Islam bererti kita bermaksud bahawa Islam mempunyai hak memerintah dan mempunyai kekuasaan. Padahal, Islam adalah agama yang menjadi panduan dalam urusan kehidupan manusia secara menyeluruh, tetapi tidak pula mempunyai "hak memerintah" sebagaimana yang dimaksudkan oleh kalimah ketuanan itu sendiri. Perkataan hak sendiri merujuk kepada individu, bukan kepada sesebuah agama.

Sedangkan, ketuanan Melayu pula merujuk kepada "hak memerintah" (atau sekurang-kurangnya merujuk kepada "penduduk asal di tanah Melayu"), bagi bangsa Melayu di Malaysia. Sudah pasti kalimah ketuanan Melayu dan ketuanan Islam berbeza kerana afraad (individu-individu) yang terkandung dalam dua kalimah tersebut berbeza sama sekali.

Jika disebutkan kalimah "ketuanan Islam", maka ianya tidak merujuk kepada konsep mempertahankan "hak keistimewaan bangsa Melayu sebagai penduduk asal Malaysia di samping Bumiputera yang lain" sebagaimana ianya terkandung dalam kalimah Ketuanan Melayu, kerana ketuanan Islam akan merangkumi bangsa selain Melayu dan Bumiputera yang telah memeluk Islam. Ia tidak salah dari sudut ajaran Islam tetapi tidak juga sampai kepada maksud sebenar fungsi istilah "ketuanan Melayu" yang berkait rapat dengan artikel 153 dipertahankan dalam Perlembagaan.

Istilah "ketuanan Islam" juga tidak bersifat mani'e untuk merujuk kepada semangat sebenar di sebalik artikel 153 ini bahkan sebaliknya, isitilah "ketuanan Melayu" lebih merangkumi maksud ketuanan Islam secara tidak langsung kerana dalam takrif Melayu menurut Perlembagaan Persekutuan adalah:-

Orang Melayu itu mestilah beragama Islam, mengamalkan adat budaya Melayu, bertutur menggunakan bahasa Melayu dan lahir sebelum hari merdeka sama ada di Tanah Melayu atau Singapaura, atau pada hari merdeka telah bermastautin di Tanah Melayu atau Singapura.

[Perkara 160 (2) Perlembagaan Malaysia]

Penutup Ringkas: Hak dan Keistimewaan Bumiputera


Tan Sri Prof. Khoo Kay Kim berkata:
"Memandang dari sudut kuota pula, kita seharusnya tidak menafikan hak kuota Bumiputera yang mempunyai banyak kelebihan dalam pelbagai aspek kerana mereka rakyat beraja. Kerajaan memang diasaskan oleh orang Melayu yang masyarakatnya terdiri dari dua kelas iaitu kelas yang memerintah dan kelas yang diperintah."
 [Majalah Milenia, September 2010, m/s: 19]

Ketika membincangkan tentang ketuanan Melayu, kita membincangkan tentang "tanah Melayu" yang lebih dikenali sebagai Malaysia ketika ini. Ia tentang penduduk asal, kerajaan asal, pentadbiran asal dan bangsa pembangun tamadun asal di tanah bernama Malaysia tersebut. Ia sudah pasti tidak terpisah daripada Islam bahkan Islam sendiri adalah panduan terbaik dalam membentuk sebuah konsep terbaik berkaitan ketuanan Melayu ini.

Wallahu a'lam....

Mendonan kata: Buat kawan2 blogger yang memperjuangkat Alif Ba Ta... teruskan perjuangan.. kita berjuang bukan untuk diri kita. bukan untuk mereka yang hidup pada masa sekarang.. tetapi anak cucu kita di masa akan datang.. Insyallah.. 

DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

WAJIB BACA: ISLAM DAN KETUANAN MELAYU!!

Islam Agama Keadilan


Islam adalah agama yang meletakkan sesuatu pada tempatnya berdasarkan konsep keadilannya. Oleh yang demikian, sebarang isu perlu dinilai terlebih dahulu dari sudut agama itu sendiri.

Apabila membincangkan soal meletakkan sesuatu pada tempatnya. Apabila Islam mula berkembang, masyarakat Arab Jahiliyyah samada di Makkah mahupun di Madinah (Yathrib) mempunyai krisis politik yang serius. Islam meraikan kedudukan "ketuanan" bangsa-bangsa tertentu dalam negara mereka berdasarkan faktor sejarah dan sebagainya.

Ketika Rasulullah s.a.w. hadir ke Madinah, Rasulullah s.a.w. memberikan kepimpinan politik tempatan kepada "bangsa"yang menetap di situ khususnya golongan Anshar dari kalangan Aus dan Khazraj. Rasulullah s.a.w. dilihat sebagai pemimpin Madinah kerana memimpin sudut keagamaan masyarakat tersebut yang mana agama Islam merangkumi seluruh aspek kehidupan. Ini akhirnya menyebabkan kepimpinan Rasulullah s.a.w. dalam bidang agama turut juga merangkumi bidang ketenteraan dan politik.

Namun, bangsa Aus dan Khazraj masih memimpin bahagian politik tertentu khususnya melibatkan bangsa mereka. Namun, ketika Islam semakin berkembang sehingga ke Makkah (stelah Fath Makkah), Rasulullah s.a.w. tidak mengambil alih kepimpinan politik tempatan daripada pembesar Quraisy di Makkah walaupun memimpin masyarakat Islam sebagai sebuah Ummah dalam skop yang lebih besar. Namun, ketuanan bangsa sesuatu tempat tetap dipelihara.

Kesultanan Melayu dan Turki Uthmaniyyah


Begitu juga kedudukan bangsa Melayu sebagai bangsa yang menetap dalam Tanah Melayu sejak sekian lama (beserta golongan pribumi yang lain) bahkan suatu bangsa yang mempertahankan Islam sejak sekian lama di Tanah Melayu ini, serta kesultanan Melayunya secara jelas merupakan cabang daripada Khilafah Uthmaniyyah sebelum kejatuhannya, menunjukkan betapa ketuanan Melayu perlu dipertahankan atas dasar sejarah dan kepentingannya dalam menjadi bangsa utama yang mempertahankan Islam di samping sebagai bangsa yang menduduki tanah Melayu ini. Ketuanan Melayu adalah identiti tanah Melayu di sisi tamadun Islam secara umum dan di sisi khilafah Islamiyyah pada zaman Uthmaniyyah.

Nama asalnya iaitu "Tanah Melayu" sendiri sudah menunjukkan kedudukan bangsa Melayu sebagai penduduk asal yang membangunkan tamadun di Malaysia. Konsep ketuanan sesuatu bangsa tidak pernah bercanggah dengan Islam malah diraikan dalam Islam selagimana ianya dipertahankan atas kerangka agama Islam itu sendiri.

Ketuanan Bangsa dan Fitrah


Mempertahankan ketuanan sesuatu bangsa di tempat mereka adalah fitrah manusia itu sendiri yang lahir cari mencintai bangsa sendiri secara tabi'e. Rasulullah s.a.w. sendiri pernah ditanya:

يا رسول الله امن العصبية أن يحب الرجل قومه؟
Maksudnya: Wahai Rasulullah... Adakah dari kalangan Asabiyyah, seseorang itu sayang kaumnya sendiri?"
Rasulullah s.a.w. menjawab:
لا ولكن من العصبية أن ينصر الرجل قومه على الظلم
Maksudnya: "Tidak... Akan tetapi Asabiyyah adalah seseorang itu membela kaumnya ke atas kezaliman..."
(hadith riwayat Imam Ahmad dan Imam Ibn Majah)

Sepertimana di India, bangsa India mempertahankan ketuanan bangsanya, begitu juga di China, bangsa Cina mempertahankan ketuanan bangsanya, di Arab juga, bangsa Arab mempertahankan ketuanan Arabnya, selagimana bukan atas dasar membela bangsa sendiri dalam kezaliman, maka ianya tidak termasuk dalam Ashabiyyah yang ditolak oleh Islam. Selagimana ianya tidak ditolak oleh Islam, maka Islam meraikannya kerana ia adalah suatu fitrah manusia yang mencintakan tanah airnya sendiri.

Konsep "ketuanan Melayu" tidak wajar dilihat secara terasing (daripada konsep Islam) kerana sejak sekian lama, para ulama' Nusantara tidak memisahkan perjuangan bangsa dan agama kerana kepentingan bangsa Melayu untuk mempertahankan agama Islam dan tanah air mereka yang asal. Kepincangan dalam mempertahankan "ketuanan Melayu" oleh sesetengah pihak (politik) tidak boleh dijadikan satu-satunya hujah untuk menolak "ketuanan Melayu" tanpa memahami sejarah dan falsafahnya. Kalau kita lihat "minda umum" para ulama' Nusantara yang mengembangkan agama Islam di Nusantara (termasuk Malaysia), perjuangan bangsa dan agama tidak terpisah terutamanya apabila Islam sudah menjadi sebahagian daripada “takrif” bagi bangsa Melayu itu sendiri.

Kita dapat lihat betapa ramai para ulama' Nusantara mempertahankan "kecintaan bangsa Melayu" dalam semangat mengembangkkan ilmu agama, sehingga mereka menetap di negara Arab sekalipun, namun masih mempertahankan "nisbah bangsa dan tanah air" mereka. Siapa tidak kenal dengan tokoh ulama’ Nusantara seperti Sheikh Nawawi Al-Bantani (dari Banten, Indonesia), Sheikh Mahfuz At-Tarmasi (dari Termas, Indonesia), Sheikh Muhammad Yasiin Al-Fadani (dari Padang, Indonesia), Sheikh Abdul Karim Al-Banjari (dari Banjar, Indonesia), Sheikh Wan Ismail Al-Fathani (dari Pattani), Sheikh Shaleh Al-Kalantani (dari Kelantan, Malaysia), Sheikh Shaleh Al-Filfilani (dari Pulau Pinang, Malaysia), dan sebagainya yang masyhur di negara-negara Arab namun masih menisbahkan diri kepada tanah air masing-masing tanda kecintaan kepada tanah asal mereka (iaitulah Nusantara).

Begitu juga para ulama' Nusantara yang menisbahkan diri mereka kepada tanah air masing-masing yang giat mengembangkan Islam di Nusantara seperti Sheikh Daud Al-Fattani (dari Pattani), Sheikh Abdul Shamad Al-Falambani (dari Palembang), Sheikh Arsyad Al-Banjari (dari Banjar), Sheikh Idris Al-Marbawi (dari Merbau, Perak) dan sebagainya.

Berdasarkan gambaran umum "minda" para ulama' Nusantara ini, kita dapati mereka sangat mencintai bangsa, tanah air dan ketuanan bangsa mereka di tanah air mereka, sehingga masih menisbahkan diri mereka kepada tempat-negara mereka. Setiap orang mempunyai kecintaan tersendiri terhadap tanah asal mereka. Bahkan, sejarah Tanah Melayu secara jelas menunjukkan kedudukan bangsa Melayu di tanah tersebut.

Kita perlu faham juga, desakan untuk menolak "ketuanan Melayu" daripada orang-orang kafir adalah daripada minda mereka yang "Liberal" dan ingin menyamakan semua agama (setelah berjaya menyamakan semua bangsa) di Malaysia. Kita perlu berhati-hati dengan kelicikan orang-orang kafir ini dan berhati-hati juga mereka yang dipergunakan oleh orang-orang kafir untuk menjatuhkan keutuhan Islam melalui kejatuhan bangsa utama yang menjaganya di Tanah Melayu ini.

Sebenarnya, mempertahankan ketuanan Melayu di "Tanah Melayu" bukanlah suatu agenda politik parti-parti "kebangsaan" tertentu kerana para ulama' Nusantara yang menyimpan semangat "ketuanan Melayu" (ketuanan Nusantara) tidak pernah mewakili mana-mana parti politik kebangsaan sekular. Bahkan, semangat "Ketuanan Melayu" hanyalah suatu fitrah murni yang memahami asal-usul, sejarah dan kedudukan asal sesuatu bangsa di tanah air mereka. Ketuanan Melayu yang ditolak oleh Islam adalah yang terpisah daripada Islam itu sendiri. Kalau mempertahankan ketuanan Melayu di Tanah Melayu berteraskan semangat "mempertahankan agama dan sejarah tanah air" tidak salah kerana dalam banyak catatan hadith, Rasulullah s.a.w. sendiri mempertahankan ketuanan Quraisy (kepimpinan Quraisy) dalam urusan khilafah islamiyyah secara umum.

Kesimpulan: Islam Menjaga Konsep Ketuanan


Islam itu adalah agama yang mengajar cara hidup yang sempurna. Islam adalah pedoman, sedangkan "tuan" terhadap sesuatu tanah asal itu berkait rapat dengan sifat manusia. Islam mengajar seseorang untuk menjaga hak manusia samada secara individu atau berkelompok. Ketuanan "rumah" seseorang pun dijaga oleh Islam, apatah lagi ketuanan sesuatu bangsa bagi sesuatu tanah air. Ketika Fath Makkah, Rasulullah s.a.w. sendiri mengisytiharkan sesiapa yang duduk dalam rumah "masing-masing" tidak akan diapa-apakan. Itulah Islam.

Meraikan tanah asal sesuatu bangsa, walaupun bangsa tersebut pernah mengusir Saidina Rasulullah s.a.w.. Bahkan, setelah itu, Rasulullah s.a.w. pulang ke Madinah dan menyerahkan urusan politik tempatan kepada bangsa Quraisy semula di samping Baginda s.a.w. memimpin umat Islam sebagai suatu daulah islamiyyah yang yang lebih menyeluruh dalam segenap aspek kehidupan.

Inilah ajaran Rasulullah s.a.w. yang sangat lapang dan tidak menyalahi fitrah. Dalam mana-mana negara Islam sejak zaman khilafah Islam pun ada konsep meraikan hak bangsa yang membangunkan ketamadunan di sesuatu tempat, untuk terus menguruskan tanah air sendiri. Kita janganlah bicara soal syariah "Islam" sehingga terlupa sudut maqasid syar'iyyah (tujuan pensyariatan)nya. Antaranya adalah menjaga "hak pemilikan", dan sebagainya. "Kita boleh lihat di sekitar khilafah Islamiyyah yang pernah wujud, mempunyai kerajaan-kerajaan tempatan yang menjadi cabang yang bernaung kepada khilafah Islamiyyah yang terbesar dalam zaman tersebut.

Bahkan, ketika zaman Khilafah Uthmaniyyah, Kesultanan Melayu dianggap sebagai cabang kepada khilafah Islamiyyah pada ketika itu bahkan "politik tempatan" yang diamalkan di Tanah Melayu tidak pernah ditolak oleh Khilafah Islamiyyah yang terbesar pada ketika itu. Ini menunjukkan kedudukan konsep "ketuanan" sesuatu bangsa di tanah asal mereka tidak pernah bercanggah dengan Islam. Apa yang salah adalah Ashobiyyah, iaitu membela individu dalam bangsa sendiri yang melakukan kezaliman atas dasar sama bangsa. Hal ini jelas bagi sesiapa yang menguasai ajaran Islam yang menyeluruh dan konsep Hadarah Islamiyyah yang luas.



DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

PERINGATAN BUAT ORANG JAHIL YANG MENGELUARKAN FATWA!!

Setiap hari makin ramai orang yang berani mengeluarkan fatwa tanpa ilmu yang mana boleh mengundang pelbagai masalah kepada masyarakat. Umum mengetahui siapakah yang layak mengeluarkan fatwa dan bagaimana autoriti orang yang layak mengeluarkan fatwa. 

Mungkin Nik Aziz akan kata, semua Ulama' ni dah dibeli UMNO!!

Itulah yang berlaku kepada Ketua AMK Sik yang berceramah di Padang Awam Taman Cempaka, Selama Kedah pada 23 Mei lalu apabila dia cuba berijtihad kononnya, amalan solat dan mengerjakan segala titah perintah Allah Taala yang lain, tidak menjamin masuk syurga. Sebaliknya jalan pintas untuk ke syurga adalah MATI SYAHID. Dan untuk menyedapkan ceritanya dia pun memetik kata-kata yang kononnya bersanadkan kepada Ibrahim Libya, salah seorang pengikut PAS tegar yang sangat meyakini bahawa Kerajaan UMNO-BN pada waktu itu adalah kafir dan akhirnya dia terbunuh dalam pertempuran dengan pihak polis di Memali, Baling.

Sudah terdapat segelintir individu samada melalui Facebook, forum tanya jawab agama, blog dan melalui saluran yang ada di internet mahupun di luar sana yang amat berani mengeluarkan 'fatwa' dan pendapat sendiri dengan terus mengambil melalui al Quran dan Hadith (ada juga yang mensanadkan kepada orang yang tidak layak) walaupun dalam keadaan jahil dan kekurangan ilmu-ilmu alat yang penting sebelum melayakkannya mengeluarkan sebarang pendapat mengenai hukum hakam agama.


Bagaimanakah adabnya para salafussoleh (mereka yang hidup di 3 kurun terbaik seperti yang dinyatakan oleh Rasulullah SallaLlahu 'alaihi wasallam) sebelum berani mengeluarkan fatwa ?

Dari AbduLLah ibn Amr radiyaLLahu ‘anhu bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :
Allah SWT tidak akan mengangkat ilmu pengetahuan dengan cara mencabutnya dari hati ulama, tetapi dengan cara mematikan mereka, dan jika sudah tidak ada lagi seorang ulama yang masih hidup, maka manusia akan mengangkat pemimpin di kalangan orang-orang yang jahil (bodoh), jika (para pemimpin tersebut ditanya tentang kemusykilan agama) maka mereka akan berfatwa tanpa dasar ilmu, dengan itu mereka menjadi sesat dan menyesatkan.  (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Siapakah antara ciri-ciri mereka yang dilarang untuk berfatwa ? iaitu :

1. Orang yang tidak memiliki kemampuan dan pengetahuan tentang Bahasa Arab dengan selok beloknya termasuk ayat dan sasteranya agar membolehkannya memahami al Quran dan Al Sunnah tidak dibenarkan memberikan fatwa kepada manusia.

2. Orang yang tidak arif dan mengerti pendapat para ulama terdahulu dari berbagai mazhab feqah dan tidak mengerti methodologi pengambilan hukum dan hal-hal yang berkaitan dengannya seperti mengetahui perkara-perkara yang disepakati bersama atau masih dalam pertikaian tidak dibolehkan mengeluarkan fatwa.

3. Orang yang tidak memiliki kepakaran dalam bidang Usul Feqh seperti mengenali al Qiyas dan al Illah; pada situasi apakah al Qiyas dibolehkan dan pada situasi apakah al Qiyas tidak dibenarkan

4. Orang yang tidak menghayati pendapat para fuqaha yang tercantum dalam kitab-kitab mereka secara mendalam

5. Orang yang tidak memiliki kepakaran dalam melakukan penelitian ke atas perbezaan pendapat di antara mereka dan mengenalpasti kaedah yang digunakan mereka dalam menggali hukum hakam syarak.

Al Hafiz Al Khatib al Baghdadi meriwayatkan dalam kitabnya "Al Faqih wa al Mutafaqqih" dari al Imam Syafi'e radiyaLlahu anhu berkata :

"Tidak dihalalkan bagi seseorang berfatwa mengenai agama Allah, kecuali seorang yang arif dengan Kitab Allah (Al Quran), Nasikh dan Mansukh, Muhkam dan Mutasyabih, Ta'wil dan Tanzil, Makkiyah dan Madaniyyahnya; Apa yang dimaksudkan dengan satu-satu ayat; dalam masalah apa ia diturunkan. Selain itu, dia juga mesti menguasai hadith Rasulullah sallaLlahu 'alaihi wasallam; Nasikh dan Mansukhnya. Pengetahuannya mengenai hadith Nabi sallaLlahu 'alaihi wasallam mesti setaraf pengetahuannya mengenai al Quran. Dia mesti juga menguasai Bahasa Arab; arif akan selok belok sya'ir, dan disiplin ilmu yang lain yang diperlukan untuk memahami al Quran. 

Di samping itu, dia juga mesti menahan diri daripada (seronok) bercakap. Dia dituntut juga untuk memahami perbezaan pendapat di kalangan para ulama, selain harus memiliki kemampuan atau kepakaran dalam mengambil ketentuan hukum (istinbat). Jika semua syarat-syarat ini telah dimilikinya, maka barulah boleh baginya bercakap dan berfatwa tentang halal dan haram. Namun jika belum sampai pada darjat ini, dia hanya boleh membincangkan tentang ilmu pengetahuan, tetapi tidak dibenarkan untuk berfatwa."
 (Al Faqih wa al Mutafaqqih, Juz 2, hlm 157, Cetakan Riyadh, Saudi Arabia)

Imam Ahmad Ibn Hanbal RadiyaLlahu anhu telah memberikan panduan dalam masalah ini, katanya : "Seseorang tidak boleh menawarkan dirinya untuk berfatwa sebelum ada pada dirinya lima perkara :

Pertama : Mempunyai niat yang ikhlas. Sebab jika tiada niat (ikhlas), dia tidak akan mendapat cahaya (petunjuk) dalam melakukan fatwanya.

Kedua : Hendaklah dia mempunyai sifat kasih, rendah hati (tawadhuk) dan ketenangan jiwa.
Ketiga : Mempunyai keyakinan yang teguh dengan tugasnya dan memahami betul soalan yang sedang dihadapinya.
Keempat : Hidupnya dalam kecukupan, kerana jika tidak, dia akan dipengaruhi oleh orang yang berkepentingan.
Kelima : Mempunyai maklumat yang cukup tentang adat- istiadat dan selok belok kehidupan manusia 

(Ibn Battutah, disalin oleh Ibn Qayyim dalam "Ilamul Muwaqqi'in" Juz 4 Hlm 199)

Larangan orang yang berfatwa tanpa dasar ilmu (jahil), Imam Abu Hanifah radiyaLlahu anhu berpendapat :
"Wajib menghalang orang bodoh dan orang yang mempermainkan agama dari mengeluarkan fatwa".
Seorang lelaki pernah melihat Rabi'ah Ibn Abd Rahman, guru kepada Imam Malik sedang menangis, lalu ditanya :

"Hal apakah yang menyebabkan tuan menangis ? Jawabnya : Ada seorang yang telah diminta untuk berfatwa, walhal dia tidak mengerti apa-apa dan fatwanya itu telah memudaratkan umat Islam, kerana itu, katanya lagi : "Sebahagian mufti lebih berhak masuk penjara daripada para pencuri".
Ibn Qayyim meriwayatkan dari beberapa ulama sezamannya :
"Bagaimana jika Rabi'ah menyaksikan zaman kita ini, dimana orang yang tidak berilmu berani memberikan fatwa dengan modal kejahilan dan keberanian semata-mata, pengalaman yang sedikit dan pengetahuan yang dangkal, tambahan pula memiliki sejarah hidup yang tidak elok dan tidak dikenal di kalangan para ulama. Pengetahuannya tentang al Quran, al Sunnah dan ilmu-ilmu ulama salaf sangat cetek dan dangkal..
(Ibn Qayyim, I'lamul Muwaqqi'in, Juz 4, hlm 207-208)
Abu 'Abdillah Ibn Battutah meriwayatkan dari al A'masy dari Syaqiq dari Abdullah Ibn Mas'ud radiyallahu anhu berkata :
"Demi Allah, seseorang yang memberi fatwa bagi setiap soalan adalah orang gila".
Al Hakam pernah berkata kepada al A'masy setelah mendengar riwayat tadi:
"Jika aku mendengar hadith tersebut dari dahulu lagi, nescaya aku tidak akan banyak berfatwa seperti apa yang telah aku lakukan selama ini". Kemudian Abu 'Abdillah menambahkan : :Ini Abdullah Ibn Mas'ud bersumpah dengan nama Allah bahawa sesiapa berfatwa untuk setiap soalan adalah orang gila, sumpah beliau pasti benar, kalau begitu kebanyakan mufti pada zaman kita ini sudah menjadi gila..! Mengapa...? Kerana setiap mufti yang ditanya akan langsung memberi jawapan, tanpa berfikir lebih jauh atau berkata tidak, atau takut kerana Allah Subahanahu Wa Ta'ala (jika fatwanya salah), atau tidak takut untuk disoal balik: "Dari mana jawapan ini kami dapat.. ? Akan tetapi yang paling mereka takuti dan gerun adalah sindiran bahawa dia tidak dapat menjawab soalan.



DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

RAKYAT JOHOR DISERANG!!

OtherStory

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...