Tuesday, 3 November 2009

JAIS Sesat: Satu Permainan Politik Murahan


Musykil tentang penangkapan Dr MAZA ahad malam yang lalu masih belum terungkai, banyak sangat persoalan bermain dalam benak Saya.. Atas dasar apa dan alasan apa Dr MAZA di tahan?

Mengajar tanpa tauliah? Persoalan bagaimanakah yang dikatakan mengajar dengan tauliah, adakah hanya dengan kebenaran Mufti di negeri berkenaan baru seseorang yang bergelar ulama ini dapat mengajar?? macam mana pula dengan kes-kes lain yang mana ustaz-ustaz yang mengajar dan dijemput kesana-kemari untuk berceramah tentang perihal agama?? setiap kali kita nak mengjemput seseorang ustaz untuk mengajar atau berceramah kena tulis surat mohon kebenaran kepada mufti negeri terlibat?

Ada orang berkata, JAIS hanya memainkan peranan membenteras gejala ajaran sesat. Tapi bagi saya, tujuan penahanan Dr MAZA ini tak lebih dari permainan politik semata-mata. Masakan tidak, Dr MAZA saat dan ketika ini amat popular dengan ceramah dan kritikan beliau dalam memperjuangkan islam yang sebenar.

Selalu juga saya mengikuti perkembangan Dr MAZA, dalam ceramah-ceramah beliau sememangnya mengandungi teguran dan saranan serta khilaf terhadap sesuatu perkara, namun sehingga hari ini pihak-pihak yang menuduh beliau sebagai pengamal fahaman Wahabi dan menolak sesuatu hukum amat samar dan tidak mempunyai asas yang kukuh.

Saya seringkali tertanya-tanya mengapakah JAIS atau mana-mana Jabatan Agama di negara ini masih tidak memainkan peranan dalam menghalang individu tanpa tauliah dari membaca kuthbah jumaat yagn berbaur politik dan secara terang-terangan menyimpang dari landasan berkhuthbah di masjid.

Jika kita mengimbau apa yang berlaku di Masjid Subang Jaya jumaat lalu, seorang khatib membaca kuthbah dengan penuh emosi dan girangnya menghentam kerajaan, penuh dengan segala isu dimasukan hinggakan hampir 1.50 tengahari baru beliau menghakhiri khutbah tersebut sedangkan di masjid-masjid lain jemaah telah pulang dah bersiap untuk memulakan kerja.

Dimana ketelusan jabatan agama dalam persoalan ini? Jika bermotifkan politik, saya amat tidak bersetuju dan JAIS perlu bermuhasabah diri dahulu sebelum mengambil sebarang tindakan. 

Yang amat memalukan, JAIS seolah-olah mempunyai agenda untuk memalukan dan menjatuhkan maruah Dr MAZA semata-mata dalam penangkapan tersebut. Masakan tidak, beliau langsung tidak didakwa dan hari ini apabila beliau diminta untuk kemahkamah, tiada sebarang pendakwaan dibuat. Ini menampakan JAIS hanya menjadi boneka orang-orang tertentu dalam menghalalkan permainan politik mereka.

Bagi Dr MAZA saya ingin mengucapkan syabas dengan kesabaran dan keteguhan beliau menyampaikan dakwah islamiyyah kepada manusia sejagat. Insyaallah setiap kebaikan yang kita lakukan akan diberikan ganjaran oleh Allah SWT melebihi ganjaran di dunia ini.

No comments:

Post a Comment

OtherStory

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...