Sofi Wahab Menulis:
Saya mendapat maklumat bahawa Ketua Menteri Melaka baru-baru ini merasmikan tiang lampu. Baguslah kerana beliau sangat prihatin sehingga tiang lampu pun beliau rasmikan.
Selepas ini saya yakin tiap-tiap hari beliau tidak putus-putus menghadiri acara perasmian kerana perkara-perkara kecil pun beliau kena rasmikan. Mungkin upacara perasmian longkang, pokok bunga, tangga dan sebagainya akan diaturkan. Syabas Ketua Menteri sebab melihat perkara tersebut lebih besar dari membenteras maksiat, gejala sosial, dadah dan lain-lain.
Inilah kerja makhluk asing (orang bulan) tak habis2 dengan fitnah, bila pulak Dauk Seri Mohd Ali rasmi tiang lampu? sekurang2nya Kerajaan Melaka yang diterajui oleh UMNO telah melaksanakan pelbagai program untuk pembangunan melaka.. membangunkan sektor ekonomi, pelancongan sehingga menjana pendapatan negeri dengan baik sekali.. nak harapkan pemimpin PAS? asyik dok rumah belek bini muda.. apa yang dibuat selain daripada mencemuh? memfitnah? mengadu domba?
Apa jasa PAS kepada negeri melaka? selama ini apa yang dilaksanakan oleh Pas Melaka untuk membenteras gejala maksiat dan gejala sosial? jawapan yang akan mereka berikan.. "dah ada penguatkuasa agama negeri, nak buat apa Pas buar kerja lagi" .. tu lah jawapan bagi soalan lazim bila ditanya..
Bukankah mencegah yang mungkar dan menegak yang ma'ruf itu kewajipan setiap mereka yang beragama islam? nak kena tunggu ada jawatan dulu baru nak buat kerja? inilah sikap pemimpin pas yang tidak tahu bersyukur dengan nikmat yang diberikan Allah swt kepada mereka... kononya hendak menjadi pemimpin negeri, tetapi terlupa nak menyuluh diri di cermin... kesian.. mungkin di bulan tak ada cermin... maklumlah nak ulang alik ke bulan bukan sikit kosnya.. ish ish ish .. kesian...
No comments:
Post a Comment