PAS sebuah parti yang dikatakan memperjuangkan islam rupanya hanya pandai bermain dengna kata2 untuk memerdayakan umat manusia demi meraih sekeping undi bagi menjana kemenangan mereka dalam pilihanraya..
KOTA BHARU - Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam memerintahkan Ketua Penerangan Pemuda Pas Kelantan mufaraqah (tidak tinggal bersama) dengan isterinya yang juga anak ahli perniagaan.Hakim Syarie, Mohd Yusof Awang memerintahkan Rosli Allani S Abdull Kadir, 35, yang juga bekas Pembantu Khas Exco Kelantan bersama isterinya, Ilyani Mohd Nor, 30, tinggal berasingan sementara kerana dokumen perkahwinan mereka diragui dipercayai terlibat perkahwinan sindiket.
Jika mereka benar memperjuangkan islam sudah tentu mereka akan sentiasa menjaga hubungan sesama manusia..
Plaintif, Mohd Noor Che Man, 58, adalah bapa kandung kepada defendan kedua, Ilyani tidak bersetuju dengan perkahwinan anaknya bersama defendan pertama, Rosli Allani kerana disyaki tidak memenuhi rukun dan syarat perkahwinan yang sah berikutan tata cara perkahwinan dan surat perakuan nikah itu adalah dokumen tidak sah.
Ni lah contoh manusia yang kononya memperjuangkan islam tetapi langsung tidak memahami kesucian, keadilan dan keindahan perkahwinan dalam islam...
"Saya dimaklumkan oleh anak saya perkahwinan sebenar adalah dipercayai pada 7 April tahun ini. Saya kecewa dan terkilan dengan tindakan defendan pertama yang berkahwin tanpa mengikut syarat-syaratnya dan membelakangi saya sebagai walinya kerana kahwin Melayu ada adat."Mengikut adat kita hendak berkahwin ni mesti masuk meminang serta datang ke rumah untuk mengenalkan ahli keluarga masing-masing ini pula tidak berlaku," katanya semalam ketika ditemui di luar mahkamah.Mohd Noor berkata, dia meragui perkahwinan berkenaan kerana tempat perkahwinan dan dokumen saling bertentangan."Saya mengetahui perkahwinan ini kerana mereka dikatakan ingin berkahwin semula dan saya mengambil tindakan kerana ia melibatkan hukum agama dan maruah keluarga."Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) juga mengeluarkan surat menyatakan surat perakuan nikah bagi pasangan berkenaan tidak dikeluarkan dan tidak tercatat dalam buku daftar perkahwinan di Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga Jawi," katanya.
No comments:
Post a Comment