Friday 9 April 2010

Kami Prihatin.. Anda Tak Prihatin Ke? Rakyat Tidak terbela... Jgn Hanya Tahu Menyalak Saja

Orang malaysia memang prihatin.. kalau masuk bab kasihankan orang lain, berduyun2 rakyat malaysia biasanya akan menyumbang biar sedikit tetapi bila dikumpul menjadi jutaan ringgit.. itu yang dapat digambarkan betapa prihatinnya rakyat malaysia.. dan begitu bersatunya rakyat malaysia yang berbilang bangsa dan agama ini.. Tahniah YAB Perdana Menteri dan Kerajaan Barisan Nasional yang telah membentuk rakyat Malaysia menjadi prihatin sejak 53 tahun merdeka.

KUALA LUMPUR 8 April – Kempen Kami Prihatin yang bertujuan mencetuskan kesedaran umum terhadap isu penderaan kanak-kanak dan pembuangan bayi dirasmikan hari ini dengan himpunan bersejarah lebih 20 artis popular tanah air. 
Antara artis popular yang terlibat ialah Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, Anuar Zain, Amy Search, Lah Ahmad, Aizat, Amy Mastura dan Fauziah Latiff.

Turut memberi sokongan artis veteran Datin Julie Sudiro, Datuk M. Daud Kilau dan Datin Suliza Salam selain Hattan.
Sembilan artis yang terlibat dalam rakaman lagu pada 2 April lalu iaitu Anita Sarawak, Aishah, Adibah Noor, Mawi, Erra Fazira, Maya Karin, Nurul, Misha Omar dan Amylea tidak dapat hadir kerana mempunyai komitmen lain.

Tapi yang peliknya Artist saje ke? takkan lah Artist dengan DS Sharizat sorang saja yang prihatin? Parlimen Lain tak prohatin ke? bukankah ini masalah negara dan masalah bersama.. kenapa nak dipolitikan?

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang merasmikan kempen ini di KL Sentral di sini, bersama tetamu dan lebih 500 orang awam yang hadir turut menyanyikan lagu berkenaan.
Selain para artis, kempen anjuran Utusan Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Astro dan Persatuan Karyawan Malaysia ini turut disertai oleh pelbagai badan bukan kerajaan (NGO).

Adakah ORANG BULAN, DREBAR ROKET tidak prihatin... kalau prihatin kenapa senyap saja??? Bagi Parti yang satu lagi tu diorang tak prihatin pun tak terkejut sangat sebab 'KEPALA' dia pun dan SoSIAL... depan belakang sama saja..

Kempen Kami Prihatin gabungan awam-swasta yang disifatkan oleh Shahrizat sebagai magis kerana berjaya mencetuskan kesedaran masyarakat dalam masa singkat, akan diteruskan dengan pelbagai program berkaitan.
Pelbagai pihak termasuk badan korporat juga telah menyatakan komitmen untuk menyokong kempen ini dengan harapan perbuatan keji mendera kanak-kanak dan membuang bayi tidak lagi berulang.

P/S: Apapun tahniah kepada Datuk Seri Ali Rustam yang memang amat prihatin dengan Masalah Sebegini... Tok Seri, kalau boleh kita pinda undang2 jgn nak tunggu sampai lepas 18 baru boleh kawin... kalau 11 tahun nak kawin biarkan diorang kawin... Selamat.. takde nak buang merata2..

No comments:

Post a Comment

OtherStory

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...