Tuesday, 31 January 2012

Alasan atau Standard?

Harta atau cinta? yang mana satu penting dalam hidup kita? Ada orang kata cinta tak boleh dibawa kemana-mana. Sekarang bukan macam dalam cerita P.Ramlee, kerana cinta sanggup bergadai nyawam lari ikut lelaki, tinggalkan keluarga. Tapi bukankah masih lagi ada dan sejarah tetap berulang. 

Some said you can't have it both, selalunya jika kita mengejar cinta, kemungkinan besar kita tidak akan mendapat orang yang benar2 beharta, dan kiranya kita mengejar harta, amatlah sukar untuk kita mendapat cinta yang sejati. Tapi wujud atau tidak cinta sejati sesama makhluk? yang pasti ada cinta sejati kepada Pencipta, dan itu pasti. 

Walaupun tanpa cinta sejati masih lagi ramai yang sanggup lari ke lombok, hidup dalam kesusahan, berlantaikan tanah dan berbumbungkan langit semata-mata untuk bersama lelaki yang dicintai. Pastinya lelaki yang memiliki akan merasa bangga kerana walaupun hidup dalam kedaifan dan kekurangan, masih lagi ada gadis muda yang sanggup menjadi isteri mereka walaupun pada akhirnya si isteri akan menyesal dan minta diselamatkan.

KUALA LUMPUR – Gara-gara lari bersama seorang lelaki Lombok dek panahan cinta 11 tahun lalu, akhirnya Norzuliyani Alias, 29, pulang ke pangkuan keluarga kerana tidak lagi dapat menahan perasaan kerinduan yang teramat sangat kepada ibu dan bapanya.
Wanita itu selamat kembali ke tanah air petang semalam, hasil usaha sama Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO Malaysia dengan kerjasama Wisma Putra dan Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Besut, Nawi Mohammad.
Norzuliyani yang berasal dari Felcra Keruak, Hulu Besut, Terengganu memberitahu, beliau tidak akan kembali ke Lombok lagi dan kepulangannya telah mendapat izin daripada suaminya.
“Sepanjang saya tinggal di sana, saya tidak mempunyai apa-apa masalah, tidak pernah dipukul dan hanya diminta tidak bekerja oleh suami kerana perlu menguruskan keluarga,” katanya ketika ditemui pada sidang media di Pejabat Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO Malaysia di sini semalam.
Mengenang kembali detik lari ke Lombok pada September 1998, ceritanya, dia ketika itu berusia 17 tahun bersama suaminya menaiki bas ke Johor Bahru dan tinggal selama seminggu di bandar raya itu sebelum mengambil bot menuju ke Dumai, Sumatera.
Itu cerita tentang orang yang mencari cinta, tapi tak kurang jugak dengan mereka yang mereka yang mengejar harta dan menyesal kerana tidak mendapat cinta.. Mungkin mereka berfikir dengan harta mereka boleh merasa bahagia dan tidak akan terluka. dan pada saat manis pemulaan mereka lupa kebahagiaan ini sebenarnya hanyalah sementara. 

Seorang rakan pernah berpesan, "cinta kerana harta akan membawa kepada kehancuran, bila tiada lagi harta cinta akan pudar dan kamu akan ditinggalkan" dan rupanya pesanan rakan itu amat benar sekali. Cinta material bukan sesuatu yang mudah... 

Pernah juga terdengar suami ditinggalkan isteri kerana jatuh muflis, dan aga juga isteri ditinggalkan suami setelah kikis semua hartanya. Fenomena ini bukan hanya paparan sekadar drama swasta di kaca tv, tetapi senario sebenar yang berlaku di sekeliling kita. 

Kita boleh nafikan, dan berkata 'aku cintakan dia bukan keran harta' tetapi berapa ramai yang sebegitu? ada senario yang pinangan ditolak kerana si lelaki kerjayanya tidak sehebat si gadis, dan ada juga keluarga lelaki tidak mahu menerima si gadis kerana dia hanya lulusan sekolah menengah. 

Jadi tepuk dada tanya iman, bagaimana kita dan apakah yang terkandung dalam pemikiran kita seharian... bagi aku... 'thing's must be simple, love her and accept her the way she is' ... 

No comments:

Post a Comment

OtherStory

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...