Pagi tadi duduk sarapan bersama rakan.. dah lama tak berjumpa rakan sekampung... masing-masing dah berkeluarga dan ada tanggungan.
Perbualan berkisar kepada beban yang ditanggung akibat kenaikan harga barang. Masakan tidak jika dulu setin susu pekat cuma RM1.75 tapi kini mana mungkin dapat kembali kepada harga tersebut, sekurang-kurangnya RM2.00..
Bercakap pasa tekanan kenaikan harga barang keperluan, timbul cerita tentang KR1M. Meskipun beliau merupakan ahli sebuah parti pembangkang, namun beliau menyambut baik langkah kerajaan memperkenalkan KR1M kepada rakyat yang mana langkah ini dapat mengurangkan beban rakyat dalam menanggung kos hidup yang semakin meningkat..
Namun demikian, terasa ada logiknya pendapat beliau tentang harga yang ditawarkan. Memang tidak dinafikan harga barangan di KR1M adalah murah berbanding barangan di kedai di kampungnya atau di pasaraya-pasaraya sekitar. Namun beliau berpendapat agak tidak berbaloi untuk beliau pergi ke KR1M semata-mata untuk membeli setin susu dan sekampit beras memandangkan jarak perjalanan yang jauh dari kampung kami ke KR1M yang terdekat.
Mungkin ada benarnya.. dan sebagai kerajaan yang memerintah kita perlu mengambil kira pandangan rakyat dan memberikan perkhidmtan yang terbaik. Kita harus mengambil inisiatif untuk membantu semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan ideologi politik. Kerajaan tidak seharusnya menjadi seperti sesetengah parti politik yang hanya membantu golongan atau ahli mereka sahaja dan membelakangkan rakyat yang lain sedangkan masih lagi ramai rakyat yang hidup dalam kesusahan...
No comments:
Post a Comment