Friday 15 June 2012

HARI INI: JOM RAMAIKAN.. FIQH MENTAATI PEMIMPIN



Hari ini akan berlangsungnya satu seminar Fiqh Mentaati Pemimpin hingga Ahad ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)..

Beberapa tokoh ilmuan Islam masa kini termasuk Imam Masjidil Haram, Mekah, Syeikh Maher al-Mueaqly akan membentangkan kertas kerja..Selain beliau, tokoh-tokoh dari negara Jordan dan Mesir turut menyertai sesi pembentangan tersebut..

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan merasmikan seminar tersebut di PWTC tepat jam 9.00 malam.

Antara tajuk-tajuk kertas kerja yang dibentangkan oleh kesemua tokoh bermula hari Sabtu ini sehingga Ahad, bermula jam 9.00 pagi adalah;

  1. Fiqh Mentaati Pemimpin yang dibentangkan oleh Mantan Dekan Fakulti Syariah Universiti Al-Azhar, Dr. Hamed Mohamed Abdel Rahman.
  2. Kepimpinan Dunia Islam Dalam Menghadapi Cabaran Semasa yang dibentangkan oleh Mantan Timbalan Syeikhul Azhar Mesir, Sheikh Mahmoud Abdel Ghany Mahmoud Ashour.
  3. Harapan Ummah Kepimpinan Dunia Islam oleh Mantan Mufti Palestin, Sheikh Akrama S.A. Sabri.
  4. Pendekatan Wasatiyyah Peneraju Kepimpinan Islam yang dibentangkan oleh Penasihat Agama YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Abdullah Mat Zin.
  5. Melahirkan Barisan Pelapis Kepimpinan Muda Islam oleh Dekan Fakulti Syariah Universiti al-Bayt Jordan, Syeikh Dr. Mohammad Ali Ibrahim Alzoghool.
  6. Kepimpinan Islam: Pengalaman Malaysia Dalam Konteks Fiqh Mentaati Pemimpin yang dibentangkan oleh Felo Amat Utama International Institute of Islamic Thought & Civilization (ISTAC) UIAM, Dr. Muhammad ‘Uthman el-Muhammady.
  7. Adaptasi Kepimpinan Nabi Dalam Pentadbiran Negara oleh Imam Masjidil Haram, Mekah, Syeikh Maher al-Mueaqly.
Tujuan utama seminar Fiqh Mentaati Pempimpin diadakan adalah untuk membincangkan dan merumuskan kaedah-kaedah dalam isu ilmu fiqh yang berkaitan dengan hubungan rakyat dan pemimpin.

Selain itu, objektif seminar tersebut yang cuba disampaikan kepada umat Islam adalah dengan memberikan kefahaman dan kesedaran tentang penggunaan beberapa kedah dalam politik Islam secara meluas, benar dan menyeluruh.


DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

No comments:

Post a Comment

OtherStory

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...