Friday 20 January 2012

Pas Perlu Kembali Kepada Al-Quran dan As-Sunnah

Hassan Ali, Ex-Exco DUN Selangor, dipecat serta merta sebagai ahli PAS pada tanggal 8/1/2012. Dengan pemecatan beliau sebagai ahli PAS, Menteri Besar selangor telah mengambil keputusan untuk melepaskan beliau dari jawatan Exco Hal Ehwal Islam, Insfrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor pada 13/1/2012. Dengan pemecatan tersebut, Dr Ahmad Yunos dilantik menggantikan Dr Hassan Ali semalam 18/1/2012.

Mungkin masih ramai yang terkejut dengan pemecatan Dr. Hassan Ali, namun tidak kurang juga yang terkedu apabila portfolio yang sebelum ini dipegang oleh Dr. Hassan Ali tidak diserahkan kepada ADUN Pas, tetapi disandang oleh YAB Menteri Besar Selangor. Dr Ahmad Yunos hanya diberikan portfolio menjaga Adat Resam, Belia dan Sukan. Tindakan ini seperti membelakangkan PAS yang dilihat memperjuangkan islam dan cubaan untuk mentalkinkan perjuangan islam PAS.. 

Senario ini tidak hanya berlaku di Selangor. Di Pulau Pinang Salleh Man, satu-satunya ADUN PAS tidak langsung diberikan jawatan atau kedudukan dibawah pimpinan Guan Eng walaupun sebelum itu Salleh Man diwar-warkan akan diletakan sebagai Exco Hal Ehwal Islam dan Pengerusi Majlis Agama Islam Pulau Pinang. Malangnya janji hanya tinggal janji.


Tindakan perlantikan ini bukan sahaja dianggap biadap malahan memalukan PAS sebagai sebuah parti yang mendokong islam. Bagaimana mungkin Khalid Ibrahim mampu untuk memikul tanggungjawab tersebut khususnya Hal Ehwal Islam, kerana beliau dilihat memusuhi islam melalui tindakan-tidakan beliau dalam isu sebelum ini.

Mungkin penyingkiran Dr Hassan Ali merupakan kesilapan terbesar DAP dan PKR dalam menguasai PAS. Namun bagi ahli PAS yang masih memiliki kesedaran dan mampu melihat drama pergolakan ini dari kaca mata islam, maka mereka wajib membebaskan PAS dari ancaman dan kembali kepada perjuangan yang berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah.

Pas Harus mengembalikan kempimpinan ulama' seperti Nasharudin Mat Isa dan bukannya Mat Sabu. Pas juga tidak seharusnya redha dengan portfolio yang menjaga melayu dan membenarkan orang yang bukan ahli untuk menjaga hal ehwal islam.

Sabda Rasulullah saw: mafhumnya "nanti akan datang satu zaman didalam waktu terdekat dimana Islam itu tidak tinggal melainkan hanya namanya sahaja. Dan tidak tinggal didalam Al Quran kecuali huruf dan tulisannya sahaja. Masjid-masjid mereka cantik dan megah, tetapi sunyi daripada petunjuk. Ulamak mereka adalah antara manusia yang paling jahat diantara manusia yang ada dimuka bumi ini. Dari para ulamak ini akan muncul pelbagai fitnah, dan kepada mereka kembalinya fitnah itu" !!! (hadis riwayat Baihaqi)

No comments:

Post a Comment

OtherStory

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...