Tuesday 12 June 2012

Nizar Sudah Bertaubat??

Siapa yang tak mengenali Nizar Lilin, ahli politik PAS, bekas Menteri Besar Perak yang kehilangan negeri akibat daripada kerakusan dan kebodohan pentadbiran sendiri hingga terpaksa mengadakan sidang DUN di bawah pokok seperti Kerajaan Pasir Berdengung!!

Kelancangan beliau dalam mengkritik amat dikenali... hatta kelancangan tersebut telah menelanjangkan kebodohan dan kebebalan beliau dalam meniti arus politik negara. 

Tidak kisah kita untuk membangkang tetapi biarlah kena pada tempat dan isu. Membangkang secara ilmiah dan tidak mengikut emosi atau sekadar mencari publisiti murahan. Membangkanglah untuk kepentingan rakyat bukan sekadar untuk menjadikan modal politik semata-mata. 

Nizar Jamaluddin mungkin sudah berasa bahang daripada perbuatannya sendiri. Nizar Jamaluddin juga sedar perbuatannya yang menjolok mata dengan mencerca dan mengherdik DYMM Sultan Johor berhubung bidaan nombor pendaftaran Www1 telah menyebabkan Salahuddin Ayub yang bercita-cita hendak menjadi Menteri Besar Johor hancur berkecai. 

Bertitik tolak dari situlah, ditambah pula dengan himpunan lebih 30,000 rakyat Johor tanpa mengira kaum dan agama di padang Istana Pelangi, Nizar cuba berlakon dengan kononnya dia ikhlas dan tidak mempunyai masalah untuk mengakui kesalahan dan kesilapan yang telah dilakukannya dengan cara menghadap DYMM Sultan Johor.

Mampukah Nizar membeli jiwa rakyat Johor dengan bantuan DAP yang sangat diketahui terlalu membenci kesultanan Melayu Johor menerusi tindakan empat orang ADUN DAP yang sebelum ini enggan memakai songkok dan menghormati Almarhum Sultan Johir pada tahun 2011.

Tindakan Nizar yang mendasarkan gelagatnya itu sebagai kebimbangan akar umbi, sememangnya telah membuatkan peluang Salahuddin dan PAS tertutup rapat di Johor. Dek kerana itulah bagi mengimbangi kerosakan yang telah dilakukan oleh Nizar, juak-juak dan pecacai PAS mula menyelongkar kisah-kisah lama membabitkan Anwar Ibrahim yang mahu mengheret dan mencampakkan sultan-sultan ke jalan raya sekiranya enggan bersetuju dengan pindaan perlembagaan yang boleh menyebabkan sultan-sultan dibicarakan di mahkamah khas sekiranya terlibat dengan masalah jenayah berat.

Pada masa yang sama, banyak pihak sedang mendendami Nizar Jamaluddin dan menunggunya menjejakkan kaki ke Johor.




DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

No comments:

Post a Comment

OtherStory

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...