Tuesday, 23 March 2010

Hadi Semakin Sesat!!!


Terdengar kisah Ulama' tersohor PAS siapa lagi kalau bukan Presiden PAS Haji Hadi Awang yang semakin hari semakin hilang kewarasan dan pertimbangan akal beliau.. Bukan niat untuk menghina beliau tetapi kenyataan beliau akhir-akhir ini membangkitkan seribu satu pertanyaan akan hakikat sebenar kenyataan yang dibuat..

Beliau kononya ini menjadi superhero dengan mempersembahkan kepakaran beliau untuk meminda Rukunegara yakni perkara yang pertama seperti yang disiarkan oleh Malaysiakini...

"Apa yang penting ialah penjelasan, dialog di antara pemimpin-pemimpin agama, bukan diserahkan kepada mereka yang bebal dan menggunakan hukum akal, tidak menggunakan nas. Malangnya perkara ini dibawa ke mahkamah, berlakunya pembakaran gereja, berlaku pembakaran masjid, berlaku perkara negatif. (Ini) menunjukkan kita tidak menangani perkara ini dengan baik. Mereka guna perkataan Allah, dan sepatutnya peluang ini digunakan untuk masuk ke gelanggang mereka untuk menjelaskan. Saya minta supaya kerajaan meminda Rukunegara yang pertama, kepada kepercayaan kepada Allah. Tanpa memaksa mereka menerima agama kita, kita berhujah sekiranya berlaku kekeliruan."

Mungkin sahabat Ulama' Terompah ini sudah lupa akan hakikat prinsip pertama Rukunegara yang pertama.. Mungkin beliau sudah lupa akan sejarah tercetusnya dan asbab mengapa prinsip ini diolah sedemikian... mungkin kerana beliau sudah nyanyuk atau mungkin juga telah lama meninggalkan alam persekolahan... atau juga ketika disekolah dulu beliau seringkali ponteng kelas...

Mana mungkin dapat ditukarkan perkataan Tuhan itu kepada Allah sedangkan Malaysia terdiri dari pelbagai anutan agama, Hindu dengan kepercayaannya, Buddha dengan kepercayaannya, apakah agama hindu dan buddha menggunapakai Allah sebagai rujukan kepada Tuhan Mereka? bagaimana pula dengan kepercayaan nenek moyang orang-orang asli ... 

Mungkin Pas sedang merancang untuk melaksanakan pendekatan paksaan terhadap agama lain?? Mengapa tidak, Pas yang saat ini sedang asyik berkiblatkan DAP.. yang secara terang-terangan menolak islam... mungkin juga selepas dari ini.. Pas akan wajibkan di tokong-tokong budha yang berselerakan di Kelantan dan Kedah perlu menukar Guatama Buddha dengan perkataan Allah..Nau'zubillahi min zalik..

Prinsip pertama Rukunegara berkehendakan kita untuk mempunyai kepercayaan kepada Tuhan yakni setiap dari kita hendaklah beragama, mengamalkan agama yang kita anuti, Islam sebagai agama rasmi dan agama lain boleh diamalkan dalam keadaan aman dan tenteram... 

Jika ini ulama' pilihan ahli-ahli Pas jadi tak hairanlah syurga dan neraka menjadi permainan mereka.. dosa dan pahala atas kudrat mereka untuk menilai.... pernah saya terbaca satu posting yang ditulis oleh seorang ahli PAS

Miezan Al Kahadi:... Syurga dan Neraka bukan Allah tetapkan, ia bergantung kepada amalan kita... Kalau Allah tetapkan apa guna kita sembahyang kalau Allah tetapkan kita ke neraka...

Inilah rupanya yang diajar oleh Mur'shit'dul Am mereka dan ulama'-ulama' mereka tentang solat... jadi selama ini mereka bersolat yakni sujud kepada Allah semata2 takut dilemparkan kedalam api neraka... bukankah solat itu membuktikan ketaatan kita pada Allah bukan semata-mata kerana syurga dan neraka? inilah golongan seperti firman Allah,

"... Wailullil Musollin" : Mafhumnya... Neraka Wail bagi mereka yang bersembahyang

Mengapa pula?? kerana mereka bersembahyang bukan kerana takutkan Allah tetapi takutkan api neraka Allah... mereka tidak beriman kepada Allah... nescaya jika tiada syurga dan neraka tidaklah mereka akan sujud kepada Allah... sedangkan Rasulullah SAW yang maksum itu sendiri walaupun sememangnya dipelihara oleh Allah dari dosa tetap sujud kerana diperintahkan Allah untuk sujud.... bukan keraja takut akan dia terhadap api neraka.. Inilah islam PAS... islam tanpa takwa... islam tanpa ilmu... islam sekadar buih dilautan yang hanyut bila dipukul ombak... kononnya mereka ini terlalu islamik hingga mudah menjatuhkan KAFIR kepada saudara seislam yang lain...

"kita berhujah sekiranya berlaku kekeliruan."

Hadi berkata kononya mereka nak turun padang memberikan penjelasan.. kononnya mereka ingin menjadi pemudahcara dalam perlaksanaan... sedangkan isu-isu lain mereka tidak pernah untuk mempertahankan islam seperti mana dipertahankan oleh UMNO... apa yang dibuat hanyalah berdiam diri... inikan pula mereka hendak memberikan penjelasan... Islam dipermainkan didepan mata... PAS tetap berdiam diri... ayat-ayat Allah diperdagangkan oleh KAFIR Laknatullah di pentas awam... PAS Masih berdiam diri... 

So Korang Fikirlah Sendiri

Thursday, 18 March 2010

Panasss!!! Tak Tahan Punggung Dah Panass Terus Angkat Kaki


Entah berapa tebal makeup terpaksa dipalitkan kemuka untuk menutup muak merah beliau akibat dibogelkan oleh MP Bayan Baru... Tak tahan dengan pekung yang terbuka anwar terus angkat kaki...


KUALA LUMPUR 17 Mac - Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim (Bebas-Bayan Baru) hari ini menggegarkan sidang Dewan Rakyat apabila 'memecahkan tembelang' Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung rancangan mengambil alih kerajaan Pusat '16 September.'
Pendedahan itu juga menyebabkan Anwar 'panas punggung' sehingga mendorong beliau secara tergesa-gesa meninggalkan sidang Dewan.

Zahrain dalam ucapan sulong beliau sebagai MP bebas begitu bersemangat membongkarkan satu demi satu pembohongan anwar.. tak cukup anwar angkat kaki, pencacai-pancacai yang dulu kini dan selamanya dok mengampu anwar demi sebangku jawatan turut angkat kaki... Ketika itu Zahrain baru sahaja berucap lima minit membahaskan usul ucapan titah menjunjung kasih Yang di-Pertuan Agong. Zahrain mendedahkan bagaimana Anwar membohongi wakil rakyat pembangkang kononnya ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang akan melompat parti menyertai pembangkang lebih daripada mencukupi.


Anwar kata Zahrain, turut 'menjaja' nama Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.
Zahrain yang memulakan ucapannya pada pukul 5.05 petang berkata, Anwar mendakwa kononnya Seri Paduka pada satu ketika pernah menunggu di istana untuk mengesahkan jumlah ahli Parlimen BN yang melompat parti bagi menyertai pembangkang.
''Beliau mengakui bahawa Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan pelantikannya sebagai Perdana Menteri keenam sekiranya pakatan pembangkang berjaya membentuk kerajaan Persekutuan sementara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) juga menyokong pelantikan tersebut," tegasnya.
walaupun Zahrain diherdik dan dimaki hamun oleh anjing belaan PKR dan DAP ... siap lagi kalau bukan Tian Chua si pembuli jalanan dan Gobalakrishnan si pelakon hebat yang satu ketika dulu lukanya hanya sedikit tetapi berbalut sampai tak boleh bengkok kaki... zahrain tetap tabah membongkarkan kecurangan Anwar terhadap rakyat... 
Zahrain menjawab dakwaan tersebut dengan mencabar Gobalakrishnan supaya mengulangi tuduhan itu di luar dewan supaya beliau boleh menyamannya.
Beliau seterusnya mendedahkan punca lain meninggalkan PKR adalah kerana parti itu yang pada mulanya memperjuangkan reformasi dan keadilan kini dilihat tertumpu kepada perjuangan peribadi individu tertentu.
Ahli Parlimen Bayan Baru itu turut menyifatkan Anwar sebagai "raksaksa pelbagai wajah" ekoran pendiriannya yang sentiasa berubah-ubah dalam memperjuangkan orang Melayu dan kepentingan agama Islam.
Zahrain juga mendedahkan bahawa Anwar yang kini mendabik dada mahu memperkasakan institusi Islam di negara ini pernah menggelarkan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai ulama 'terompah' iaitu satu gelaran yang sinonim dengan tandas atau tempat kotor.
Selain itu, katanya, tindakannya keluar PKR adalah kerana parti itu terlalu 'memperhambakan diri' dan tunduk kepada DAP sedangkan Anwar pernah berjanji kepadanya bahawa mereka tidak akan sesekali mengikut telunjuk DAP. 

Tuesday, 22 December 2009

PASmilitaN: Bab Kawen Pun Boleh Main2

PAS sebuah parti yang dikatakan memperjuangkan islam rupanya hanya pandai bermain dengna kata2 untuk memerdayakan umat manusia demi meraih sekeping undi bagi menjana kemenangan mereka dalam pilihanraya..


KOTA BHARU - Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam memerintahkan Ketua Penerangan Pemuda Pas Kelantan mufaraqah (tidak tinggal bersama) dengan isterinya yang juga anak ahli perniagaan.

Hakim Syarie, Mohd Yusof Awang memerintahkan Rosli Allani S Abdull Kadir, 35, yang juga bekas Pembantu Khas Exco Kelantan bersama isterinya, Ilyani Mohd Nor, 30, tinggal berasingan sementara kerana dokumen perkahwinan mereka diragui dipercayai terlibat perkahwinan sindiket.

Jika mereka benar memperjuangkan islam sudah tentu mereka akan sentiasa menjaga hubungan sesama manusia..

Plaintif, Mohd Noor Che Man, 58, adalah bapa kandung kepada defendan kedua, Ilyani tidak bersetuju dengan perkahwinan anaknya bersama defendan pertama, Rosli Allani kerana disyaki tidak memenuhi rukun dan syarat perkahwinan yang sah berikutan tata cara perkahwinan dan surat perakuan nikah itu adalah dokumen tidak sah.

Ni lah contoh manusia yang kononya memperjuangkan islam tetapi langsung tidak memahami kesucian, keadilan dan keindahan perkahwinan dalam islam...

"Saya dimaklumkan oleh anak saya perkahwinan sebenar adalah dipercayai pada 7 April tahun ini. Saya kecewa dan terkilan dengan tindakan defendan pertama yang berkahwin tanpa mengikut syarat-syaratnya dan membelakangi saya sebagai walinya kerana kahwin Melayu ada adat.

"Mengikut adat kita hendak berkahwin ni mesti masuk meminang serta datang ke rumah untuk mengenalkan ahli keluarga masing-masing ini pula tidak berlaku," katanya semalam ketika ditemui di luar mahkamah.

Mohd Noor berkata, dia meragui perkahwinan berkenaan kerana tempat perkahwinan dan dokumen saling bertentangan.

"Saya mengetahui perkahwinan ini kerana mereka dikatakan ingin berkahwin semula dan saya mengambil tindakan kerana ia melibatkan hukum agama dan maruah keluarga.

"Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) juga mengeluarkan surat menyatakan surat perakuan nikah bagi pasangan berkenaan tidak dikeluarkan dan tidak tercatat dalam buku daftar perkahwinan di Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga Jawi," katanya.


Saturday, 19 December 2009

Khalid Gagap: Baik Letak Jawatan MB Selangor


650 orang ahli PKR membubarkan PKR Ijok menandakan betapa kemimpinan Khalid Ibrahim tidak lagi kehendaki rakyat.. Wakil rakyatnya sedang berkonvensyen di hotel indah di shah alam bersama rakan2 tak berguna mereka.. rakyat ijok telah menunjukan protes mereka dengan pembubaran pkr ijok...

selama mana mereka ingin menipu rakyat dengan sandiwara mereka? janji2 kosong yang mereka taburkan selama ini tidak akan lagi dpt memperbodohkan rakyat.. kita tak menyalahkan rakyat diatas kesilapan mereka memilih pemimpin pada PRU12... jalan pulang masih terbuka luas untuk mereka memperbetulkan kesilapan dan pulang kepangkuan Kerajaan BN untuk memastikan nasib rakyat sentiasa terbela..

Ini barangkali tamparan hebat yang diterima khalid dengan pembubaran pkr ijok.. masakan tidak.. kawasan yang diwakili beliau telah menolak kepimpinan parti beliau dengan cara memalukan.. apatahlagi beliau merupakan seorang menteri besar yang nampak sangat tidak mampu untuk menjaga kawasan sendiri.. jadi macam mana rakyat selangor nak harapkan beliau menjaga sebuah negeri kalau kawasan kecik pun tak boleh nak jaga...

Mungkinkah Pasti Hijrah Ini Akan Terjadi??


Alhamdulillah Bersyukur kita kehadrat Allah SWT dapat kita bersama2 berjumpa dengan tahun 1431 Hijrah.. seperti yang kita sedia maklum telah 1431 tahun peristiwa Rasulullah berhijrah dari mekah ke madinah untuk menyebarkan dan memperkukuhkan daulah islamiyyah hadharah islamiyyah di muka bumi Allah swt ini..

tapi itu peristiwa di zaman Rasulullah, di zaman kita ini nampaknya sudah ternampak titik mula penghijrahan demi manafaat rakyat khususnya umat islam dan orang melayu.. kalau ini sebagai satu kenyataan adalah amat molek yakni bagus sekali kerana kita tentunya mencintai perpaduan dan ukhuwah yang berpanjangan..

dengan kehadiran Presiden dan Timbalan Presiden Pas di majlis tersebut jelas menampakan ketulusan dan kesungguhan Presiden Pas inginkan perubahan dalam arus perdana politik negara.. mengapa perlu berjauhan sekiranya ada persamaan, pastinya lebih elok di satu padukan..tidak kita minta ahli pas bertukar parti begitu jugak ahli umno.. tetapi melalui perpaduan amatlah berbaloi demi negara yang tercinta ini..

sudah terang lagi bersuluh di dalam UMNO ini perjuangannya adalah Islam dan orang melayu.. dan pas juga memperjuangkan islam dan majoriti di dalam pas adalah orang melayu.. satu persamaan yang jelas dan jika dulu pernah bersama tidur sebantal tidak mustahil rujuk kembali bersama di bawah satu wawasan menegakan sebuah negara yang berdaulat dengan islam sebagai pegangan dan orang melayu sebagai tonggak pemerintah negara..

saya secara peribadi merasa terharu melihat presiden dan timbalan presiden pas sanggup turun padang bersama2 meraikan majlis yang diadakan tanpa mengira fahaman politik demi perpaduan dalam kepimpinan negara.. sebak rasanya didada apabila ini berlaku tetapi lebih sebak apabila masih lagi ada yang duduk diluar sana yang mungkin "pengsan" atau tidak sedarkan diri menjual, menjarah, menelanjangkan maruah orang melayu hingga bangsa melayu dan agama islam yang dipelihara oleh perlembagaan di hina, di maki hamun dengan sesuka hati..

apa pun marilah kita bersama berdoa.. bukan doa bagi kembung perut... tapi berdoa semoga perpaduan yang sebenar dapat dicapai.. kepada Datuk Seri Najib.. semoga beliau dapat merealisasikan hasrat perpaduan yang pernah disuarakan oleh Presiden Pas dapat diperbincangkan semula supaya dapat terbela kembali dan di angkat kembali kesejahteraan negara ... Insyaallah...

Wednesday, 16 December 2009

Islam Tulen UMNO: Pas Doa Bala UMNO doa Sejahtera..


Biarpun Nik Aziz dan Juak2 Pas mendoakan bala buat datuk Seri Najib akan tetapi PM yang dikasihi tetap mengamalkan Islam tulen dengan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan keselamatan walaupun kepada seorang musuh.. fikir2 kan lah..
Kenyataan Nik Aziz ada muslihat politik 
NAJIB beramah mesra dengan imam masjid di selatan Thailand ketika Majlis Penamaan Semula Jambatan menghubungkan Bukit Bunga, Tanah Merah, Kelantan dengan Buketa, Narathiwat, sempena lawatan beliau ke Narathiwat, baru-baru ini.
HARI ini mendoakan musibah, esoknya pula puji menggunung, begitulah sikap Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat, dalam masa seminggu terhadap Datuk Seri Najib Razak.

Pada 4 Disember lalu beliau dilaporkan memberi ingatan agar orang yang terbabit dalam 'soal royalti minyak' diturunkan musibah pecah perut sekiranya tidak memberi hak itu kepada Kelantan. Kenyataan ini secara tidak langsung merujuk kepada Perdana Menteri pada 4 November lalu mengumumkan di Parlimen bahawa Kerajaan Pusat akan memberi wang ihsan kepada Kelantan, bukan dalam bentuk tunai tetapi projek.

Reaksi spontan Mursyidul Am Pas itu: "Perkara ini bercanggah dengan (prinsip) keadilan asasi. Selagi tidak bagi (royalti petroleum), kita doa sampai pecah perut orang itu."

Nik Aziz yang menyatakan perkara itu pada sekumpulan penyokongnya pada perhimpunan di Jalan Datuk Pati, Kota Bharu, mengulangi dan mempertahankan pendiriannya keesokan harinya apabila media menyiarkan berita berhubung kenyataan doanya itu.

Setiausaha Politiknya, Anual Bakhari Haron, berkata kenyataan itu tidak merujuk kepada mana-mana pemimpin tetapi hanya mahu menjelaskan bahawa bala Tuhan boleh berlaku dalam pelbagai bentuk. Selepas dikecam hebat berhubung isu yang sama, Nik Aziz pada 2 Disember menukar sedikit saranannya itu dengan meminta supaya doa itu dibuat secara individu.

"Oleh kerana Perdana Menteri berasa hati bahawa sebut nama dalam doa maka saya minta tidak disebut secara beramai-ramai, hanya disebut bersendirian," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Kota Bharu.

Sehari selepas Najib melawat wilayah bergolak Narathiwat di selatan Thailand, Nik Aziz tidak ketinggalan memberi komen tetapi kali menyifatkan Perdana Menteri sebagai pejuang Islam serta pemimpin yang berani.

"Saya setuju sangat dengan tindakan Najib membantu itu tapi ia hendaklah tidak kira orang Islam (saja) malah juga turut membabitkan semua penduduk di situ," katanya.

Beliau turut berkata: "Saya anggap tugas Najib itu berani. Sebelum berlaku perang (konflik) saya selalu pergi ke Thailand untuk mengadakan ceramah agama di beberapa tempat di negara itu.

"Sekarang saya tidak berani pergi (ke sana), orang bedil (tembak) saya. Kalau pergi juga, saya tidak mati syahid di sana," katanya.

Mengulas dua kenyataan itu, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata semua kenyataan Nik Aziz ada tujuan dan kepentingan politik.

"Warna (sikap dan pendirian) beliau berubah-ubah mengikut keadaan. Di tanah warna lain, di atas pokok warna lain. Semua kenyataannya mengikut kepentingan politik," katanya.

Ahmad Zahid turut mengimbas kempen Nik Aziz ketika pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang dekat Port Dickson, pada Oktober lalu yang turut menuduh beliau dan Najib sebagai 'orang yang paling jahat di Malaysia' semata-mata kerana pembangkang tidak dibenarkan berkempen dalam kawasan kem tentera.

"Bukti kenyataan Nik Aziz berhubung tuduhan itu ada dalam You-Tube. Jadi apakah maknanya bila beliau memuji keberanian Perdana Menteri. Hanya dia seorang yang tahu," katanya sambil mempersoalkan Nik Aziz tidak pun membantu penduduk Islam di selatan Thailand sedangkan Kelantan berjiran dengan wilayah itu.

Najib ke Narathiwat pada Rabu lalu dalam keadaan wilayah itu masih bergolak dan di bawah pentadbiran undang-undang tentera. Pemergian beliau ke sana bukan untuk meraih kepentingan politik dan pujian. Perdana Menteri melihat kepentingan agama, bangsa dan negara lebih utama daripada keselamatan dirinya sendiri dan anggota rombongan.

Apakah ini perjuangan Islam sekular seperti didakwa Nik Aziz. Apakah ini bukan perjuangan Islam oleh Umno yang disamakan Nik Aziz seperti 'penduduk setinggan'? Konflik di selatan Thailand sekian lama berlarutan tetapi apakah bentuk sokongan dan bantuan Nik Aziz atau kerajaan Kelantan bagi membantu kerajaan negara jiran itu memulihkan keadaan?

Apakah dengan setakat memuji dan menyifatkan Najib pejuang kerana berani ke Narathiwat maka Nik Aziz tidak boleh dipersoalkan lagi mengenai pengabaian beliau terhadap saudara seagama yang menderita di seberang sempadan negerinya?

Pengerusi Biro Agama Pemuda Umno, Mohd Affandi Yusoff, menyifatkan ucapan Nik Aziz sebagai kenyataan politik walaupun dianggap pendirian seorang ulama di kalangan penyokongnya.

"Apabila ada sesuatu yang memberi keuntungan maka dia akan sokong. Yang tidak memberi keuntungan maka dia akan maki hamun. Ini bukan ciri ulama. Setiap ucapannya adalah kenyataan politik," kata beliau yang juga Ketua Pemuda Umno Bahagian Rantau Panjang

Justeru, katanya, apabila kenyataan itu bersifat politik maka Nik Aziz akan melihat kenyataannya dari sudut kepentingan politik.

"Yang sedihnya, apabila dia membuat kenyataan walaupun bercanggah, itu tetap ditelan bulat-bulat oleh penyokongnya," katanya.

Keadaan ini, kata Affandi, mencetuskan kebimbangan kerana kenyataan Nik Aziz yang mengelirukan itu jika dibiarkan tanpa dibendung akan merebak dalam sikap dan pemikiran umat Islam.

Kenyataan lain Nik Aziz yang mencetuskan kontroversi antaranya orang kafir dibolehkan memaki orang Islam dan orang kafir dibolehkan membaca al-Quran. Dalam peringatan kepada bakal pengundi pilihan raya kecil Kerusi Parlimen Bukit Gantang dan Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau, beliau antara lain menyatakan Umno hanya bernabi kepada orang putih semata-mata.

Dalam kenyataan sama, beliau berkata: "Umur saya sendiri banyak habis untuk bertengkar (berhujah) dengan orang Islam Melayu -Melayu Islam yang banyak mengakibatkan imej Islam menjadi rosak kerana bangsa kita menerima Islam secara tradisi"

Persoalan di sini, siapakah yang beliau rujuk sebagai Melayu Islam 'yang merosakkan imej Islam' dan apakah ini termasuk dirinya sendiri yang menganut Islam secara tradisi? Bagaimana dengan ratusan juta umat Islam di seluruh dunia yang menganut Islam secara tradisi masa kini?

Dalam blognya, Nik Aziz berkata: "Saya sesungguhnya tidak faham dengan pendirian Umno yang mengaku Islam tetapi dalam masa yang sama menolak Islam. Pada saya, Islam jenis ini setaraf dengan penduduk setinggan yang menduduki sesuatu tempat secara haram. Jika rumah setinggan didirikan di atas bahu jalan atau tanah-tanah kerajaan yang lain maka pihak kerajaan ada hak untuk meroboh, menghalau atau mengenakan denda. Sikap pemimpin Umno boleh kita analogikan seperti kes setinggan ini."

Untuk pengundi di Permatang Pasir, beliau berkata: "Islam jenis sekular yang diperjuangkan oleh Umno inilah yang saya namakan sebagai Islam palsu."

Ini antara ungkapan dan pendirian Nik Aziz terhadap Umno atau taraf Islam yang dianuti ahli Umno. Sebenarnya banyak lagi kenyataan Nik Aziz yang diucapkan sewenang-wenangnya.

Permohonan Anwar Salah: Anwar Mempergunakan Mahkamah


Anwar Ibrahim sememangnya amat licik dengan strategi politik bagi melepaskan diri beliau dari tuduhan2 di mahkamah, terbaru beliau cuba menggunakan mahkamah bagi melepaskan diri dari tuduhan meliwat.. Fikirkanlah tuan-tuan, sekiranya anwar memerintah negara pastinya pelbagai helah akan digunakan bagi memastikan beliau kekal berkuasa dan meraih keuntungan bagi kroni2 beliau.. beliaulah pemimpin yang amat terkenal dengan mengamalkan kronisme dan nepotisme... akan tetapi masih lagi menyalak kononnya beliau amat bersih dan kerajaan pimpinan UMNO pada hari ini korup dan sebagainya sedangkan kudis yang tertinggal inilah hasil daripada penyakit yang dibawa oleh manusia yang bernama Anwar Ibrahim... Al-Liwati...
KUALA LUMPUR 15 Dis. – Permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membatalkan kenyataan bertulis pendakwa raya bahawa tidak ada fakta memihak kepada pembelaan kes liwatnya, adalah satu tindakan penyalahgunaan proses mahkamah.
Peguam Kanan Persekutuan, Datin Azizah Nawawi berhujah, ini kerana isu yang ditimbulkan oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu perlu dibangkit dan diputuskan oleh mahkamah jenayah yang mendengar kes liwat tersebut dan bukannya mahkamah sivil.
Katanya, mahkamah sivil tidak mempunyai bidang kuasa untuk membuat semakan bagi prosiding mahkamah jenayah dan ia juga tidak seharusnya masuk campur dalam perkara-perkara mahkamah jenayah.
''Sebarang isu berkaitan kenyataan bertulis itu boleh ditimbulkan semasa prosiding perbicaraan jenayah. Jadi permohonan ini adalah jelas merupakan penyalahgunaan bidang kuasa mahkamah sivil,'' katanya.
Azizah berkata demikian semasa mewakili Peguam Negara dalam hujahan bertulisnya bagi membantah permohonan Anwar mendapatkan kebenaran membatalkan kenyataan bertulis pendakwa raya yang mendakwa tidak terdapat fakta-fakta memihak kepada pembelaan dalam kes liwat yang dihadapinya.
Permohonan tersebut didengar oleh Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas), Datuk Aziah Ali di kamar beliau di sini hari ini.
Peguam Negara memohon permohonan Anwar ditolak dengan alasan kenyataan bertulis yang dikeluarkan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Hanafiah Zakaria bukan suatu keputusan yang boleh disemak di bawah Aturan 53 Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi (RHC) 1980.
Selain itu, kenyataan yang dikeluarkan di bawah Seksyen 51A Kanun Tatacara Jenayah (CPC) bagi tujuan kes liwat itu adalah di bawah bidang kuasa mahkamah jenayah yang tidak seharusnya menerima campur tangan mahkamah sivil.
Anwar pada 3 Ogos lalu memfailkan permohonan untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman dengan menamakan Mohamad Hanafiah responden pertama, pendakwa raya responden kedua dan Kerajaan Malaysia responden ketiga.
Beliau memohon perintah perisytiharan bahawa kenyataan bertulis itu yang ditandatangani oleh responden pertama dan diserahkan kepadanya pada 24 Jun lalu, tidak menepati Seksyen 51A(1)(c) CPC, batal dan tidak sah.
Anwar juga memohon perintah mandamus (memaksa pihak berkuasa mematuhi perintah mahkamah) terhadap responden kedua untuk membekalkan fakta-fakta yang memihak kepada pembelaan dalam satu kenyataan bertulis menepati Seksyen 51A(1)(c) kanun berkenaan.
Anwar, 62, didakwa meliwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 24, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di sini di antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun tahun lalu.
Kes itu dijadual dibicarakan di hadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah selama sebulan mulai 25 Januari ini.
Dalam hujahannya, Azizah menyatakan, responden pertama tidak membuat sebarang keputusan pentadbiran ketika mengeluarkan kenyataan itu tetapi hanya menyatakan pendapat bahawa tiada fakta yang memihak kepada pemohon.
Menurutnya lagi, pendapat responden pertama juga bukanlah sesuatu yang konklusif kerana mahkamah jenayah yang mendengar perbicaraan kes itu merupakan pihak yang akan menentukan sama ada fakta-fakta berpihak kepada pembelaan atau sebaliknya mahupun yang relevan kepada perbicaraan.
Sementara itu, peguam Edmund Bon menghujahkan bahawa hak perlembagaan Anwar untuk mendapatkan perbicaraan yang adil telah dicabuli ketika responden pertama dan kedua mengeluarkan kenyataan bertulis itu.
Sedangkan, menurut beliau, di bawah Seksyen 51A(1)(c) CPC, pendakwa raya dikehendaki membekalkan kepada pemohon kenyataan bertulis berhubung fakta-fakta yang memihak kepada pembelaan.
''Walaupun mereka menyatakan 'tiada', ia mungkin bermakna tidak ada fakta-fakta memihak atau mungkin terdapat fakta-fakta yang memihak tetapi tidak diberikan berdasarkan peruntukan imuniti kepentingan awam di bawah Seksyen 51A(2) CPC.
''Dalam apa jua keadaan itu sekali pun, ia boleh dibuat semakan kehakiman,'' ujar beliau.
Antara fakta yang didakwa memihak kepada pembelaan, katanya, ialah laporan Dr. Osman Abdul Hamid dari Hospital Pusrawi bertarikh 28 Jun 2008 dan laporan Dr. Khairul Nizam Hassan, Mohd. Razali Ibrahim serta Dr. Siew Sheue Feng dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) bertarikh 13 Julai 2008.
Ketika ditemui pemberita selepas selesai prosiding, Azizah memberitahu, Hakim Aziah akan mengumumkan keputusannya pada 5 Januari ini.

OtherStory

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...