Saban hari aku bekerja, aku melihat mata-mata sayu yang meminta-minta tidak kira tempat atau masa. Kadangkala aku berasa amat kasihan akan panorama yang terhidang di hadapan mata, namun apa kan daya inilah fenomena manusia detik ini. Siapakah mereka dan mengapakah mereka meminta-minta sedemikian rupa, sedih dan pilu bila mengenangkan penderitaan mereka.
Di minggu yang lalu aku telah kesebuah rumah usang di sebuah kampung (tak perlukan aku sebutkan namanya) tinggal disitu seorang ibu tua bersama 3 orang anak lelakinya, yang mana ketiga-tiganya tidak memiliki keupayaan berfikri seperti orang normal. Daam seba kekurangan keluarga ini mendapat sedikit wang daripada pekerjaan anaknya yang bongsu.
Di dalam rumah usang ini ibu tua memasak dan membasuh, walaupun telahpun bongkok umpama sabut namum digagahi untuk memastikan anak-anaknya mendapat penjagaan. Dalam keuzuran ini mereka sekeluarga menempuhi hari-hari yang berlalu.
Mengapa masih lagi terdapat keluarga seperti ini, setelah diselidiki mereka tidak pernah mendapat apa-apa bantuan daripada mana-mana jabatan kebajikan. Langsung pada keesokan harinya aku terus menghubungi sahabatku di jabatan kebajikan masyarakat dan membawanya melawat keluarga tersebut.
Tiada apa yang aku harapkan melainkan pengharapan agar nasib keluarga ini terbela dan dilihat oleh masyarakat bahawa masih lagi terdapat orang-orang yang terpinggir dari arus pembangunan negara. Semoga usaha ini akan dapat memberikan aku lebih keyakinan bahawa aku lebih bernasib baik.
No comments:
Post a Comment