Showing posts with label UMNO Islam. Show all posts
Showing posts with label UMNO Islam. Show all posts

Tuesday, 6 December 2011

PAS Khawarij; dan Joget: Saya datang, dia lari!!!

"Ni luahan hati Taminsari... aku nak share dengan korang sume... Puak2 Khawarij ni memang pandai kafirkan orang tp... tiap perkataan diorang tu hanya untuk kepentingan politik..."


Pada 1969, PAS memecat Ahli Parlimennya, Hashim Gera kerana berjoget di Parlimen. Tetapi pada hari ini, apakah PAS berani mengambil tindakan yang sama jika ada ahlinya melakukan perbuatan serupa.


Ketika itu PAS amat rigid dalam soal agama. Di depan Jawatankuasa Disiplin, Hashim memberitahu ulama PAS, joget adalah tarian bersih. "Bila dia (perempuan joget) datang, saya lari. Bila saya datang, dia (perempuan joget) itu lari. Tidak berlaku sentuhan antara perempuan dan lelaki kerana saya datang dia lari, dia datang saya lari". Bagaimanapun PAS menolak penjelasan Hashim itu dan dia tetap dipecat.

Kini kefahaman pemimpin PAS terhadap makna joget sudah berubah. Kalau UMNO datang PAS lari, kalau DAP datang PAS tidak lari. 

PAS sanggup bersentuhan dan berpeluk cium dengan DAP. Sebab itu ada kebenarannya apabila Timbalan Presiden UMNO mendakwa, PAS tidak mungkin ganti UMNO, tetapi DAP mungkin ganti PAS.

PAS semakin liberal dalam banyak hal mengenai hukum agama. Apabila Mat Sabu didakwa atas tuduhan berkhalwat, PAS tuduh ia adalah konspirasi UMNO. Dalam kes video seks Anwar, Haji Hadi berdalih pula, 'besi tidak boleh jadi saksi'. 

Semua jawapan itu adalah jawapan nafsu akal. Sebab itu dalam kes gambar bogel Elizabeth Wong, PAS paling kuat membelanya. Hujah PAS, berdosa hukumnya apabila mengaibkan peribadi seseorang. 

Tetapi jika berkaitan dengan orang UMNO, mereka akan telanjang habis habisan walaupun ia adalah fitnah. Perkara yang makruf pun mereka sanggup putar belit, contohnya memfitnah ibadat haji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, baru-baru ini.

PAS pengecut bila berdepan dengan DAP. Itu puncanya dia menjadi liberal. PAS sanggup korbankan orangnya sendiri demi menjaga hati DAP. 

Dr. Hassan Ali ialah mangsa joget terbaharu ini. Beliau disisih kerana berbeza pandangan dalam soal rampasan arak dan isu memurtadkan orang Islam di Gereja Methodist Damansara Utama. 

Dalam isu negara Kristian, PAS bacul dan mendiamkan diri. Siasat pun tidak, komen pun tidak, bagi amaran lagi tidak berani. Hakikatnya, sikap PAS sudah terbalik. PAS melanggar fatwa lama Haji Hadi, 'politik suku agama suku', iaitu agama dan politik tidak boleh bercampur aduk.

Kenapa PAS tidak berani menyertai 'Himpunan Sejuta Umat' walaupun ia dianjurkan oleh pihak badan bukan kerajaan (NGO)? Himpunan itu bertujuan menyedarkan umat Islam tentang bahaya gejala murtad. PAS mahu menjaga hati DAP, walaupun tindak-tanduk DAP sering menyakitkan hati orang Islam.

Keputusan DAP untuk meletakkan calon Melayu berkelulusan agama dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 mewajarkan keyakinan kita bahawa DAP mungkin mengambil alih peranan PAS. Kejayaan Mat Sabu menumbangkan Nasaruddin bagi jawatan Timbalan Presiden PAS membuktikan golongan agama dan ulama semakin tersisih dalam PAS.

Pokoknya, PAS tidak akan dapat mengganti UMNO, kerana PAS didokong oleh ahli yang taksub pada pemimpin bukan perjuangan. Sedangkan UMNO parti yang didokong oleh 'Orang UMNO'. 

Menurut Presiden parti, satu daripada ciri penting orang UMNO ialah, dia cinta dan kasih pada perjuangan. Perjuangan mendarah dan mendaging pada dirinya. UMNO bermula kerana perjuangan. Terus hidup kerana perjuangan. Itulah UMNO, iaitu UMNO-Perjuangan.

Suara Politik: Taminsari


Posted By : BELANTAN

Saturday, 15 May 2010

Demokrasi Cara DAP dan PKR


Satu ketika dulu UMNO dilabel sebagai pengamal kronisme dan nepotisme, kononnya UMNO tidak amanah dalam menjaga kepentingan rakyat dan kononya kepimpinan tertinggi UMNO hanya menjaga orang-orang tertentu sahaja.

Namun adakah hakikatnya begitu? atau orang-orang yang cuba memburukan UMNO ini sebenarnya cuba menyembunyikan kelemahan mereka?

Lihat saja Parti Keadilan Rakyat yang mana Penasihatnya adalah Anwar Ibrahim, Presidennya Wan Azizah isteri beliau dan Nurul Izzah anak beliau turut menjadi kepimpinan tertinggi dalam parti tidak termasuk Azmin Ali, kroni rapat anwar yang menjadi orang paling kanan dalam Parti Keadilan.

Dalam DAP pula Lim Kit Siang sebagai penasihat nampaknya amat mementingkan keluarga seperti Anwar.. Anak beliau Guan Eng adalah Presiden dan menantunya Betty turut mewarnai kepimpinan DAP..

Justeru itu apakah makna demokrasi kepada mereka? Dimana suara ahli parti yang berhak memilih  pemimpin untuk meminpin mereka kearah pembangunan negara yang lebih cemerlang? Kedua-dua parti nampaknya lebih busuk dan dan buruk daripada UMNO yang kononnya dituduh mengamalkan nepotisme.

Itupun PAS masih lagi berkhiblatkan kepada kedua2 parti ini untuk menjadi rakan kongsi mereka dalam mengekalkan kedudukan parti tersebut dalam sokongan rakyat. DAP yang amat radikal dan pernah mencetuskan keganasan 13 Mei 1969 menjadi harapan PAS dalam memperluaskan pengaruh mereka.. Matlamat PAS telah menghalalkan cara mereka dalam membentuk satu pakatan yang merugikan rakyat.

PAS satu ketika dulu pernah menghamburkan kata-kata menghina dan mengkafirkan UMNO kononya kerjasama dengan bukan islam adalah haram. Adakah bekerjasama dengan kafir zimmi yang menyokong dan sentiasa mematuhi perlembagaan negara sebagai haram, sedangkan PAS kini bersetongkol bersama DAP yang Radikal dan boleh dikategorikan sebagai Kafir Harbi itu tidak haram?

Mengapakah DAP dikategorikan sebagai Kafir Harbi? Ingat lagi kata-kata Karpal Singh? "Langkah Mayat Saya Dulu..." ketika ditanya tentang hasrat PAS untuk menubuhkan kerajaan islam. Kit Siang dan Guan Eng juga tidak terkecuali menentang sekeras-keranya penubuhan negara islam dan DAP tidak akan sesekali membenarkan Islam menjadi Perlembagaan negara.. Ini berlainan dengan UMNO yang telah mengisytiharkan Malaysia sebagai negara islam melalui perlaksanaan menyeluruh dalam Syariat, Muamalat, Munakahat dan Undang-Undang sentiasa mendapat sokongan daripada MCA dan MIC serta komponen barisan nasional yang lain.

UMNO selama ini mengamalkan demokrasi terpimpin dengan menjadikan ahli-ahlinya penentu kesinambungan partinya. Ahli sentiasa diberikan hak dan kebebasan untuk memilih pemimpin yang berkebolehan dalam memacu parti kearah yang terbaik. Pemimpin yang tidak mampu berkhidmat dengan cemerlang pastinya akan ditendang keluar dan digantikan dengan yang lebih baik. Ini menunjukan UMNO amat prihatin terhadap kehendak ahlinya dan amalan tersebut tidak hanya tertumpu kepada ahli-ahli UMNO sahaja bahkan parti-parti komponen dalam Barisan Nasional juga memainkan peranan melaksanakan sistem demokrasi didalam memimpin parti mereka.

Hakikatnya amalan tersebut terus dibawa oleh UMNO dan Barisan Nasional dalam  memastikan demokrasi terus mekar bersama rakyat Malaysia. Rakyat diberikan keutamaan dalam memilih pemimpin dan pemimpin yang tidak menunjukan prestasi yang baik pastinya ditolak oleh rakyat yang berfikir tentang masa depan mereka dan negara.

Thursday, 13 May 2010

YB Khalid Samad Promosi Aktiviti Gereja???




Thanks to: Cucu Tok Selampit

Ni apa cerita ni YB? Dah tak ada modal lain ke nak "mengemis" undi di Parlimen Sibu? Bila Bloggers Pro BN panggil Khaled Gereja, puak-puak PAS marah. Tengoklah apa yang dia buat tu. Dia dok promosi seminar yang akan diadakan oleh sebuah gereja bernama "Sibu Sacred Heart Church" untuk memancing undi.

Mengikut seorang rakan yang berada di sana memberitahu, kelihatan MP Shah Alam, Khalid Abdul Samad, MP Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud, MP Seputeh Teressa Kok dan isteri calon DAP, Irene Cheng ada di situ untuk mempromosikan ceramah agama yang akan diadakan di Hotel Paramount, esok.

Irene dan Teressa Kok tak apalah, mereka Kristian. Yang dua keldai Melayu Islam pergi promosi Ceramah Agama Kristian tu kenapa? Labu ... Labu ... Mungkin Khalid akan kata, inilah kebebasan Agama cara PAS. PAS For All. Halal Haram masuk sekali. Janji undi masyukkk!

Wednesday, 28 April 2010

Pembangkang Hanya Tahu Tuding Jari


Kenapa menuduh BN membeli undi? nampak sangat pembangkang tak tahu menghormati hati rakyat.. sedangkan rakyat membuang undi kerana melihat kepada masa hadapan yang lebih cerah bersama kerajaan BN..

Pembangkang juga menuduh SPR sebagai tidak telus dan berat sebelah?? Owh!! bila mereka menang di beberapa negeri dulu masa PRU12 kenapa tak nak heboh kata SPR tak betul?? sekarang bila kalah SPR tak betul pulak? Rakyat dah pandai menilai mana intan mana kaca.. Jangan nak memperbodohkan rakyat dengan politik sempit pembangkang.. yang mereka tahu hanyalah mencai kesalahan atau mereka-reka kesalahan saja.. 

Kenapa nak memperjudikan nasib rakyat semata2 nak naikkan manusia pengkhianat negara sebagai perdana menteri? cukup hebatkah pengkianat ni? sedangkan beliau adalah sabahat baik yahudi.. beliau juga sanggup menjual maruah agama bangsa dan negara... tak perlu lah nak menolak keamanan dan kesejahteraan negara demi PENGKHIANAT HYBRID YAHUDI... !!

Saturday, 19 December 2009

Mungkinkah Pasti Hijrah Ini Akan Terjadi??


Alhamdulillah Bersyukur kita kehadrat Allah SWT dapat kita bersama2 berjumpa dengan tahun 1431 Hijrah.. seperti yang kita sedia maklum telah 1431 tahun peristiwa Rasulullah berhijrah dari mekah ke madinah untuk menyebarkan dan memperkukuhkan daulah islamiyyah hadharah islamiyyah di muka bumi Allah swt ini..

tapi itu peristiwa di zaman Rasulullah, di zaman kita ini nampaknya sudah ternampak titik mula penghijrahan demi manafaat rakyat khususnya umat islam dan orang melayu.. kalau ini sebagai satu kenyataan adalah amat molek yakni bagus sekali kerana kita tentunya mencintai perpaduan dan ukhuwah yang berpanjangan..

dengan kehadiran Presiden dan Timbalan Presiden Pas di majlis tersebut jelas menampakan ketulusan dan kesungguhan Presiden Pas inginkan perubahan dalam arus perdana politik negara.. mengapa perlu berjauhan sekiranya ada persamaan, pastinya lebih elok di satu padukan..tidak kita minta ahli pas bertukar parti begitu jugak ahli umno.. tetapi melalui perpaduan amatlah berbaloi demi negara yang tercinta ini..

sudah terang lagi bersuluh di dalam UMNO ini perjuangannya adalah Islam dan orang melayu.. dan pas juga memperjuangkan islam dan majoriti di dalam pas adalah orang melayu.. satu persamaan yang jelas dan jika dulu pernah bersama tidur sebantal tidak mustahil rujuk kembali bersama di bawah satu wawasan menegakan sebuah negara yang berdaulat dengan islam sebagai pegangan dan orang melayu sebagai tonggak pemerintah negara..

saya secara peribadi merasa terharu melihat presiden dan timbalan presiden pas sanggup turun padang bersama2 meraikan majlis yang diadakan tanpa mengira fahaman politik demi perpaduan dalam kepimpinan negara.. sebak rasanya didada apabila ini berlaku tetapi lebih sebak apabila masih lagi ada yang duduk diluar sana yang mungkin "pengsan" atau tidak sedarkan diri menjual, menjarah, menelanjangkan maruah orang melayu hingga bangsa melayu dan agama islam yang dipelihara oleh perlembagaan di hina, di maki hamun dengan sesuka hati..

apa pun marilah kita bersama berdoa.. bukan doa bagi kembung perut... tapi berdoa semoga perpaduan yang sebenar dapat dicapai.. kepada Datuk Seri Najib.. semoga beliau dapat merealisasikan hasrat perpaduan yang pernah disuarakan oleh Presiden Pas dapat diperbincangkan semula supaya dapat terbela kembali dan di angkat kembali kesejahteraan negara ... Insyaallah...

Wednesday, 16 December 2009

Islam Tulen UMNO: Pas Doa Bala UMNO doa Sejahtera..


Biarpun Nik Aziz dan Juak2 Pas mendoakan bala buat datuk Seri Najib akan tetapi PM yang dikasihi tetap mengamalkan Islam tulen dengan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan keselamatan walaupun kepada seorang musuh.. fikir2 kan lah..
Kenyataan Nik Aziz ada muslihat politik 
NAJIB beramah mesra dengan imam masjid di selatan Thailand ketika Majlis Penamaan Semula Jambatan menghubungkan Bukit Bunga, Tanah Merah, Kelantan dengan Buketa, Narathiwat, sempena lawatan beliau ke Narathiwat, baru-baru ini.
HARI ini mendoakan musibah, esoknya pula puji menggunung, begitulah sikap Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat, dalam masa seminggu terhadap Datuk Seri Najib Razak.

Pada 4 Disember lalu beliau dilaporkan memberi ingatan agar orang yang terbabit dalam 'soal royalti minyak' diturunkan musibah pecah perut sekiranya tidak memberi hak itu kepada Kelantan. Kenyataan ini secara tidak langsung merujuk kepada Perdana Menteri pada 4 November lalu mengumumkan di Parlimen bahawa Kerajaan Pusat akan memberi wang ihsan kepada Kelantan, bukan dalam bentuk tunai tetapi projek.

Reaksi spontan Mursyidul Am Pas itu: "Perkara ini bercanggah dengan (prinsip) keadilan asasi. Selagi tidak bagi (royalti petroleum), kita doa sampai pecah perut orang itu."

Nik Aziz yang menyatakan perkara itu pada sekumpulan penyokongnya pada perhimpunan di Jalan Datuk Pati, Kota Bharu, mengulangi dan mempertahankan pendiriannya keesokan harinya apabila media menyiarkan berita berhubung kenyataan doanya itu.

Setiausaha Politiknya, Anual Bakhari Haron, berkata kenyataan itu tidak merujuk kepada mana-mana pemimpin tetapi hanya mahu menjelaskan bahawa bala Tuhan boleh berlaku dalam pelbagai bentuk. Selepas dikecam hebat berhubung isu yang sama, Nik Aziz pada 2 Disember menukar sedikit saranannya itu dengan meminta supaya doa itu dibuat secara individu.

"Oleh kerana Perdana Menteri berasa hati bahawa sebut nama dalam doa maka saya minta tidak disebut secara beramai-ramai, hanya disebut bersendirian," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Kota Bharu.

Sehari selepas Najib melawat wilayah bergolak Narathiwat di selatan Thailand, Nik Aziz tidak ketinggalan memberi komen tetapi kali menyifatkan Perdana Menteri sebagai pejuang Islam serta pemimpin yang berani.

"Saya setuju sangat dengan tindakan Najib membantu itu tapi ia hendaklah tidak kira orang Islam (saja) malah juga turut membabitkan semua penduduk di situ," katanya.

Beliau turut berkata: "Saya anggap tugas Najib itu berani. Sebelum berlaku perang (konflik) saya selalu pergi ke Thailand untuk mengadakan ceramah agama di beberapa tempat di negara itu.

"Sekarang saya tidak berani pergi (ke sana), orang bedil (tembak) saya. Kalau pergi juga, saya tidak mati syahid di sana," katanya.

Mengulas dua kenyataan itu, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata semua kenyataan Nik Aziz ada tujuan dan kepentingan politik.

"Warna (sikap dan pendirian) beliau berubah-ubah mengikut keadaan. Di tanah warna lain, di atas pokok warna lain. Semua kenyataannya mengikut kepentingan politik," katanya.

Ahmad Zahid turut mengimbas kempen Nik Aziz ketika pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang dekat Port Dickson, pada Oktober lalu yang turut menuduh beliau dan Najib sebagai 'orang yang paling jahat di Malaysia' semata-mata kerana pembangkang tidak dibenarkan berkempen dalam kawasan kem tentera.

"Bukti kenyataan Nik Aziz berhubung tuduhan itu ada dalam You-Tube. Jadi apakah maknanya bila beliau memuji keberanian Perdana Menteri. Hanya dia seorang yang tahu," katanya sambil mempersoalkan Nik Aziz tidak pun membantu penduduk Islam di selatan Thailand sedangkan Kelantan berjiran dengan wilayah itu.

Najib ke Narathiwat pada Rabu lalu dalam keadaan wilayah itu masih bergolak dan di bawah pentadbiran undang-undang tentera. Pemergian beliau ke sana bukan untuk meraih kepentingan politik dan pujian. Perdana Menteri melihat kepentingan agama, bangsa dan negara lebih utama daripada keselamatan dirinya sendiri dan anggota rombongan.

Apakah ini perjuangan Islam sekular seperti didakwa Nik Aziz. Apakah ini bukan perjuangan Islam oleh Umno yang disamakan Nik Aziz seperti 'penduduk setinggan'? Konflik di selatan Thailand sekian lama berlarutan tetapi apakah bentuk sokongan dan bantuan Nik Aziz atau kerajaan Kelantan bagi membantu kerajaan negara jiran itu memulihkan keadaan?

Apakah dengan setakat memuji dan menyifatkan Najib pejuang kerana berani ke Narathiwat maka Nik Aziz tidak boleh dipersoalkan lagi mengenai pengabaian beliau terhadap saudara seagama yang menderita di seberang sempadan negerinya?

Pengerusi Biro Agama Pemuda Umno, Mohd Affandi Yusoff, menyifatkan ucapan Nik Aziz sebagai kenyataan politik walaupun dianggap pendirian seorang ulama di kalangan penyokongnya.

"Apabila ada sesuatu yang memberi keuntungan maka dia akan sokong. Yang tidak memberi keuntungan maka dia akan maki hamun. Ini bukan ciri ulama. Setiap ucapannya adalah kenyataan politik," kata beliau yang juga Ketua Pemuda Umno Bahagian Rantau Panjang

Justeru, katanya, apabila kenyataan itu bersifat politik maka Nik Aziz akan melihat kenyataannya dari sudut kepentingan politik.

"Yang sedihnya, apabila dia membuat kenyataan walaupun bercanggah, itu tetap ditelan bulat-bulat oleh penyokongnya," katanya.

Keadaan ini, kata Affandi, mencetuskan kebimbangan kerana kenyataan Nik Aziz yang mengelirukan itu jika dibiarkan tanpa dibendung akan merebak dalam sikap dan pemikiran umat Islam.

Kenyataan lain Nik Aziz yang mencetuskan kontroversi antaranya orang kafir dibolehkan memaki orang Islam dan orang kafir dibolehkan membaca al-Quran. Dalam peringatan kepada bakal pengundi pilihan raya kecil Kerusi Parlimen Bukit Gantang dan Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau, beliau antara lain menyatakan Umno hanya bernabi kepada orang putih semata-mata.

Dalam kenyataan sama, beliau berkata: "Umur saya sendiri banyak habis untuk bertengkar (berhujah) dengan orang Islam Melayu -Melayu Islam yang banyak mengakibatkan imej Islam menjadi rosak kerana bangsa kita menerima Islam secara tradisi"

Persoalan di sini, siapakah yang beliau rujuk sebagai Melayu Islam 'yang merosakkan imej Islam' dan apakah ini termasuk dirinya sendiri yang menganut Islam secara tradisi? Bagaimana dengan ratusan juta umat Islam di seluruh dunia yang menganut Islam secara tradisi masa kini?

Dalam blognya, Nik Aziz berkata: "Saya sesungguhnya tidak faham dengan pendirian Umno yang mengaku Islam tetapi dalam masa yang sama menolak Islam. Pada saya, Islam jenis ini setaraf dengan penduduk setinggan yang menduduki sesuatu tempat secara haram. Jika rumah setinggan didirikan di atas bahu jalan atau tanah-tanah kerajaan yang lain maka pihak kerajaan ada hak untuk meroboh, menghalau atau mengenakan denda. Sikap pemimpin Umno boleh kita analogikan seperti kes setinggan ini."

Untuk pengundi di Permatang Pasir, beliau berkata: "Islam jenis sekular yang diperjuangkan oleh Umno inilah yang saya namakan sebagai Islam palsu."

Ini antara ungkapan dan pendirian Nik Aziz terhadap Umno atau taraf Islam yang dianuti ahli Umno. Sebenarnya banyak lagi kenyataan Nik Aziz yang diucapkan sewenang-wenangnya.

OtherStory

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...