Showing posts with label Raja Bahrin. Show all posts
Showing posts with label Raja Bahrin. Show all posts

Tuesday, 12 June 2012

Raja Bahrin, "Penaung Perogol Bersiri??" Jadi Calon PAS??

Kedengaran canang di palu, menghebahkan bahawa Raja Bahrin yang pernah satu ketika dahulu terkenal berikutan kontroversi melarikan anak beliau ke Malaysia akan dicalonkan sebagai Calon YB PAS. Malah Raja Bahrin beberapa kali dibawa ke pentas ceramah PAS untuk memperkenalkannya sebagai calon di salah satu kerusi Parlimen / DUN di Kuala Terengganu. Layakah Raja Bahrin dinobatkan sebagai calon? atau sekadar gimik politik PAS bagi menghadapi Pilihanraya? Sekali lagi kredibiliti calon Parti PAS yang 'konon'nya memperjuangkan islam akan tercalar berikutan calon-calon yang dibawa sememangnya tidak memiliki track record yang baik. 

Raja Kamarul Bahrin Suami Kepada Noryn Aziz
Siapa Raja Bahrin? Mungkin bagi generasi baru mereka agak kurang mengenali siapa Raja Bahrin Shah ini. Raja Bahrin pernah mengemparkan negara di dalam usaha menyelamatkan anak-anak beliau yang dibawa lari bekas isterinya ke Australia pada tahun 1992. Beliau yang kemudiannya "menyeludup" anaknya di Australia untuk dibawa pulang ke Malaysia melalui Malaysia dengan menggunakan bot.


Raja Bahrin juga bersama syarikat arkiteknya Seni Bahri adalah pihak yang secara langsung membina Stadium Mizan Zainal Abidin yang bernilai RM292 juta yang terletak berdekatan Lapangan Terbang Sultan Mahmud. Tiada istimewanya stadium ini sehinggalah bumbung stadium ini runtuh dan menjadi bualan Rakyat. 

Raja Bahrin yang menjadi arkitek projek berkenaan hanya menyalahkan pihak lain apabila bumbung stadium itu runtuh dengan alasan pihak lain tidak amanah!Seorang arkitek yang pakar dalam dunia senibina menggunakan alasan ‘tidak amanah’. Kenapa Raja Bahrin yang juga Pengerusi Amanah Terengganu tidak menjawab secara teknikal?

Dikhabarkan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Abdul Wahid Endut yang juga penyandang kerusi Parlimen Kuala Terengganu akan memberi laluan kepada Raja Bahrin sebagai calon PAS di Parlimen Kuala Terengganu dan DUN Ladang pada PRU ke-13 nanti. Mungkin kerana Pesuruhjaya PAS Terengganu itu terlalu banyak komitmen hingga mengabaikan kebajikan rakyat di kawasan hingga terdengar rungutan dari PAS sendiri "Wahid Endut tidak buat apa-apa untuk Parlimen Kuala Terengganu, hanya menerima elaun setiap bulan dan setiap tahun".

PENAUNG PEROGOL BERSIRI??


Raja Bahrin Shah Perlu Tampil Memohon Maaf Kerana Telah Menaja Persatuan Yang Dterajui Perogol Bersiri Ustaz Zul. Selaku peneraju utama persatuan yang diterajui Ustaz Zul Perogol bersiri, Raja Bahrin Shah perlu menjadi seorang lelaki sejati, tampil dan memohon maaf. 

Raja Bahrin Shah perlu memohon maaf kerana tajaan beliau Ustaz Zul telah meruntuhkan Kehidupan dan masa depang mangsa-mangsa yang terdiri daripada golongan remaja. 
Kronologi kes Ustaz Zul;

3 September 2003

Polis memburu seorang pengusaha pusat kaunseling persendirian dikenali sebagai Ustaz Zul, 46, kerana disyaki merogol tiga gadis dan cubaan mencabul kehormatan seorang pelajar berusia 14 tahun di pusat pemulihan miliknya di Hulu Klang. Kes itu dilaporkan berlaku sejak September 2002 hingga Ogos 2003 di sebuah rumah pangsa di Keramat Permai, dekat Kuala Lumpur yang disewa lelaki terbabit dan di Kuala Berang, Terengganu. 

4 September 2003

Polis meneruskan usaha memburu Ustaz Zul yang melarikan diri selepas menyedari mangsa membuat laporan polis. Suspek dipercayai sudah mengubah penampilannya bagi mengelakkan dirinya dikenali pihak berkuasa yang sedang memburunya. 

5 September 2003

Polis Hulu Terengganu memantau pergerakan Ustaz Zul di sekitar kawasan hutan Jenagor, sekitar kampung di Kuala Berang dan kawasan Empangan Sultan Mahmud, yang disyaki menjadi tempat suspek bersembunyi. 

21 Jun 2006

Seorang pelajar kolej di Terengganu membuat laporan polis mendakwa diperkosa oleh Ustaz Zul yang masih gagal diberkas polis. Suspek yang pandai menggoda melalui SMS didakwa sering berjanji kepada semua mangsa untuk berkahwin sebagai alasan memastikan mereka menutup mulut selepas kejadian rogol atau cabul. 

22 Jun 2006

Beberapa bekas pengikut setia Ustaz Zul mendakwa menerima ugutan dan ancaman melalui SMS daripada rakan mereka yang setia kepada penjenayah terbabit termasuk seorang anak orang kenamaan di Terengganu yang berkomplot menyembunyikan suspek sejak lebih tiga tahun lalu. 

23 Jun 2006

Ustaz Zul didakwa pernah menganjurkan majlis pernikahan batin lebih enam pasangan di kalangan pengikutnya, termasuk artis wanita berusia 30-an di Taman Melawati pada 2005. 

24 Jun 2006

Beberapa pengikut setia Ustaz Zul yang diburu polis berhubung empat kes rogol dan cabul sejak 2003, didakwa kerap menganjurkan perhimpunan misteri di sebuah rumah teres di Taman Perumahan Puncak Alam, Shah Alam, setiap minggu. Perhimpunan itu yang disertai antara lima hingga 10 lelaki didakwa kerap diadakan setiap malam Khamis dan Jumaat hingga awal pagi. 

30 Jun 2006

Ustaz Zul dipercayai menyembunyikan diri di kawasan pedalaman Kedah kononnya untuk bertapa. Maklumat mengenai kegiatan Ustaz Zul diterima berdasarkan pengakuan beberapa pengikut setianya selepas polis melancarkan gerakan mengesannya di negeri ini. 

15 Julai 2006

Ustaz Zul yang masih menjadi buruan polis dikatakan terus menggunakan pelbagai cara termasuk menukar penampilan diri bagi mengelak dikesan. Suspek dikatakan bertukar wajah dengan mencukur janggut selain menukar serban bagi mengelak dicam pihak tertentu. 

21 Ogos 2006

Ustaz Zul yang menjadi buruan polis didakwa aktif menyebarkan ajaran sesat dikenali ‘Jemaah Usul’ yang kononnya menjanjikan syafaat dan syurga kepada pengikut setianya. Penyebaran ajaran bercanggah dengan Islam yang dilakukan secara sulit itu, didakwa membabitkan upacara zikir meragukan dan nikah batin di kalangan pengikutnya. 

8 September 2006

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hasan, menegaskan fail siasatan berhubung penjenayah Ustaz Zul tidak pernah ditutup kerana laporan polis sudah dibuat. 

28 Februari 2007

Ustaz Zul bersama 22 pengikutnya termasuk seorang wanita berusia 20 hingga 40-an ditahan sepasukan 30 anggota polis yang menyerbu sebuah banglo yang dipercayai disewa dan dijadikan markasnya di Jalan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu, kira-kira jam 2 pagi.
Walaupun, ada juga pemimpin dan penyokong PAS sudah mula mempertikaikan cadangan itu dengan alasan status keahlian Raja Bahrin dalam PAS. Bagi yang mengenal parti PAS, status keahlian dalam PAS tidak penting, kerana Tun Salleh Abbas yang menang di DUN Jertih pada tahun 1999 dan dilantik EXCO Kerajaan Negeri bukan ahli PAS pada ketika itu. 



DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

OtherStory

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...