Mereka kelihatan begitu mudah dan terburu-buru menghukum kafir ke atas saudara seagama hanya kerana wujudnya percanggahan pendapat dengan mereka, hinggakan hanya sedikit sahaja kaum Muslimin yang berbaki di muka bumi ini.
Walau bagaimanapun, kita memandang sikap keterlaluan mereka dengan baik sangka. Kemungkinan, niat mereka baik - demi menjaga kemurnian ajaran Islam daripada perbuatan syirik melalui konsep amar makruf dan nahi mungkar.
Namun, mereka lupa, amar makruf dan nahi mungkar perlu kepada sikap berhikmah (bijaksana) dan peringatan yang baik. Jika ada yang perlu didebatkan sekalipun, haruslah dilakukan dengan cara terbaik, sebagaimana firman Allah SWT:
Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad!) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik.(al-Nahl: 125)
Cara ini lebih mudah diterima dan menghasilkan apa yang diharapkan. Adapun menyanggahi cara ini, merupakan suatu kesilapan dan kebodohan.
Oleh itu, apabila kamu mengajak seseorang Muslim yang mendirikan solat, melaksanakan apa yang difardukan oleh Allah SWT, menjauhi segala yang diharamkan-Nya, menyebarluaskan dakwah Islam dan aktif memakmurkan masjid kepada perkara-perkara yang pada pandangan kamu adalah benar, tetapi pandangannya berbeza dengan pandangan kamu, dan pandangan ulama mengenainya masih belum disepakati sejak dahulu hingga sekarang.
Maka dia enggan menurut pandangan kamu, lalu kamu melemparkan tuduhan "kafir" kepadanya hanya kerana beberapa perbezaan pendapat, maka sebenarnya kamu telah melakukan sebesar-besar kemungkaran dan perbuatan yang dilarang keras oleh Allah SWT dan Rasul-Nya. Maka kamu diseru supaya melaksanakannya dengan jalan yang berhikmah dan baik.
"Sesungguhnya telah ditetapkan oleh ijmak ulama larangan mengkafirkan seseorang ahli Kiblat; kecuali jika dia mengingkari Allah Yang Maha Pencipta dan Maha Berkuasa, atau melakukan perbuatan syirik secara terang-terangan yang tidak perlu lagi diandaikan takwilannya, atau mengingkari kenabian Nabi Muhammad SAW, atau mengingkari sesuatu yang telah pasti kebenarannya dalam agama, atau mengingkari suatu masalah atau hadis mutawatir (yang telah pasti kesahihannya), atau pun sesuatu yang telah disepakati oleh ulama."
Sejarah perkembangan umat Islam telah menunjukkan kepada kita betapa adanya individu atau kumpulan yang mahukan kuasa sehingga sanggup melakukan apa sahaja sekalipun memutarbelitkan hukum agama sebagaimana yang dilakukan oleh Kumpulan Khawarij di Zaman Saidina Ali dan Muawiyah.Sebenarnya golongan yang sangat taksub kepada Saidina Ali ini telah melakukan tindakan yang melampau sejak zaman pemerintahan Saidina Uthman lagi.Mereka telah menuduh Saidina Uthman sebagai kafir dengan alasan baginda tidak menghukum dengan apa yang diturunkan oleh ALLAH (s.w.t.) dan hal ini mengakibatkan berlakunya fitnah besar di kalangan umat Islam.Oleh kerana salah satu natijah penting daripada tuduhan kafir(takfir) ialah halal darah,maka tuduhan kufur terhadap Saidina Uthman telah membawa kepada penumpahan darah seorang sahabat besar Rasulullah (s.s.w.) dan Khalifah Islam ketiga dengan mangkatnya beliau.Ekoran daripada pembunuhan Saidina Uthman, timbul di kalangan masyarakat Islam waktu itu golongan yang ingin menuntut bela terhadap darahnya,yang berakhir dengan peperangan al-jamal antara kumpulan yang dipimpin oleh Saidatina Aisyah dan Saidina Ali.Peperangan al-jamal telah mengakibatkan penumpahan darah ribuan umat Islam. Fitnah takfir berulang lagi pada zaman Saidina Ali, golongan Khawarij bukan sahaja mengkafirkan Saidina Ali dan pengikut-pengikutnya,tetapi juga umat Islam yang bukan Khawarij serta menghalalkan darah mereka. Malah lebih jauh lagi pegangan ini mereka jelmakan dalam tindakan dengan membunuh siapa saja orang Islam bukan Khawarij yang mereka temui.Peristiwa sejarah telah memperlihatkan betapa besarnya bahaya dan kemusnahan akibat daripada perbuatan takfir terhadap akidah dan perpaduan umat. Menyedari kelemahannya, PAS mengambil jalan singkat yang merbahaya dan kotor untuk terus berhadapan dengan UMNO.
Petikan Dari Unspinners
DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM
No comments:
Post a Comment