Showing posts with label Nik Aziz. Show all posts
Showing posts with label Nik Aziz. Show all posts

Tuesday, 6 December 2011

Take Beer!!: Nurul Izzah "Wine"; For All... Punya Kemaruk Undi!!

Nurul Izzah, tak habis lagi dengan KANTOInya... Lepas SATU kantoi... SATU lagi KANTOII... Keh Keh Keh...   Kami ni Takkan dan Kemaruk Sangat UNDI kot... SAMPAI Nak promote ARAK?? Mana Pegi OSTAT-OSTAT... PAS yang rating Million kat Internet .. Yang KONONnya dok tarbiah orang sana sini... Tu lah... Kuman SEBERANG LAUT ... OSTAT-OSTAT ni nampak... yang DINASOUR depan mata.. KORANG BUAT2 BUTA... BUAT2 PEKAK... BUAT2 BISU... NA'UZUBILLAH... LAIN KALI JANGAN KATA ORANG SESAT... JANGAN KATA ORANG KAFIR... ALLAH TU MAHA KAYA... 




Posted: Semut Hitam 


Punya kemaruk nakkan orang undi dia, Si Nurul Izzah ni sanggup gadai maruah dia dan mempromosikan arak sempena Krismas.

Si Nurul Izzah ni telah dikantoikan melalui laman twitter dia malam semalam. Siap dia jemput lagi orang ramai untuk hadir bersama - sama dengan dia untuk memeriahkan karnival penjualan arak tersebut.

Adakah ini contoh pemimpin Islam yang nak dibangga - banggakan dek puak - puak Pakatan Pembangkang tu? Takkan orang PAS nak diamkan diri sahaja melihat perkara ini?

Tapi apa nak pelik ye tak. Diorang ni memang suka benda - benda macam ni. Sedangkan hari tu pun diorang boleh buat tak tau je pasal kes arak di Selangor dan isu pekerja muslim di premis yang menjual arak.

Setakat nak promote 'wine' ni, apa la sangat. Tak pelik pun orang PAS dengan masalah kecik macam ni. Diorang bukannya kira sangat pun halal haram ni. Sedangkan Papa dia balun depan belakang pun dia boleh buat tak tau!!!

Nampak sangat yang penyokong - penyokong Pakatan ni hanya nampak nyamuk di seberang laut tapi gajah mati depan mata diorang boleh buat - buat buta pulak!!!



PAS Khawarij; dan Joget: Saya datang, dia lari!!!

"Ni luahan hati Taminsari... aku nak share dengan korang sume... Puak2 Khawarij ni memang pandai kafirkan orang tp... tiap perkataan diorang tu hanya untuk kepentingan politik..."


Pada 1969, PAS memecat Ahli Parlimennya, Hashim Gera kerana berjoget di Parlimen. Tetapi pada hari ini, apakah PAS berani mengambil tindakan yang sama jika ada ahlinya melakukan perbuatan serupa.


Ketika itu PAS amat rigid dalam soal agama. Di depan Jawatankuasa Disiplin, Hashim memberitahu ulama PAS, joget adalah tarian bersih. "Bila dia (perempuan joget) datang, saya lari. Bila saya datang, dia (perempuan joget) itu lari. Tidak berlaku sentuhan antara perempuan dan lelaki kerana saya datang dia lari, dia datang saya lari". Bagaimanapun PAS menolak penjelasan Hashim itu dan dia tetap dipecat.

Kini kefahaman pemimpin PAS terhadap makna joget sudah berubah. Kalau UMNO datang PAS lari, kalau DAP datang PAS tidak lari. 

PAS sanggup bersentuhan dan berpeluk cium dengan DAP. Sebab itu ada kebenarannya apabila Timbalan Presiden UMNO mendakwa, PAS tidak mungkin ganti UMNO, tetapi DAP mungkin ganti PAS.

PAS semakin liberal dalam banyak hal mengenai hukum agama. Apabila Mat Sabu didakwa atas tuduhan berkhalwat, PAS tuduh ia adalah konspirasi UMNO. Dalam kes video seks Anwar, Haji Hadi berdalih pula, 'besi tidak boleh jadi saksi'. 

Semua jawapan itu adalah jawapan nafsu akal. Sebab itu dalam kes gambar bogel Elizabeth Wong, PAS paling kuat membelanya. Hujah PAS, berdosa hukumnya apabila mengaibkan peribadi seseorang. 

Tetapi jika berkaitan dengan orang UMNO, mereka akan telanjang habis habisan walaupun ia adalah fitnah. Perkara yang makruf pun mereka sanggup putar belit, contohnya memfitnah ibadat haji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, baru-baru ini.

PAS pengecut bila berdepan dengan DAP. Itu puncanya dia menjadi liberal. PAS sanggup korbankan orangnya sendiri demi menjaga hati DAP. 

Dr. Hassan Ali ialah mangsa joget terbaharu ini. Beliau disisih kerana berbeza pandangan dalam soal rampasan arak dan isu memurtadkan orang Islam di Gereja Methodist Damansara Utama. 

Dalam isu negara Kristian, PAS bacul dan mendiamkan diri. Siasat pun tidak, komen pun tidak, bagi amaran lagi tidak berani. Hakikatnya, sikap PAS sudah terbalik. PAS melanggar fatwa lama Haji Hadi, 'politik suku agama suku', iaitu agama dan politik tidak boleh bercampur aduk.

Kenapa PAS tidak berani menyertai 'Himpunan Sejuta Umat' walaupun ia dianjurkan oleh pihak badan bukan kerajaan (NGO)? Himpunan itu bertujuan menyedarkan umat Islam tentang bahaya gejala murtad. PAS mahu menjaga hati DAP, walaupun tindak-tanduk DAP sering menyakitkan hati orang Islam.

Keputusan DAP untuk meletakkan calon Melayu berkelulusan agama dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 mewajarkan keyakinan kita bahawa DAP mungkin mengambil alih peranan PAS. Kejayaan Mat Sabu menumbangkan Nasaruddin bagi jawatan Timbalan Presiden PAS membuktikan golongan agama dan ulama semakin tersisih dalam PAS.

Pokoknya, PAS tidak akan dapat mengganti UMNO, kerana PAS didokong oleh ahli yang taksub pada pemimpin bukan perjuangan. Sedangkan UMNO parti yang didokong oleh 'Orang UMNO'. 

Menurut Presiden parti, satu daripada ciri penting orang UMNO ialah, dia cinta dan kasih pada perjuangan. Perjuangan mendarah dan mendaging pada dirinya. UMNO bermula kerana perjuangan. Terus hidup kerana perjuangan. Itulah UMNO, iaitu UMNO-Perjuangan.

Suara Politik: Taminsari


Posted By : BELANTAN

OtherStory

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...