Monday, 30 April 2012

Peserta BERSIH Pondan, Gas Pemedih Mata Pun Takut!


Malang bagi Anwar Ibrahim, Ambiga dan pemimpin-pemimpin BERSIH yang lain kerana lembu demo belaan mereka adalah pondan-pondan belaka. 

Seperti yang kita tahu, matlamat utama BERSIH bukanlah menuntut pilihanraya bersih tetapi tidak mahukan pilihanraya dan ingin menjatuhkan kerajaan melalui jalanraya. Ini terbukti melalui laungan 'Jatuhkan BN', 'Mampus PM', 'Tumbangkan Kerajaan' yang kedengaran sekarang ini di dalam perhimpunan. Ucapan-ucapan pemimpin mereka juga sering menjadikan Dataran Tahrir Mesir sebagai rujukan, ilham dan contoh teladan. 

Untuk itu, Anwar dan Ambiga mengharapkan sesuatu yang jauh lebih ganas dari sekadar tawaf keliling Dataran Merdeka. Mereka membayangkan bangunan terbakar dan lebih baik lagi jika jalanraya Kuala Lumpur bermandi darah dengan mayat bergelimpangan. Mereka juga inginkan kecurian dan rompakan berleluasa sehingga pihak berkuasa hilang kawalan. 

Namun, ini tidak berlaku. Lembu-lembu mereka semuanya sama spesis dengan Azmin Ali dan Anwar Ibrahim iaitu keliru jantina dan dayus belaka. Jangankan merempuh kawat duri di Dataran Merdeka, berpanas pun sudah ramai yang tidak tahan terutama kaum Cina, akibatnya ramai yang balik lebih awal. 

Akhirnya tinggallah beberapa kerat yang benar-benar benak sahaja yang merayau-rayau sekitar Kuala Lumpur tanpa arah tujuan. Sekali tengok meluat, dua kali tengok kesian, tiga kali tengok sedih memikirkan anak bangsa kita. 

Apalah agaknya yang difikirkan oleh para peserta BERSIH 3.0 ketika berlari-lari, terkinja-kinja mencabar polis di jalanan hari ini. Jika pemimpin mereka hanya memikirkan Putrajaya, mereka pula fikir mereka hendak ke mana? 

Untuk merasai pengalaman hidup dalam negara yang hancur? Tahukah mereka jika kerajaan benar-benar berjaya digulingkan hari ini maka ekonomi akan merudum dalam sekelip mata. Tiada pelabur yang akan melabur di negara yang tidak stabil, tiada pelancong yang berani melancong ke negara yang tidak aman, maka kadar pengangguran akan meningkat mendadak dan menurunkan dayabeli rakyat sehingga menjejaskan peniaga dan juga bank-bank. Rizab negara akan terjejas sehingga memaksa subsidi ditarik balik lalu harga makanan termasuk susu bayi dan barangan lain akan meningkat secara drastik. Rakyat menjadi resah, marah yang mana akan menyebabkan pemberontakan berterusan lalu menyukarkan lagi usaha untuk memulihkan keadaan. 

Dalam sejarah penggulingan kuasa melalui demonstrasi jalanan, seperti di Mesir, Libya, Iraq, Tunisia dan lain-lain, tahukah kita bahawa tidak ada satu pun dari negara tersebut yang dapat bangun dan menjadi lebih baik dari sebelumnya. Kesemuanya musnah, dan kehidupan rakyatnya adalah jauh lebih susah dan menderita dari yang pernah dialami mereka di bawah kerajaan terdahulu. 

Inikah yang peserta BERSIH mahukan apabila melaungkan slogan untuk menggulingkan kerajaan? 

Tahukah mereka betapa bodohnya mereka jika menginginkan sedemikian? Tapi logik menyatakan bahawa jika mereka tidak bodoh, tidak mungkin mereka akan turun berdemonstrasi, membahayakan diri dan bergadai nyawa hari ini. 

Arahan telah dikeluarkan bahawa Dataran Merdeka adalah Haram dijejak oleh BERSIH, tetapi mereka diberikan pilihan untuk duduk di Stadium Merdeka. Namun, seperti biasa, mereka membantah. 
Mereka tidak mahu duduk, dan tak mahu Stadium Merdeka, mereka mahu berarak dan mahukan Dataran Merdeka juga. Kerana apa? Kerana Anwar dan Ambiga mahu mencetuskan keganasan dan mereka adalah umpan untuk dijadikan korban. 

BERSIH Gagal Lagi..!!!


BERSIH mensasarkan jumlah 500,000 peserta - sekurang-kurangnya. Tetapi nampaknya, sehingga artikel ini ditulis, kita hanya melihat dalam 15,000 sahaja yang terlari-lari terkinja-kinja dan terpekik terlolong cuba menaikkan darah pihak berkuasa di sekitar Kuala Lumpur sekarang. Sedangkan jumlah pengundi berdaftar di Malaysia ialah 12.5 juta.

Justeru, apakah ertinya angka-angka ini?

· Ertinya BERSIH telah gagal sekali lagi.
· Ertinya BERSIH tidak mendapat sokongan majoriti rakyat.

· Oleh kerana BERSIH didalangi Pakatan Rakyat, maka ertinya juga, majoriti rakyat tidak menyokong Pakatan Rakyat.

· Dan ertinya lagi, jika PRU diadakan dalam masa terdekat, sekitar nisbah angka itulah sahaja undi yang bakal diperolehi oleh PR berbanding BN. 

Kerana menyedari hakikat inilah maka demonstrasi jalanan, huru-hara dan keganasan amat penting bagi BERSIH atau lebih tepat Pakatan Rakyat kerana mereka tahu mereka tidak mungkin boleh memenangi pilihanraya. Untuk berkuasa, mereka perlu melakukan rampasan kuasa melalui jalanraya dan tidak ada cara lain melainkan itu sahajalah caranya. 

Tidak usahlah Ambiga berbohong atau menafikan hakikat ini, kerana sekali angin tiup bau janggut Pak Samad Said yang hapak itu, kita sudah tahu tujuan sebenar mereka. 

Tujuan Pak Samad 'menceburi' BERSIH ialah membalas dendamnya terhadap kerajaan Melaka kerana enggan memberikan sejumlah wang tambahan daripada RM3 juta yang telah diberikan kepadanya sebelum itu, untuk tujuan menerbitkan semula karya beliau. Kerajaan Melaka telah mengambil keputusan sedemikian kerana Pak Samad telah gagal mencapai matlamat yang dijanjikan melalui syarikat Wira Bukit Sdn Bhd yang diuruskan anaknya, Helmy Samad sedangkan wang RM3 juta yang diberikan telah habis dibelanjakan.

Lanjutan dari itu, Pak Samad juga ingin membalas budi PTS Sdn. Bhd milik Ainon Mohd, - sekutu pembangkang dan Anwar Ibrahim yang telah 'menyelamatkan' beliau dengan mengambil alih projek berkenaan dan mendapat hak milik semua karya Pak Samad dan buku-buku beliau untuk diterbitkan semula untuk jualan.

Tujuan Ambiga pula sudah diketahui umum iaitu untuk menggulingkan kerajaan pimpinan Islam untuk digantikan dengan kerajaan yang liberal yang menerima murtad, mengiktiraf hak LGBT dan meletakkan hak asasi melebihi agama dan adat resam. Memandangkan satu-satunya parti yang berpegang kepada prinsip yang sama dengan beliau ialah PKR maka tidak hairanlah Ambiga dan Anwar memilih untuk bersatu melalui BERSIH. DAP pula tidak punya masalah dengan pendirian Ambiga atau Anwar apatah lagi jika ianya bertentangan dengan Islam.

Dalam hal ini, PKR, DAP, Ambiga dan juga Pak Samad amat jelas akan prinsip dan tujuan masing-masing dan lebih daripada teruja untuk menentang musuh yang sama iaitu Barisan Nasional.

Hanya PAS sahaja yang masih dalam keadaan keliru. Di dalam hati nurani ahli-ahli PAS, mereka masih tertanya-tanya, berdosakah jika mereka tidak ikut berdemo BERSIH yang hukumnya WAJIB mengikut fatwa Nik Aziz?

Tetapi, berdosakah jika mereka turut berdemo BERSIH yang hukumnya HARAM jika dipimpin oleh Ambiga iaitu juara LGBT dan murtad mengikut fatwa Nasharudin Mat Isa?

Maka terbahagi dualah mereka, ada yang berpegang kepada fatwa Nik Aziz dan ada yang berpegang kepada fatwa Nasharudin.

Kekeliruan ini sedikit sebanyak menjadi penyumbang kepada kegagalan BERSIH mencapai jumlah sasaran hari ini.

Apa yang pasti, majoriti rakyat Malaysia tidak keliru. Kita semua tahu bahawa adalah HARAM membiarkan diri dipimpin kafir harbi yang menerima dana dari Zionis yang tujuannya adalah untuk menjatuhkan kerajaan Islam yang sah di sebuah negara yang aman damai.

Ambiga Penipu






Sebelum ini, Pengerusi BERSIH, Datuk S. Ambiga telah memberi jaminan bahawa penyokong perhimpunan BERSIH 3.0 TIDAK AKAN memasuki Dataran Merdeka. Sebaliknya hanya akan duduk berhimpun ditempat yang telah dirancangkan, sepertimana syarat yang digariskan dalam Akta Perhimpunan Aman yang baru diluluskan.

Tetapi apa yang berlaku hari ini membuktikan bahawa Ambiga adalah seorang penipu besar. Seorang manusia yang tidak boleh dipercayai, seorang kaki belit selain pengkhianat kerana usahanya yang tanpa henti untuk mengsabotaj ekonomi negara sendiri terutama dari segi pelancongan dan pelaburan. 

Walaupun menjanjikan himpunan aman tetapi perhimpunan yang berlaku hari ini sememangnya menjurus kepada keadaan tidak aman. Malah, peserta demo sejak dari semalam telah melakukan berbagai-bagai helah untuk mencabar polis. Mereka mengepung dan mengetuk-ngetuk kereta polis, merempuh halangan polis di KLCC, mengingkari arahan dan akhirnya tetap menceroboh Dataran Merdeka. 

Semuanya dengan niat untuk mengumpan polis melakukan keganasan terhadap mereka. 

Di jalanan, mereka juga berkejar-kejar ke sana ke mari membuat kecoh sedangkan Ambiga menjanjikan satu demonstrasi 'duduk' bukannya 'berlari'. 

Justeru, apakah manusia seperti Ambiga ini boleh diambil kira pandangannya? Iaitu seorang penipu, kalaupun tidak seorang yang lemah kerana tidak mampu menyampaikan arahan yang tepat kepada pengikutnya? Atau apakah pengikutnya sememangnya jenis samseng semuanya yang tidak mendengar arahan polis mahupun arahan dari ketua mereka sendiri?

Atas dasar apa kerajaan atau SPR perlu mendengar segala tuntutan Ambiga? Sedangkan hari ini sekali lagi terbukti bahawa beliau adalah tidak lebih daripada seorang manusia yang tiada kredibiliti kerana cakapnya hanyalah cakap kosong dan janjinya adalah janji palsu. 

Manusia jika tidak dapat dipegang pada janji, pada apa lagi hendak dinilai dirinya? 

Itulah Ambiga, kononnya dewi srikandi yang berani dan berintegriti tetapi rupa-ranya hanyalah seorang penipu tahap dewi. 

50,000 Mahasiswa Menyertai BERSIH 3.0 Atau... Hanya 500 Sahaja?


Hebat bunyinya apabila mahasiswa pro pembangkang mengwar-warkan keyakinan mereka kerana telah turun seramai 50,000 mahasiswa untuk bersama-sama menjayakan demonstrasi BERSIH 3.0.

Bab propaganda dan memperbesarkan angka dan nombor sukar untuk kita tandingi 'kehebatannya' kerana itu yang dipelajari dari pemimpin pembangkang yang mereka puja.


Walau sekalipun propaganda tersebut nampak sangat mengarutnya, tapi kita perlu menerima hakikat tetap ada yang mempercayainya.

Demikian halnya bila pembangkang menghebahkan khabar kononnya 500,000 orang akan membanjiri Dataran Merdeka bagi meraikan perhimpunan BERSIH 3.0 pun, tetap ada yang teruja.

Walhal dari aspek keluasan persegi Dataran Merdeka hanya mengizinkan maksima sekitar 25,000 sahaja boleh berhimpit-himpit pada satu-satu masa, tapi tetap jua angka 500 ribu juga yang di propagandakan, logik atau mengarut suku kira.

Masih ingat demonstrasi anti PTPTN dua minggu sudah? Seluruh jagat alam digegarkan dengan berita 5,000 mahasiswa akan membanjiri Dataran Merdeka sebagai bantahan terhadap jasa khidmat PTPTN.

Realitinya apa yang berlaku? Hanya sekitar 200 hingga 300 orang mahasiswa saja yang turun berdemo itupun termasuklah 'pelajar-pelajar' tua yang datang entah dari mana tapi turut menempel dalam demonstrasi tersebut.

Mahasiswa yang terlibat dalam demo tersebut pula hanyalah segelintir yakni 0.0001% daripada jumlah ratusan ribu pelajar IPTA & IPTS. Dengan kata lain segelintir itu sebetulnya tidak layak dipanggil mahasiswa sebaliknya lebih tepat digelar sebagai mahasewel.

Apapun, melihat pada trend dan mood masyarakat umum tika ini, rata-ratanya sudah letih dengan pelbagai rantaian propaganda tak berkesudahan yang di hebohkan pembangkang sejak pasca PRU 12 lepas hingga kini.

Baik mahasewel pembangkang mahupun pemimpin politiknya, masing-masing sedang hanyut dalam imaginasi dan persepsi ciptaan mereka sendiri.

Dek kerana itu, tidaklah menghairankan bilamana mereka hanya pandai memperbesarkan angka dan nombor hingga lupa hakikat sebenar yang mereka hanyalah vocal minoriti sahaja.

Sunday, 29 April 2012

Apa Selepas Demonstrasi BERSIH?: Pengajaran Dari Mesir

Manusia belajar dari kesilapan. Malangnya memperbaiki kesilapan tidak selalunya mudah dan adakalanya ia tidak dapat diperbaiki lagi. Kesilapan pula sering dibayangi dosa dan adakalanya dosa tersebut mungkin dapat diampunkan dan mungkin juga tidak. Di kala itu, yang tinggal hanyalah penyesalan. Maka hiduplah kita dalam keadaan tidak keruan akibat kesilapan yang dibuat. 

Mungkin ada yang melihat bahawa soal kesilapan memilih kerajaan sebagai soal remeh kerana ia boleh diperbetulkan dalam masa 5 tahun lagi. 

Atau mungkin juga kita tidak sedar yang kita telah berbuat silap malah begitu yakin yang kita benar dan cukup arif membuat pilihan. Kerana itu, banyak negara-negara di dunia mengalami kehancuran akibat kesilapan rakyat memilih kerajaan. 

Untuk pengetahuan semua, soal memilih kerajaan sebenarnya bukan seratus peratus terpulang kepada rakyat negara tersebut. Ini kerana mengikut pendedahan bekas pegawai CIA, Phil Agee, CIA telah lama terlibat dalam menggulingkan kerajaan yang sah di seluruh dunia untuk digantikan dengan pemimpin boneka pilihan Amerika. Ini telah dilakukan sejak berdekad-dekad dahulu. Dalam bukunya, beliau menyebut antara negara yang beliau sendiri terlibat dalam menggerakkan pemberontakan dan penggulingan kuasa ialah Chile, Brazil, Albania, Filipina, Panama dan banyak lagi. 

Kita faham bahawa apa yang berlaku di Mesir, Tunisia, Iraq, Libya dan beberapa lagi negara akhir-akhir ini adalah juga kerja CIA. Dan inilah yang kita cuba fahamkan kepada rakyat Malaysia iaitu tentang betapa membuat keputusan yang bijak dalam pilihanraya adalah penting, kerana ia bukan sahaja melibatkan soal pembangunan dan polisi dalam negara tetapi juga kedaulatan, kemerdekaan malah kehidupan seharian kita. 

Aiskrim Potong: Duduk Ber'Shit'

 

Bersih 3.0 yang diwarwarkan mahu dilaksanakan secara aman sememangnya telah diragui sejak dari awal lagi. Masakan tidak, kita sedia maklum, Pemimpin pembangkang sentiasa menghalalkan setiap apa yang dilakukan oleh pengikut mereka asalkan mereka mendapat publisiti murahan. Namun natijahnya kekacauan dan huru-hara yang ditimbulkan memberikan impak yang amat buruk terhadap Negara. Mungking bagi pemimpin pembangkang atau pengikut yang selayaknya di panggil ‘lembu’ ini tidak mahu membuka mata melihat jauh kehadapan natijah daripada perbuatan mereka.

 

Adakah sikap rakyat sebegini yang ingin di bentuk oleh pemimpin pembangkang? Insiden merosakan kenderaan POLIS dan AWAM amat memalukan. Inikah generasi yang ingin dibentuk oleh pemimpin pembangkang? Menanam kebencian kepada undang-undang? Menanam kebencian kepada pemimpin? Menanam sikap kurang ajar dan tidak hormat menghormati? Jika ini yang ingin disemat dan disemai. Sememangnya mereka telah berjaya melahirkan insan ‘Kamil’ Acuan mereka yang bakal merosakan Negara pada masa depan. Entah ijtihad apa yang dipegang oleh pemimpin mereka yang menghalalkan cara yang dilaksanakan.

 

Tidak salah untuk melaksanakan demonstrasi tetapi etika perlu betul dan tidak terpesong dari matlamat asal. Tuntutan yang dibuat pada Bersih 2.0 yang lalu telah pun ditunaikan, jadi sepatutnya tidak perlu untuk dilaksanakan lagi versi 3.0 ini. Yang menjadi persoalannya apa nawaitu sebenar penganjur mahu melaksanakan Bersih 3.0? nyatanya hanya ini menimbulkan huru-hara dan suasana tidak aman. Bertujuan untuk menunjukan kepada dunia lakonan baru bahawa kerajaan barisan nasional dan Negara Malaysia tidak aman dan memerlukan campurtangan luar.

 

 

Namun tidakkah mereka berfikir dengan campurtangan dan ORDER BARU penjajahan akan melemahkan lagi Negara dan berkemungkinan kita sekali lagi bakal kehilangan kedaulatan dan kemerdekaan Negara? Mungkin bagi mereka tidak mengapa. Tetapi bagaimana keadaan anak cucu cicit kita kelak? Mahukah kita dengan keadaan yang demikian.

 

Akhir Kalam.. Fikir lah sendiri.. semua dah besar, masing-masing ada otak. Gunalah untuk berfikir dengan matang.. ikut iman dan takwa.. bukan ikut hati dan nafsu.. Ikut Hati Mati Ikut Rasa Binasa Ikut Nafsu Lesu….

Saturday, 28 April 2012

Disebalik Bersih 3.0


Pembangkang sudah sinonim dengan demonstratsi yang kononnya untuk mereformasikan pentadbiran Negara yang dikatakan jijik dan kotor. Namun disebalik motif yang dikatakan suci dah bersih ini tersirat satu agenda yang amat kotor.

Apa tujuan mengadakan demonstrasi. Ada ulama-ulama dalam pembangkang yang menhalalkan demonstrasi ini walaupun mereka mengetahui agenda sebenar. Tetapi kerana dikaburkan dengan kuasa yang tidak hakiki mereka menafikan hak orang lain atas ketaksuban dan kelekaan mereka mengejar dunia yang amat sementara.

Bagi yang menyertai demonstrasi, majority mereka sebenarnya langsung tidak tahu apakah tujuan dan dasar perlaksanaan demenstrasi tersebut diadakan. Mereka hanya menjadi pak turut dengan sedikit bayaran yang diterima. Begitu mudah anak-anak melayu kita diperbodohkan hanya dengan sedikit imbuhan.


Sememangnya kita tahu yang menganjurkan Bersih 3.0 ini adalah manusia yang menghalalkan LGBT.. yang mahu Malaysia menjadi sebuah Negara yang menghalalkan LGBT yang mahu memadamkan undang-undang untuk menghalalkan LGBT. Dan kemahuan dan keinginan beliau amat disokong oleh manusia-manusia yang mengaku diri mereka ulama’ dan bagi saya mereka adalah ulama as-suq yang mengotori agama demi dunia.

Bila terjadinya ‘Occupy Dataran’ ulama-ulama ini hanya mendiamkan diri walaupun secara terang-terangan amalan seks bebas diamalkan. Walaupun pergaulan bebas yang boleh menjurus kepada maksiat dan zina terjadi. Tetapi demi kerana kuasa dunia yang sementara… mereka menghalalkan semuanya… kerana sehelai kertas undi yang menentukan nasib mereka menjadi pemimpin atau tidak.


Mungkin mereka-mereka yang menggelarkan diri mereka ulama ini tidak lagi berpegang kepada amanat yang ditinggalkan oleh Almarhum Presiden Pas. Kerana mereka kini lebih mengejar dunia dari memperjuangkan islam. Mereka lebih mementingkan dunia dari menegakkan ma’ruf.. mereka lebih menghalalkan mungkar.

Kita tidak menjaga Agama Allah.. kerana Allah akan tetap memastikan ISLAM terus hidup.. tetapi kita perlu menjaga Agama ini untuk terus hidup didalam hati kita, hati anak-anak kita. Hati generasi yang akan datang. Jangan nanti ISLAM hanya menjadi sebuah tatapan. Tetapi kita tidak lagi tahu apa itu ISLAM. Kita tidak lagi mengenal ISLAM.. natijahnya.. Na’uzubillahiminzalik..

Thursday, 26 April 2012

NICKY AJIS: PAS HIDUP DENGAN BR1M!!!

Macam mana nak mengharap PAS memerintah kalau duit pun tak ada. Ahli PAS terpaksa mohon BR1M untuk beli LEMBU sebab PAS tak mampu nak majukan ekonomi rakyatnya.. 


Takpelah dia nak masuk PAS tu hak dia sebagai rakyat yang hidup dalam amalan demokrasi. 
Kerajaan BARISAN NASIONAL pun tak perlu nak pancing undi
Nampak sangat Kerajaan BN Prihatin Nasib Malang Ahli PAS yang tak cukup duit.
PUN di baginya jugak... sebab kerajaan BN tak pilih BULU...
BN Sentiasa membantu sesiapa pun yang perlukan bantuan.. 

mungkin boleh check balik berapa ramai AHLI PAS/PKR yang MOHON nak buka KR1M hehe...
Tumpang 'Tui' Orang Kata


DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

A.B.A.I : Asalkan Bukan Anwar Ibrahim

Dakwaan 4 dan 5: FAKTA SEBENAR DI SEBALIK DAKWAAN DAN FITNAH TERHADAP SURUHANJAYA PILIHAN RAYA (SPR)


Dakwaan 4: SPR telah mendaftar pemilih yang terdiri daripada warga asing yang telah mendapat taraf warganegara

Hanya warganegara Malaysia sahaja yang layak dan berhak untuk menjadi pengundi dalam pilihan raya di negara ini. Mereka yang bukan warganegara mustahil akan dapat mendaftar sebagai pengundi. Sesiapa sahaja warganegara Malaysia dan berumur 21 tahun dan ke atas yang memohon untuk di daftarkan sebagai pemilih, permohonan mereka akan diproses sewajarnya melalui sistem komputer dan mengikut tatacara pemerosesan yang ditetapkan di bawah undang-undang. 

Justeru itu, tidak timbul persoalan tentang siapa atau apa jua latar belakang seseorang warganegara itu apabila ia memohon untuk menjadi pemilih kerana yang menjadi asas kelayakan ialah seseorang itu mestilah terdiri daripada warganegara Malaysia dan telah mencapai umur 21 tahun dan ke atas serta memenuhi apa-apa syarat kelayakan lain yang ditetapkan di bawah Perlembagaan.

Dakwaan 5: Masih ramai pemilih berusia lebih 100 tahun berada dalam daftar pemilih SPR 

Pemotongan nama seseorang pemilih berdaftar hanya dapat dibuat atas dua sebab iaitu pertama, pemilih telah meninggal dunia mengikut pengesahan rekod di JPN dan kedua, pengesahan hilang kelayakan sebagai pengundi berdasarkan bukti pengesahan dari jabatan-jabatan yang berwajib. Justeru itu, walaupun umur seseorang pemilih itu telah melangkaui 100 tahun, undang-undang tidak membolehkan SPR untuk memotong nama mereka sewenang-wenangnya atas anggapan bahawa mereka mungkin telah meninggal dunia. 

Jikalau ada mana-mana pihak yang mengetahui dan dapat membuktikan bahawa terdapat waris mereka yang telah meninggal dunia, SPR berharap mereka tampil ke JPN untuk mengemaskinikan rekod kematian waris berkenaan. Dalam soal pengesahan rekod kematian seseorang warganegara, SPR terpaksa bersandarkan kepada maklumat yang sahih daripada pihak JPN bagi mengelak penipuan atau sebagainya.

Dakwaan3: FAKTA SEBENAR DI SEBALIK DAKWAAN DAN FITNAH TERHADAP SURUHANJAYA PILIHAN RAYA (SPR)


Dakwaan 3: SPR gagal membersihkan daftar pemilih. Seramai 42,051 pengundi awam ragu masih berada dalam daftar pemilih SPR hingga sekarang

Sebagai langkah yang berterusan untuk membersihkan Daftar Pemilih, SPR telah menghantar Daftar Pemilih Induk (DPI) yang melibatkan kesemua nama 12.5 juta pemilih berdaftar kepada pihak JPN pada bulan Julai 2011 untuk semakan secara menyeluruh bagi tujuan pengesahan dan pembersihan. Pada bulan September 2011, pihak JPN telah memberi maklum balas kepada SPR bahawa dari jumlah 12.5 juta tersebut, terdapat sebanyak 42,051 nama-nama pemilih yang tidak memiliki maklumat yang jelas dan sahih. Ini bermakna nama-nama 42,051 pemilih berdaftar berkenaan ada di dalam rekod di JPN, tetapi masalahnya mereka tidak dapat dihubungi untuk diminta datang mengemaskini status terkini kedudukan mereka kerana ketiadaan alamat yang jelas. 

Di waktu yang sama mereka juga telah tidak datang ke mana-mana pejabat JPN untuk mengemaskinikan status mereka. Oleh yang demikian, SPR membuat keputusan mengkategorikan 42,051 nama-nama berkenaan sebagai pemilih awam di bawah status yang diragui kesahihannya disebabkan ketiadaan maklumat yang terkini tentang status mereka. 

Berikutan itu, sebagai langkah yang betul serta bagi menjamin hak rakyat selaku pemilih berdaftar yang dijamin di bawah Perlembagaan, SPR tidak boleh memotong nama-nama mereka dari daftar pemilih sewenang-wenangnya tanpa pengesahan dari jabatan yang berwajib iaitu JPN. SPR sebaliknya mengambil inisiatif untuk mempamerkan kesemua 42,051 nama berkenaan selama tiga bulan untuk memberi peluang kepada orang ramai khususnya pemilih untuk tampil mengemaskinikan maklumat mereka di JPN dan SPR supaya nama mereka dapat dikemaskini atau dikeluarkan daripada senarai pemilih awam ragu tersebut.

Dalam tempoh pemeran itu juga, SPR telah turut mengedarkan nama-nama berkenaan kepada Ibu Pejabat semua parti politik utama serta pemimpin-pemimpin politik di peringkat Parlimen dan DUN yang berkenaan di seluruh negara untuk mendapat bantuan dalam usaha mencari pengesahan dan maklum balas berhubung dengan kedudukan alamat dan status terkini pemilih-pemilih yang berkenaan. Bagaimanapun, di sepanjang tempoh tiga bulan pemeran tersebut berlangsung, sambutan yang diterima oleh SPR sama ada dari parti-parti politik atau orang ramai amat dingin. Pada 28 Mac 2012, pihak JPN telah memberi maklum balas kepada SPR bahawa melalui semakan yang terperinci dan berterusan oleh pihak mereka, jumlah pemilih yang diragui itu telah berkurangan kepada 40,803 orang. Ini berikutan terdapat di kalangan mereka yang tampil ke JPN untuk mengemaskini maklumat kad pengenalan mereka manakala yang lain terdapat waris-waris yang tampil dengan membawa bukti kepada JPN mengenai kematian ahli keluarga atau saudara mara mereka.

Undang-undang SPR tidak membenarkan mana-mana nama dalam daftar pemilih dipotong sewenang-wenangnya tanpa pengesahan oleh pihak JPN. Oleh yang demikian, nama 40,803 pemilih awam ragu tersebut perlu terus kekal berada di dalam daftar pemilih bagi menjamin hak mereka yang dilindungi di bawah Perlembagaan Persekutuan. SPR hanya memotong nama-nama mereka daripada daftar pemilih setelah mendapat pengesahan secara rasmi dari pihak berwajib iaitu JPN sama ada mereka telah meninggal dunia atau hilang taraf kewarganegaraan, atau hilang kelayakan atas sebab-sebab lain seperti yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan. Oleh yang demikian, selagi pengesahan muktamad tidak diperolehi dari pihak JPN, kesemua nama 40,803 pemilih berkenaan perlu dikekalkan di dalam Daftar Pemilih Induk.

BERSIH Hasut Media Asing Burukkan Malaysia


Persiapan hebat sedang dilakukan oleh pihak pembangkang untuk mengganas dan menghuru-harakan negara dalam 'Demonstrasi Duduk Bantah' BERSIH 3.0 atau lebih tepat dipanggil 'Demonstrasi Berarak Ganas' kerana mereka dikhabarkan akan berarak, berlari, mengganas dan mencabar pihak berkuasa dari beberapa penjuru KL sebelum duduk. 
  
Antara persiapan penting puak-puak pengkhianat dan balaci CIA ini ialah memberi taklimat awal kepada wartawan-wartawan asing agar bersedia mengambil gambar mereka dalam keadaan paling teruk untuk menggambarkan penganiayaan polis terhadap mereka. Ini penting bagi mereka kerana dalam setiap demonstrasi yang dilakukan oleh pihak mereka sama ada atas nama BERSIH, PTPTN, 901, Reformasi, Himpunan Hijau atau apa saja sukar sekali mendapat gambar sehebat demonstrasi-demonstrasi di negara lain di mana polis betul-betul membantai dan membelasah para peserta. Ini kerana di Malaysia, polis tidak akan berkeras selagi tidak dalam keadaan terpaksa atau terdesak. 
  
Bersih 2.0 telah membuktikan bagaimana pendemonstrasi dilayan dengan lembut di mana mereka yang ditangkap diberi makan dan 'tempat berehat' yang selesa siap dengan kemudahan untuk bersolat. 

Malah, kerana tiada keganasan polislah maka salah seorang peserta demonstrasi BERSIH 2.0 terpaksa berlakon mati dengan kamera sedia merakam lalu disebarkan di internet sebagai usaha memburukkan kerajaan. 

Khabarnya, kali ini, pemimpin-pemimpin BERSIH 3.0 akan memastikan keadaan menjadi benar-benar genting. Malah mereka bersedia mengorbankan peserta iaitu penyokong mereka sendiri dalam demonstrasi ini demi mencapai matlamat untuk menghuru-harakan negara kerana pilihanraya semakin hampir. Mereka mengharapkan momentum kemarahan rakyat akan terus meningkat selepas itu sehingga pilihanraya menjadi benar-benar panas. 
  
Antara perancangan mereka ialah menyamar sebagai polis untuk membelasah peserta yang sudah tentunya tidak diberitahu tentang perancangan sebenarnya. Siapa yang bakal dikorbankan atau terkorban tidaklah diketahui. 
  
Yang pastinya, mereka akan memastikan sudut terbaik bagi para wartawan asing untuk merakamkan setiap adegan ganas tersebut lalu menyebarkannya kepada dunia. Apabila ini berlaku, dunia akan mengutuk Malaysia dan membuka ruang bagi barat untuk masuk campur dalam urusan negara atas nama hak asasi manusia. 
  
Ini adalah taktik biasa CIA di bawah pertubuhan NED yang menjadi dalang menjatuhkan kerajaan yang sah di seluruh dunia. Buku 'Inside the Company: CIA Diary' yang ditulis oleh bekas pegawai CIA Phil Agee menghuraikan modus operandi CIA dalam usaha meletakkan pemimpin boneka di negara-negara di mana Amerika ingin menguasai. Cara mereka tidak pernah berubah iaitu mewujudkan organisasi-organisasi untuk kononnya memantau pilihanraya negara-negara tersebut di mana di masa yang sama membangkitkan kecurigaan rakyat terhadap sistem pilihanraya dan kerajaan. 
  
Seterusnya, mereka juga meletakkan 'warna-warna' tertentu seperti merah di Thailand, dan kuning di Mlayasia sebagai melambangkan sokongan atau tentangan terhadap kerajaan bagi mewujudkan 'volume'. Ke semua usaha ini kemudiannya diarahkan kepada satu tujuan semata-mata iaitu demonstrasi jalanan yang membawa kepada huru-hara dan keganasan sehingga akhirnya kerajaan digulingkan. 
  
Phil Agee mengakui mereka melakukan yang sama di Filipina melalui satu badan yang dipanggil National Association for Free Election (NAMFREL) (menyerupai BERSIH) dengan menggunapakai slogan kuasa rakyat (menyerupai Pakatan Rakyat). Mereka juga membuat banyak percubaan untuk mengambil alih Panama melalui Civic Crusade tetapi tidak begitu berjaya. Namun mereka berjaya di semua negara lain antaranya, Bulgaria yang mana juga menggunakan para pelajar universiti agar turun ke jalanan berdemonstrasi, dan Albania, Chile, Brazil serta banyak lagi. 

Kita juga tahu bahawa mereka juga berada di belakang kejatuhan Mesir, Libya, Iraq, Tunisia dan lain-lain. 
  
Kesemua ini tidak mungkin dapat dilakukan tanpa bantuan media. Dan tidak hairanlah BERSIH di Malaysia ini juga berusaha memastikan media asing memainkan peranan yang sama untuk membantu memusnahkan negara ini. 
  
Kini terpulanglah kepada rakyat untuk menilai maklumat yang terbentang di hadapan mata. Rakyat boleh membantu kerajaan untuk mempertahankan kedaulatan negara dengan menjauhkan diri dari BERSIH. Kuasa rakyat itu benar, kerana itu gunakanlah kuasa minda kita untuk memilih yang terbaik untuk diri, bangsa, agama dan negara. Jangan sekali-kali terpengaruh dengan mainan politik musuh-musuh Islam. 

Anwar dan 9 Nyawa Kucing Menghantui Bersih 3.0


Menjelang perhimpunan Bersih 3.0 sabtu nanti, tidak salah rasanya untuk kita semua mengimbas semula beberapa peristiwa lama mungkin ada antaranya sesuai untuk dijadikan teladan dan sempadan. 

Bak kata orang tua dulu-dulu, sejarah itu guru yang baik sebagai panduan, tidaklah nanti orang kata kita buta sejarah sebagaimana Mat Sabu yang gagal pemahaman sejarah hingga komunis yang anti ketuhanan pun diagung-agungkan.

Rencana sembilan nyawa kucing yang dipetik dari blog xpressminda ini ringkasnya berkisar pada kebolehan semulajadi seorang pemimpin politik pembangkang bernama Anwar Ibrahim yang memiliki pelbagai karekter yang berubah-ubah mengikut masa dan kepentingan - bermatlamat menarik perhatian & simpati khalayak. 

Mungkinkah dalam demonstrasi Bersih 3.0 kelak, Anwar selaku pembawa watak politikus hipokrasi & haprak terulung abad ini akan memanfaatkan stok nyawanya kucingnya yang terakhir demi mencari klimaks & kepuasan politik kendiri atau nyawa kucing itu hanya benar-benar tamat dalam PRU 13 kelak, sama-sama kita lihat nanti.

Nyawa Ke-8 Anwar Terancam…

Tahukah anda Anwar Ibrahim memiliki 9 nyawa sama seperti kucing? Betul ke? Realiti atau hikayat moden? Korang semua tentu tahu mitos yg mengatakan kucing memiliki 9 nyawa entah betul atau tidak tak tahulah, yg pastinya kisah 9 nyawa kucing tu agak popular.

Barangkali kerana ingin meniru mitos kucing tersebut atau mungkin jugak terangsang dgn kehebatan 9 nyawa yg dimiliki oleh spesis kucing kurap maka Anwar memanfaatkan sepenuhnya mitos itu utk meraih simpati khalayak.

Tahukah anda keadaan terkini menunjukkan Anwar sedang bertarung utk menyelamatkan nyawanya yg ke-8 selepas kehilangan nyawanya dalam 7 kejadian lampau sebelum ini.

Dakwaan2: FAKTA SEBENAR DI SEBALIK DAKWAAN DAN FITNAH TERHADAP SURUHANJAYA PILIHAN RAYA (SPR)

Dakwaan 2: Kawasan mengundi YAB Tan Sri Abd Khalid bin Ibrahim telah dipindahkan secara tidak sah oleh SPR

Dakwaan yang mengatakan bahawa kawasan mengundi bagi YAB Tan Sri Abd Khalid bin Ibrahim telah dipindahkan secara tidak sah oleh SPR adalah tidak benar dan tidak berasas. SPR telah memberi penjelasan terperinci kepada Ahli-Ahli Parlimen pada 16 April 2012 berhubung perkara ini. Walaubagaimanapun perkara ini terus diputar belit untuk mengelirukan orang ramai yang tidak faham tentang isu pembetulan kedudukan Lokaliti di dalam sesuatu Daerah Mengundi yang terletak di dalam kawasan DUN dan Parlimen. 

Apa yang sebenarnya berlaku di dalam kes yang melibatkan alamat dalam Lokaliti YAB Tan Sri Abd Khalid bin Ibrahim ialah SPR hanya membuat pembetulan kedudukan Lokaliti yang telah tersalah letak di dalam kawasan pilihan raya. Proses ini dijalankan mengikut Peruntukan sub peraturan 25(3) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih 2002).

YAB Tan Sri Abd Khalid bin Ibrahim telah mendaftar sebagai pemilih pada 1/1/1985 dengan menggunakan alamat Jalan 16/2, Seksyen 16, Petaling Jaya, Selangor. Semasa pendataan borang pendaftaran tersebut, petugas SPR telah meletakkan alamat Lokaliti beliau iaitu Jalan 16/2 di dalam kawasan DUN N.34 Bukit Gasing /Parlimen P.105 Petaling Jaya Selatan iaitu berdasarkan kepada alamat di dalam borang pendaftaran tersebut. Pada masa itu SPR tidak menyedari bahawa di lapangan yang alamat Lokaliti Jalan 16/2 itu adalah sebenarnya terletak di dalam Wilayah Persekutuan di mana Jalan Datuk Abu Bakar merupakan sempadan rasmi antara negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan. Lokaliti Jalan 16/2 di mana YAB Tan Sri Abd Khalid bin Ibrahim berdaftar sebenarnya berada di dalam kawasan Parlimen P.121 Lembah Pantai, Wilayah Persekutuan. 

Apabila sistem EGIS dilaksanakan SPR mula menyedari kesilapan penentuan kedudukan Lokaliti berkenaan. Maka selaras dengan tindakan pembetulan Lokaliti yang sedemikian di kawasan-kawasan lain di seluruh negara, SPR juga membuat pembetulan kedudukan Lokaliti terhadap Lokaliti Jalan 16/2 Seksyen 16, Petaling Jaya. Di atas muka bumi, Lokaliti tersebut sebenarnya terletak di kawasan Parlimen P.121 Lembah Pantai, Wilayah Persekutuan. Ianya sama sekali tidak melibatkan apa-apa perubahan kepada garis sempadan kawasan pilihan raya sama ada DUN atau pun Parlimen. 

Bagi mana-mana pihak yang ingin mendapat penjelasan lanjut berhubung dengan perkara tersebut, mereka bolehlah datang ke Ibu Pejabat SPR atau Pejabat SPR Negeri Selangor atau Pejabat SPR Wilayah Persekutuan. 

Dakwaan1: FAKTA SEBENAR DI SEBALIK DAKWAAN DAN FITNAH TERHADAP SURUHANJAYA PILIHAN RAYA (SPR)

Dakwaan 1: SPR telah sengaja membetulkan sempadan kawasan pilihan raya DUN dan Parlimen tanpa kelulusan Parlimen bertujuan meramaikan pengundi di satu-satu kawasan bagi membolehkan Barisan Nasional beroleh kemenangan pada PRU Ke-13 nanti

Dakwaan tersebut merupakan suatu fitnah dan tidak berasas sama sekali. SPR tidak pernah melakukan apa-apa perubahan terhadap sempadan kawasan atau bahagian pilihan raya sama ada DUN atau pun Parlimen kerana urusan berkenaan hanya dapat dilakukan apabila tiba masanya mengikut peruntukan Perkara 113(A) Perlembagaan Persekutuan. SPR telah pun mengeluarkan pengumuman bahawa urusan kajian semula persempadanan bahagian-bahagian pilihan raya hanya akan dijalankan apabila tiba masanya selepas PRU-13. SPR akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung dengan perkara tersebut apabila tiba masanya nanti.

Apa yang sebenarnya berlaku sebelum ini mengikut peruntukan kuasa di bawah sub peraturan 25(3) Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002, melalui kuasa Ketua Pendaftar, ialah tindakan SPR membetulkan Lokaliti yang mengandungi nama-nama pemilih yang telah tersalah letak sebelumnya iaitu semasa proses penetapan kedudukan Lokaliti (sebelum 2004) yang dibuat secara manual. Oleh kerana kedudukan Lokaliti berkenaan telah tersalah letak, maka selaras dengan peruntukan undang-undang SPR perlu membetulkan kedudukan Lokaliti tersebut di dalam bahagian pilihan raya yang sepatutnya pemilih di dalam Lokaliti berkenaan didaftarkan. 

SPR menyedari kedudukan beberapa Lokaliti yang tersalah letak di dalam bahagian pilihan raya hanya selepas Sistem EGIS (Electoral Geographical Information System) digunapakai dalam tahun 2004. Melalui peruntukan kuasa yang ada, SPR telah membuat pembetulan kedudukan Lokaliti yang tersalah letak di seluruh negara yang melibatkan jumlah pemilih seramai 19,342 orang. Pemilih-pemilih mengikut Lokaliti-lokaliti berkenaan perlu ditempatkan di dalam kawasan pilihan raya yang sebenarnya seperti yang wujud di lapangan. Perlu ditekankan bahawa pembetulan Lokaliti-lokaliti yang dibuat itu tidak sama sekali melibatkan perubahan kepada mana-mana garis sempadan bahagian pilihan raya sama ada DUN ataupun Parlimen. Sebaliknya dengan pembetulan kedudukan pemilih mengikut Lokaliti yang terlibat maka mereka akan mengundi di dalam bahagian pilihan raya yang betul mengikut kedudukan alamatnya di dalam Daerah Mengundi dan DUN yang sebenarnya. 

Justeru, SPR ingin menegaskan sekali lagi bahawa dengan tindakan membetulkan kedudukan nama pemilih di dalam Lokaliti berkenaan iaitu dengan meletakkannya di dalam bahagian pilihan raya yang sebenar mengikut kedudukan di lapangan, ia sama sekali tidak melibatkan apa-apa perubahan kepada garis sempadan kawasan atau bahagian pilihan raya sama ada DUN ataupun Parlimen. Mana-mana pihak yang ingin mendapat penjelasan secara lebih lanjut berhubung dengan perkara ini, mereka bolehlah menghubungi mana-mana Pejabat SPR yang berkenaan.

Wednesday, 25 April 2012

Durian Runtuh; Cukup Untuk Peneroka Tunai Haji


Segala masalah yang mengganggu fikiran para peneroka apabila cadangan untuk menyenaraikan FELDA Global Ventures Holdings (FGVH) diumumkan, kini boleh dikatakan selesai sepenuhnya. Peneroka sebelum ini telah 'diganggu' oleh pembangkang yang menyebarkan berita-berita palsu dan berniat jahat bagi menggagalkan penyenaraian ini. Alasan mereka kononnya Felda tidak layak disenaraikan berdasarkan rekod kewangan syarikat tersebut, serta penyenaraian itu akan merugikan peneroka. Kemuncak usaha jahat pembangkang ini ialah menggagalkan mesyuarat yang bertujuan mendapatkan pandangan peneroka serta memfailkan injunksi di mahkamah bagi menghalang anak syarikat Felda, Felda Plantation, memajakkan tanahnya seluas 360,000 kepada Felda Global Ventures Holdings (FGVH).

FGVH bukanlah syarikat kecil atau kampungan yang terletak di atas rumah kedai berderet di sebuah pekan kecil. FGVH adalah syarikat bertaraf dunia dengan rekod tidak pernah rugi. Syarikat ini menjalankan perniagaan global seperti perniagaan minyak dan lemak, oleokimia, logistik dan perkhidmatan serta beroperasi di 12 negara, termasuk Amerika Syarikat, Kanada, Afrika Selatan dan Asia Barat dengan memiliki lebih 80 anak syarikat aktif. Hari ini, ramai anak-anak Felda kini bekerja di syarikat-syarikat Felda di luar negara malah ada juga yang menjadi tenaga pengajar mengenai proses-proses pembuatan minyak sawit kepada orang-orang asing tersebut. 

Keuntungan terkumpul daripada operasi luar negara sahaja sejak ditubuhkan pada tahun 2009, kini berjumlah RM569 juta. 

Bagi penyenaraian ini, lima buah bank pelaburan iaitu Maybank, CIMB, Morgan Stanley, JP Morgan dan Deutsche Bank telah dilantik untuk menguruskan proses penyenaraian, sementara audit pula akan dilakukan oleh Pricewaterhouse Coopers (PwC). Oleh yang demikian, menuduh FELDA 'menempah maut' melalui penyenaraian ini adalah tidak masuk akal sama sekali kerana tidak mungkin pihak yang telah berjaya membangun dan memperkasakan FELDA sehingga menjadi sebuah 'empayar' akan dengan sengajanya membuat keputusan yang tidak bijak dan merugikan. Apa yang pasti ialah pembangkang telah mengambil kesempatan atas kurangnya pemahaman peneroka mengenai proses penyenaraian dan pasaran saham serta memanipulasi fakta semata-mata untuk memburukkan kerajaan. 

Mujurlah ramai peneroka yang bijak dan mampu merasionalkan perkara ini. Mereka tahu yang mana harus dipercayai antara pihak kerajaan yang telah banyak berjasa kepada mereka atau pihak pembangkang yang hanya tahu berkata-kata. Menurut sumber-sumber dalaman, pada 8hb Mei nanti, Dato' Seri Najib akan mengumumkan 'durian runtuh' yang telah dijanjikan kepada para peneroka. Durian runtuh tersebut dikatakan cukup besar untuk membolehkan para peneroka menunaikan haji. Jika benar, jangan pula ada yang lupa untuk memanjatkan rasa syukur ke hadhrat Illahi atas segala nikmat yang telah dikecapi. 

Walaubagaimanapun, memandangkan peneroka kini berpendapatan agak lumayan, mungkin ada yang merasakan yang 'durian runtuh' tersebut tidak membawa makna yang besar. Namun, apa yang lebih penting ialah hasil jangkapanjang di mana melalui penyenaraian ini, Felda juga akan mendapat manfaat dari segi pengurusan yang lebih professional sekali gus menamatkan persepsi kononnya syarikat ini dikuasai atau hanya mengikut telunjuk politik. Selain itu, ia juga akan dapat meluaskan lagi potensi jangkauan perniagaan dalam berbagai bidang lain. Dengan itu, Felda serius menjangkakan pendapatan berlipat ganda di masa hadapan. 

Pastinya, keuntungan berganda itu akan berbalik ke bahu para peneroka dan generasi masa depan mereka bukan sahaja dalam bentuk wang tetapi juga dalam bentuk berbagai-bagai kemudahan dan program yang mampu memacu warga Felda ke satu tahap yang jauh lebih tinggi. Tidak mustahil, generasi Felda di masa hadapan akan menjadi warga contoh iaitu berfikiran kehadapan, berdaya saing serta mempunyai jati diri yang kuat. 

Bersih 3.0 : 28hb Satu Malapetaka


MAKLUMAT dari sumber yang sahih mengatakan bahawa demonstrasi Bersih 3.0 yang dirancang pada 28 hb April (Sabtu) ini akan menjadi satu malapetaka besar kepada Pakatan Rakyat. Menurut sumber tersebut lagi, petunjuk yang mengatakan perhimpunan itu akan gagal mencapai matlamat 'terunggul' mereka iaitu mengumpulkan seramai 500 ribu orang pendemo, begitu kuat sekali.

Antaranya ialah dilihat dari kegagalan himpunan pra Bersih di Kelab Sultan Sulaiman pada 17 April, yang hanya menyaksikan seramai 10 ribu orang hadir (angka dari sumber pembangkang), yang mana jauh dari sasaran awal 100,000 orang. Beberapa siri jelajah pra Himpunan Bersih 3.0 yang diadakan selepas itu juga, sekadar dihadiri beberapa puluh dan ratus orang sahaja, contohnya di Dataran Shah Alam pada minggu sudah yang hanya dihadiri sekitar 200 orang.

Perlu diingatkan bahawa semua angka yang penulis nyatakan di atas adalah mengambil bulat-bulat dari yang dinyatakan dalam blog pro pembangkang, dan seperti mana yang kita sedia maklum, angka tersebut amat diragui kebenarannya. Sudah menjadi pengetahuan umum bahawa pembangkang cukup suka membesar-besarkan jumlah kehadiran peserta himpunan, kerana itu akan menunjukkan konon-kononnya acara tajaan mereka mendapat sokongan rakyat.

Mengambil contoh himpinan Mansuh PTPTN pada 14 April yang dihadiri sekitar 250 – 300 orang peserta pada, 'dinaikkan tarafnya' kepada beribu-ribu orang oleh hampir kesemua blog pro pembangkang, kecuali portal berita yang mencari makan dengan sumber dari langganan berita separuh tepat seperti Malaysiakini. Malaysiakini melapurkan himpunan itu dihadiri sekitar 300 orang sahaja, jauh dari sasaran 5,000 orang yang dijaja penganjurnya. Kalau nak didebatkan dari segi kelayakan peserta yang hadir (mahasiswa dan peminjam PTPTN), nescaya jumlah itu akan menjadi jauh lebih kecil dari yang dinyatakan Malaysiakini.

Itu dari segi kehadiran.

Dari segi agenda juga, perhimpunan Bersih 3.0 ini sudah menunjukkan masalah. Dikhabarkan bahawa Pengerusi Bersama Bersih 3.0, Datuk Ambiga Sreevanasan, yang juga Pengerusi program Seksualiti Merdeka, akan menggabungkan perhimpunan Bersih dengan himpunan LGBT yang terganggu oleh larangan pihak berkuasa ke atas penganjuran program Seksualiti Merdeka pada November tahun lepas. Ambiga dikatakan melihat himpunan kali ini adalah kesempatan terbaik untuk memperjuangkan hak golongan LGBT, dalam masa yang sama mempromosikan Pakatan Rakyat sebagai organisasi yang menjuarai isu-isu berkaitan hak asasi manusia di Malaysia.

Malah, beberapa blog pro pembangkang juga sudah mewar-warkan tentang penggabungan kedua himpunan tersebut (Bersih 3.0 dan LGBT), walaupun disebut-sebut yang idea itu dibantah sepenuhnya oleh PAS. Tapi dalam masa yang sama, siapalah PAS jika nak dibandingkan dengan DAP yang terang-terang menyokong program Seksualiti Merdeka ketika ia dilangsungkan pada November.

Agenda LGBT ini walaupun menerima respon positif dari parti-parti komponen Pakatan Rakyat seperti PKR dan DAP, tapi pasti akan ditolak sepenuhnya oleh penyokong PAS dan golongan atas pagar yang rata-rata tidak bersetuju dengan keputusan Ambiga tersebut, dan ini dikatakan akan menjadi punca kepada kurangnya sambutan rakyat kepada perhimpunan ini. Ketiadaan 'publisiti percuma' dari media-media arus perdana dan pihak polis sendiri, juga akan menyumbangkan kepada kehadiran yang kurang. Tindakan semua media arus Perdana yang tidak memberi liputan besar-besaran kepada penganjuran Bersih 3.0 (tidak seperti Bersih 2.0 Julai tahun lepas), dijangka akan menghilangkan 'tarikan' untuk rakyat hadir ke perhimpunan seumpama itu lagi.

Semua inilah petunjuk yang memberi gambaran tepat bahawa Himpunan Bersih 3.0 ini akan menemui gagal sepenuhnya. Sumber penulis menganggarkan hanya sekitar 15,000 orang sahaja yang akan hadir ke himpunan tersebut.

Panaszzz...ANUwar dah Gabra...!!! Apsal...???


Semakin kencang angin pilihan raya umum bertiup, semakin gabra pula Anwar Ibrahim. Beliau sudah kehabisan modal politik dan ketandusan ide untuk menipu rakyat.

Semua kepalsuan dan janji-janji manisnya telah telah terbukti satu pembohongan belaka.

Bermula dengan episod 16 September 2008 di mana Ketua Pembangkang itu dengan bongkaknya menjanjikan rakyat satu kerajaan persekutuan baru pada hari menyambut penubuhan Malaysia, sehinggalah ke hari ini, kesemua yang keluar dari mulut Anwar adalah semata-mata pembohongan. Kini dia membuat satu lagi pembohongan untuk memansuhkan pinjaman pendidikan PTPTN. Maka sekumpulan mahasiswa atau bekas mahasiswa yang jumlahnya hanya sekitar 50 orang diupah Anwar untuk membuat kecoh di Dataran Merdeka.

Mereka yang diupah pembangkang kononnya untuk memperjuangkan nasib golongan mahasiswa sebenarnya boleh dikatakan pembuat kacau profesional yang dibayar wang untuk menimbulkan huru hara. Apa tidaknya, mereka adalah kumpulan orang yang sama pada setiap perhimpunan haram dan demonstrasi jalanan yang membabitkan pihak pembangkang. Baik pada perhimpunan Bersih, mahupun demonstrasi anti-ISA, ataupun perarakan tuntutan hak air Selangor hinggalah gerakan membebaskan Anwar, mereka adalah wajah-wajah yang sama. Kesimpulannya golongan mahasiswa secara keseluruhannya tidak menyokong agenda politik kotor kumpulan ini yang cuba menonjolkan imej sebagai jurucakap puluhan ribu warga institusi pendidikan tinggi.

Kedua, ide pemansuhan PTPTN datangnya dari Anwar tetapi kelibat beliau sendiri tidak kelihatan untuk bersama-sama kumpulan tersebut di Dataran Merdeka.

Anwar menggunakan anak-anak muda untuk berjuang untuknya sehingga mereka sanggup berkhemah dan tidur atas jalanan sementara Ketua Pembangkang itu enak tidur di atas hamparan baldu di rumahnya yang berharga jutaan ringgit. Inilah sikap hipokrit Anwar yang perlu dilihat oleh rakyat jika mahu faham siapa individu ini sebenarnya. Politik yang diamal oleh Anwar adalah politik yang percaya semua orang boleh dikorbankan demi mencapai cita-cita peribadinya untuk menjadi Perdana Menteri.

Pihak pertama yang menjadi mangsa politiknya rakus sudah tentu isteri, anak-anak dan keluarganya. Dari 1998 hingga kini keluarga Anwar dipaksa mengharungi pengalaman getir dan pahit disebabkan mahu mengejar impiannya ke Putrajaya. Kalau keluarganya sendiri boleh dijadikan taruhan politik, apatah lagi 'budak-budak U' yang penuh dengan idealisme dan semangat yang berkobar-kobar di dalam dada?

Sudah tentu perkara ini amat mudah sekali bagi Anwar. Taktiknya ialah dengan melontarkan satu isu yang dekat di hati mahasiswa iaitu kos pengajian mereka di universiti dan kolej.

Anwar melihat isu ini adalah modal terbaiknya untuk memporak-perandakan masa depan mahasiswa dengan menyuruh mereka berdemonstrasi dan berdepan dengan risiko tindakan undang-undang ke atas mereka. Apabila pihak berkuasa mengambil tindakan, maka Anwar akan mendakwa kerajaan zalim dan menindas pelajar-pelajar tersebut dengan harapan untuk meraih undi rakyat.

Tidak cukup dengan berkhemah untuk mendesak pemansuhan PTPTN, kumpulan mahasiswa ini juga mengaitkan tindakan mereka itu dengan perhimpunan Bersih 3.0 yang mahu diadakan pada 28 April ini. Tidakkah dengan jelas, samada isu PTPTN atau Bersih, kumpulan pelajar ini telah diperkudakan sewenangnya oleh pihak pembangkang? Di manakah pemimpin pembangkang ketika pelajar-pelajar tersebut diambil tindakan oleh pihak berkuasa, yang mana ada di tahan pihak polis. Batang hidung mereka pun tidak nampak sama sekali di Dataran Merdeka apatah lagi mahu memberi sokongan!

Golongan mahasiswa yang bakal mewarisi kepimpinan negara pada satu hari kelak, perlu sedar mereka telah dipengaruhi untuk bermain percaturan politik pihak pembangkang.

Mereka hanya berfungsi sebagai budak-budak yang boleh dikorbankan pada bila-bila masa sama atau 'dispensable' seperti juga dalam permainan catur.

Hanya 0.0001% Pelajar IPT Sokong Mansuh PTPTN


Mungkin ramai tidak sedar bahawa yang melalak-lalak ingin mansuh PTPTN sebenarnya hanyalah 0.0001% dari kesemua 2.5 juta pelajar IPT, termasuk Universiti, Universiti Kolej, Kolej, Politeknik, Kolej Komuniti dan lain-lain IPT awam dan swasta yang ada di Malaysia ini. Itupun dalam 250 orang yang berdemo di Dataran Merdeka itu bukan semuanya pelajar. Antaranya terdapat mak nya atau nyonya tua, apek tua, mak-cik dan pak cik berumur lebih 40 tahun, remaja yang rosak akhlak, yang berperangai tidak senonoh dan sebagainya. 

Jika benar semua mereka ini adalah peminjam PTPTN maka tentulah mereka antara pelajar-pelajar benak, pemalas yang sememangnya menjadi balaci atau pencacai sepenuh masa Pakatan Rakyat. Ramai juga di antara mereka kelihatan seperti manusia sesat tetapi tidak pula kelihatan seperti sedang mencari-cari arah hidup. Sebaliknya selesa dengan kesesatan dan cara gelandangan sebegitu. 

Justeru, apa yang boleh diperkatakan mengenai isu demo mansuh PTPTN ini? Yang sebenarnya, demo PTPTN ini bukanlah isu langsung! Kita juga tahu bahawa DAP dan PAS sebenarnya tidak bersetuju dengan Anwar untuk memansuhkan PTPTN. Semua orang bertanya dari mana hendak dikaut RM43 billion untuk menampung kos pendidikan percuma dan Anwar tidak mampu memberi jawapan yang meyakinkan kerana beliau sendiri tidak tahu jawapannya. 

Akhbar-akhbar Cina juga menyiarkan banyak tulisan dan juga pendapat yang mengkritik idea pemansuhan PTPTN ini. Hari ini juga tersiar satu tulisan di Nanyang Siang Pau yang meluahkan rasa malu dengan tindakan Pakatan Rakyat mempromosi sifat meminjam tetapi enggan membayar. 

Menurut penulis tersebut, budaya Cina sering menekankan sifat membayar balik pinjaman, dan bagi penulis, inilah faktor utama kejayaan bangsa mereka. Sepatutnya, orang-orang Melayu merasa jauh lebih malu lagi kerana membayar balik pinjaman bukanlah sekadar tuntutan adat atau budaya tetapi tuntutan agama. Dan kerana enggan membayar hutang juga membuatkan ramai orang Melayu tidak berjaya. Selama ini, PR yang paling hebat melaungkan Melayu baru, yang moden berdaya saing dan mampu berjaya tanpa menggunakan tongkat. Oleh itu, kita tidak faham, bagaimana pula di masa yang sama PR ingin menambahkan tongkat dan memanjakan lagi rakyat Malaysia, terutamanya Melayu dengan menambahkan subsidi itu dan ini, menjanjikan bulan dan bintang dan segala-galanya. 

Semuanya ingin disuapkan oleh PR kepada rakyat supaya kita merasa gembira dan tidak perlu bersusah payah bekerja kuat untuk meningkatkan taraf hidup. Dan kini PR juga yang ingin memulakan era segalanya percuma di mana peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi adalah sama rata tidak kira sama ada pelajar tersebut cemerlang atau tidak dalam pelajaran peringkat menengahnya. Sedangkan memberikan pendidikan percuma di peringkat tinggi juga merupakan satu ketidakadilan selain membantutkan motivasi pelajar untuk belajar dengan bersungguh-sungguh. 

Lagipun, bukankah ini bertentangan dengan aspirasi untuk melahirkan masyarakat yang berdaya saing, kuat dan mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah walau di mana saja kita berada? Tindakan PR ini hanya akan mengakibatkan kelahiran lebih ramai graduan tidak cukup masak seperti Anwar Ibrahim ataupun Adam Adli. Kini, demonstrasi PTPTN sudah jelas tidak berjaya, sebabnya ialah dalang pemikir dan penggeraknya adalah terdiri dari graduan tidak cukup masak belaka. Ramai di kalangan rakyat menggeleng-gelengkan kepala melihat peserta demonstrasi yang tidak senonoh dan biadab dengan pihak berkuasa. Akhirnya, hasil yang diperolehi PR melalui demo PTPTN hanyalah imej parti yang semakin buruk dan bukti kebodohan pemimpin-pemimpinnya. 

Apapun, melihat angka sokongan terhadap pemansuhan PTPTN membuatkan kita mengeluh lega. Ini kerana ia jelas menunjukkan bahawa majoriti pelajar di IPT seluruh negara masih lagi waras dan benar-benar layak bergelar mahasiswa. Hanya 0.0001% sahaja yang merupakan 'maha tak berguna' yang kewujudan mereka tidak membawa apa-apa manfaat kepada diri sendiri, keluarga, negara, dan jauh sekali kepada dunia. 

3 Tahun Tiada Peluang Kerja Baru Kini 550 Bakal Kehilangan Kerja di Kedah

Kulim Hi-Tech Park pernah dianggap sebagai lubuk emas bagi Negeri Kedah. Kulim Technology Park Corporation (KTPC) iaitu syarikat yang menguruskan Kulim Hi-Tech Park (KHTP) adalah anak syarikat kerajaan negeri yang paling berjaya sehingga menempa nama di peringkat dunia sebagai antara taman teknologi tinggi yang berprestij. Antara pengiktirafan yang pernah diterima oleh KHTP ialah 'Asia's Top Business, Industrial & Technology Park', 'Top Asian High Technology Park' dan 'Fiabci (Malaysia) Property Award'. Bagaimanapun, 'zaman kegemilangan' KHTP berakhir apabila PAS menguasai negeri Kedah selepas pilihanraya 2008 dan menukar pengurusan yang berpengalaman dan banyak berjasa. 

Alasan PAS ialah pihak pengurusan KHTP sebelum ini 'kurang bersih'. Akibatnya, imej KHTP merudum hampir serta merta.

Lebih buruk, bekas Ketua Eksekutif KHTP yang dipinggirkan oleh PAS, kini berkhidmat dengan Senai Hi-Tech Park di negeri Johor. Maka, pengalaman dan kebolehan beliau yang sepatutnya dimanfaatkan oleh kerajaan negeri Kedah, kini menjadi aset penting yang aktif membawa masuk pelaburan ke Johor. 

Penduduk Kulim sudah sedia maklum tentang bagaimana Pejabat KTPC kini menjadi tempat usrah dan tazkirah serta penyebaran 'agama' PAS. Seolah-olah usrah dan tazkirah sudah cukup untuk membawa syurga walaupun mengabaikan tanggungjawab terhadap syarikat dan tidak bekerja dengan berdedikasi sesuai dengan gaji yang diterima. Khabarnya juga, mesyuarat-mesyuarat dalaman yang dipengerusikan oleh Presiden baru KHTP selalunya meleret-leret dengan perbincangan yang tidak penting atau gurauan mengenai wanita dan berkahwin dua semata-mata. Begitu rendah sekali corak pemikiran pengurusan baru KHTP sehinggakan ramai dari pegawai-pegawai lama meletakkan jawatan kerana tidak dapat menyesuaikan diri bekerja dalam suasana kampungan dan tidak professional. Maka tidak hairanlah apabila tiada lagi pelaburan baru masuk selepas First Solar Energy dari Amerika pada Julai 2008 dengan pelaburan berjumlah RM2 billion. Walaupun pengurusan baru PAS KHTP cuba bermegah konon mereka yang bertanggungjawab membawa masuk pelaburan tersebut, namun, bagi mereka yang arif tentang Pelaburan Langsung Asing (FDI) pasti tahu bahawa sesuatu keputusan untuk membuat pelaburan tidak dibuat dalam masa satu dua minggu atau lima enam bulan.


Proses membawa masuk FDI bermula dari promosi sehingga ke perbincangan dan kemudiannya tawar menawar sehinggalah kepada menandatangai perjanjian, pecah tanah dan perlaksanaan, selalunya mengambil masa bertahun-tahun. Maka, jelaslah, pelaburan First Solar juga adalah sebenarnya jasa peninggalan pengurusan lama, dan bukannya pengurusan baru PAS. Oleh itu, apa yang pasti selama 3 tahun lebih memerintah, kerajaan PAS tidak mampu membawa masuk walau satu pun pelaburan baru. 


Namun begitu, pengurusan baru PAS di KHTP telah membelanjakan sehingga tiga kali ganda dari jumlah yang biasa digunakan oleh pengurusan terdahulu dalam mempromosi KHTP di luar negara. Mana tidaknya, jika hampir setiap bulan ada saja beberapa orang dari pihak pengurusan yang ke luar negara konon mempromosi KHTP tetapi sehingga kini masih tiada hasilnya. Sedangkan ketika di bawah pengurusan lama, perjalanan keluar negara hanya dibuat 2 atau paling banyak 3 kali dalam setahun. Itupun selalunya diadakan secara bersama dengan pihak MIDA dan kerajaan pusat bagi menjamin keberkesanan promosi dalam setiap perjalanan yang dibuat. 


Pendirian pengurusan lama ialah, tidak guna hanya berjumpa dan berbincang dengan satu dua syarikat di luar negara dan membelanjakan puluhan dan ratusan ribu ringgit untuk satu-satu perjalanan hanya untuk mempromosi tanpa sesuatu harapan pasti jauh sekali jaminan yang ia akan membuahkan hasil. Setelah gagal menyediakan peluang kerja baru kepada penduduk Kulim, khasnya dan Kedah amnya, dan setelah meleburkan berjuta-juta ringgit untuk kos promosi yang tiada hasilnya, kerajaan PAS Kedah kini menerima satu lagi tamparan apabila First Solar Energy mengumumkan pengstrukturan semula syarikat dan akan 'melepaskan' seramai 2,000 orang pekerjanya di seluruh dunia termasuk 550 orang di KHTP. Jika dahulu, mungkin pekerja-pekerja ini tidak perlu begitu risau kerana pasti ada kilang-kilang baru atau kilang sedia ada yang menambah pelaburan dan bilangan pekerja di sekitar KHTP dan Kulim. Tetapi, di bawah pemerintahan PAS, masa depan mereka nampaknya agak gelap.   



Dengan kepimpinan negeri Kedah yang sibuk keluar masuk hospital di samping sibuk menangani politik dalaman parti, rakyat Kedah kini telah benar-benar terabai. Tidak mustahil kepimpinan Kedah langsung tidak tahu menahu tentang pengumuman pengstrukturan oleh First Solar dan tidak memahami apa kena mengenanya syarikat itu dengan rakyat negerinya. Mungkinkah 550 orang tersebut perlu berhijrah ke negeri-negeri pimpinan BN untuk mencari kerja? Walaubagaimanapun, rakyat kedah sepatutnya merasa lega kerana pilihanraya semakin hampir kerana ia juga bermakna Kedah boleh kembali 'sedar dari koma'. Itupun jika rakyat Kedah bijak membuat pilihan dalam pilihanraya. 

PTPTN Tolong Batalkan Pinjaman Siswa Yang Berdemo

Riuh rendah demonstrasi menuntut pemansuhan PTPTN telahpun reda selepas sambutan hambar yang diterima sabtu lalu pun begitu hingga saat ini masih ada beberapa kerat mahasiswa pro pembangkang yang keras kepala sedang berusaha menarik perhatian umum dengan berkhemah di Dataran Merdeka. Melihat kepada kedegilan dan sikap kurang ajar yang ditunjukkan oleh segelintir mahasiswa ini rasanya amat wajar sekali untuk pihak berkuasa khususnya pihak PTPTN sendiri mengambil langkah pro aktif yang tegas dan berkesan sebagai pengajaran berguna di masa akan datang. Langkah segera seperti membatalkan pinjaman PTPTN pelajar yang dikenalpasti sah terlibat dalm demonstrasi tersebut wajar dilaksanakan.

Nawaitu pelajar yang menyertai demonstrasi tersebut jelas menentang pembiayaan pinjaman pengajian yang dikelolakan PTPTN. Bagi mereka pinjaman tersebut membebankan dan zalim walaupun sebenarnya tiada paksaan atau undang-undang yang mewajibkan para siswa ipt memohon pinjaman PTPTN. Lagipun rata-rata pelajar yang berdemo tempohari termasuklah yang masih berkhemah di Dataran merdeka sekarang kelihatan seperti tidak memerlukannya untuk tujuan pengajian.

Lihat sahaja kepada gaya mewah mereka yang memiliki gadget berharga ribuan ringgit seperti iPhone, iPad dan Galaxy Tab tidak sukar kita jangkakan ianya dibeli menggunakan wang pinjaman PTPTN.


Di sinilah terletaknya kewajaran untuk pihak PTPTN menarik balik pinjaman yang diluluskan untuk mereka supaya ianya dapat dimanfaatkan oleh pelajar lain yang lebih memerlukannya. Tapi jika masih ada saki baki wang pinjaman di tangan mereka, tidak salah untuk PTPTN menuntutnya kembali dan di masa yang sama mengeluarkan satu pekeliling meminta mereka segerakan pembayaran semula wang pinjaman yang telah digunakan. Hutang wajib di bayar, jika gagal atau sengaja dilambatkan pembayarannya takkan pula mereka mahu membawanya hingga ke liang lahad. Soal bagaimana mereka mahu mencari pembiayaan bagi meneruskan pengajian di ipt selepas ini terpulang pada mereka sendiri untuk memikirkannya. Mereka sendiri yang menolak PTPTN jadi tentu sahaja mereka ada caranya untuk mencari galang ganti, tak begitu?

Biarkan saja mereka belajar berdikari sendiri mencari wang ringgit untuk menampung pembiayaan seterusnya atau jika bernasib baik barangkali kerajaan PKR Selangor ataupun Anwar Ibrahim sendiri begitu bermurah hati untuk menampung sara hidup dan kos pengajian mereka hingga tamat, itupun kalau tamatlah.

OtherStory

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...