Showing posts with label Anwar Pengkhianat. Show all posts
Showing posts with label Anwar Pengkhianat. Show all posts

Monday, 12 December 2011

Anwar Petualang Negara: Bukti Anwar Terima DANA Asing!!?? ..

APA agaknya reaksi penduduk Amerika Syarikat jika mendapati pusat pengundian dan parti politik tertentu keseluruhannya dipengaruhi wang pemerhati dan calon disokong China yang mempromosikan kepentingan negara itu dalam proses pemilihan Presiden?

Pasti banyak jawapan diterima. Mungkin ada orang akan dipenjarakan seumur hidup atau dihukum mati atas dakwaan mengkhianati negara. Malah perang antara kedua-dua negara juga mungkin berlaku.

Cubaan menggulingkan pemimpin negara asing atau masuk campur dalam pilihan raya adalah tindakan biasa dilakukan kerajaan Amerika menerusi Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) selama berdekad-dekad di seluruh dunia.

Malah, kebangkitan dunia Arab dilaporkan turut didalangi pelbagai rangkaian NGO yang disokong Barat.

Akhbar New York Times dalam rencana bertajuk ‘Pergerakan Amerika Membantu Memupuk Kebangkitan Arab’ jelas menyatakan beberapa kumpulan dan individu secara langsung terbabit dalam kebangkitan dan pembaharuan yang melanda rantau itu termasuk Pergerakan Belia 6 April di Mesir, Pusat Hak Asasi Manusia Bahrain dan aktivis akar umbi seperti Entsar Qadhi, pemimpin belia di Yaman, menerima latihan dan dana daripada kumpulan seperti Institut Republikan Antarabangsa, Institut Demokratik Kebangsaan dan Dewan Kebebasan, pertubuhan hak asasi manusia tidak berasaskan keuntungan beribu pejabat di Washington.

Ia juga menunjukkan kedua-dua institut itu mempunyai hubungan dengan parti Republikan dan Demokratik. Ia dicetuskan Kongres dan dibiaya menerusi Pembiayaan Kebangsaan bagi Demokrasi, yang ditubuhkan pada tahun 1983 untuk menyalurkan geran bertujuan mempromosikan de-mokrasi di negara membangun.

Ia menerima AS$100 juta (RM314 juta) setahun daripada Kongres. Dewan Kebebasan turut menerima sejumlah wang daripada kerajaan Amerika, kebanyakannya daripada Jabatan Negara.

NGO sama juga memainkan peranannya di Myanmar, menghalang pembinaan empangan mega baru un-tuk memulakan pembangunan di kawasan pedalaman negara itu dan menyediakan bekalan elektrik bagi penggunaan eksport dan domestik, serta membantu mengairi tanah pertanian.

Ada bukti NGO ini cuba mengkucar-kacirkan kerajaan Malaysia dan mengembalikan kuasa kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Di negara jiran Russia dan juga sekutunya, Belarus, NGO yang dibiayai Amerika cuba memulakan ‘Kebangkitan Belarus’ untuk menumbangkan pemimpin negara itu, Alexander Lukashenko, yang membantah keras kehadiran tentera NATO di sempadannya dan Russia.

Kini, Russia sendiri sudah membongkar plot NGO yang cuba campur tangan dalam institusi politik negara itu, dalam cubaan menggulingkan dan menggantikan pemimpinnya.

Ini bukan kali pertama Russia berdepan dengan campur tangan luar. Selepas kejatuhan Soviet Union, ada usaha di kalangan rakyat asing memulakan usaha mencipta undang-undang sendiri di sebalik kekacauan itu.

Individu yang menerajuinya ialah hartawan Mikhail Khodorkovsky yang menjadi penaung Yayasan Russia Terbuka malah memiliki pakar kewangan korporat seperti Jacob Rothschild dan Henry Kissinger mempengerusikan lembaga pengarahnya – berita harian

Saturday, 10 December 2011

Nurul Izzah Dangkal!! : Jangan semai kebencian

Mungkin Nurul Izzah kurang teliti atau sememangnya beliau tidak ada apa-apa pengetahuan tentang tentera. Jika tidak masakan beliau 'retweet' semula komen dari @eyesdotcom sedangkan beliau boleh memberikan penjelasan tentang apa yang berlaku,;

Atau mungkin juga Nurul Izzah dah mula jadi seperti Anwar Ome'gay' yang putar alam dengan komen-komen beliau, terutama dalam hal-hal keselamatan negara... kalau benda sekecik ni pun dah diputar alam; benda besar tak tahu lah macam mana....



Posted By: Pisau


Thursday, 13 May 2010

YB Khalid Samad Promosi Aktiviti Gereja???




Thanks to: Cucu Tok Selampit

Ni apa cerita ni YB? Dah tak ada modal lain ke nak "mengemis" undi di Parlimen Sibu? Bila Bloggers Pro BN panggil Khaled Gereja, puak-puak PAS marah. Tengoklah apa yang dia buat tu. Dia dok promosi seminar yang akan diadakan oleh sebuah gereja bernama "Sibu Sacred Heart Church" untuk memancing undi.

Mengikut seorang rakan yang berada di sana memberitahu, kelihatan MP Shah Alam, Khalid Abdul Samad, MP Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud, MP Seputeh Teressa Kok dan isteri calon DAP, Irene Cheng ada di situ untuk mempromosikan ceramah agama yang akan diadakan di Hotel Paramount, esok.

Irene dan Teressa Kok tak apalah, mereka Kristian. Yang dua keldai Melayu Islam pergi promosi Ceramah Agama Kristian tu kenapa? Labu ... Labu ... Mungkin Khalid akan kata, inilah kebebasan Agama cara PAS. PAS For All. Halal Haram masuk sekali. Janji undi masyukkk!

Ada Nilai 4 Juta??

Wednesday, 28 April 2010

Pembangkang Hanya Tahu Tuding Jari


Kenapa menuduh BN membeli undi? nampak sangat pembangkang tak tahu menghormati hati rakyat.. sedangkan rakyat membuang undi kerana melihat kepada masa hadapan yang lebih cerah bersama kerajaan BN..

Pembangkang juga menuduh SPR sebagai tidak telus dan berat sebelah?? Owh!! bila mereka menang di beberapa negeri dulu masa PRU12 kenapa tak nak heboh kata SPR tak betul?? sekarang bila kalah SPR tak betul pulak? Rakyat dah pandai menilai mana intan mana kaca.. Jangan nak memperbodohkan rakyat dengan politik sempit pembangkang.. yang mereka tahu hanyalah mencai kesalahan atau mereka-reka kesalahan saja.. 

Kenapa nak memperjudikan nasib rakyat semata2 nak naikkan manusia pengkhianat negara sebagai perdana menteri? cukup hebatkah pengkianat ni? sedangkan beliau adalah sabahat baik yahudi.. beliau juga sanggup menjual maruah agama bangsa dan negara... tak perlu lah nak menolak keamanan dan kesejahteraan negara demi PENGKHIANAT HYBRID YAHUDI... !!

Saturday, 10 April 2010

Anwar Sudah Bagi Signal: Beliau Agen Israel



Siapa tak kenal dengan nama Anwar Bin Ibrahim... satu malaya dah kenal... Pengkhianat negara No 1... Anwar bukanlah manusia hebat seperti sangkaan orang yang masih lagi menyokong beliau membabi buta.. anwar hanyalah seperti langau.. dimana ada tahi disitulah ada beliau..

Satu kelebihan anwar hanyalah pada kehebatan beliau menipu... dari dulu sampai sekarang beliau tidak pernah susut dengan taktik menipunya.. dulu semasa bersama Abim.. semua orang tertipu dengan lagak alim2 kucing beliau.. kononya nampak berkarisma membaca khutbah, menjadi imam.. tapi dibelakang... ekor bercabang..

Terbaru beliau menuduh dlam PDRM ada perisik Israel.. kononnya beliau dapat 'internal info'... tapi sampai sekarang satu bukti pun dia tak berani nak tunjuk seperti mana sebelum2 ini.. macam kes liwat beliau sendiri.. beliau masih lagi berdolak dalik.. nak bersumpah pun takut... mungkin beliau takut dimakan sumpah.. macam si tanggang disumpah dek ibu menjadi batu..

Tuduhan liar anwar selalunya akan memakan diri sendiri.. mungkin anwar tahu siapa perisik israel sebab beliau sememangnya dari dulu lagi sudah menjadi agen israel.. apa yahudi laknatullah tu cakap semua dia nak ikut... sahabat baik beliau sendiri yahudi.. jadi apa nak hairan.. mungkin sebenarnya anwar nak bagitau dengan kita agen yahudi yang dimaksudkan dok keluar masuk bukit aman itu adalah beliau sendiri

Bila dah terbongkar.. beliau akan cipta penipuan baru.. kononya nak memerdekan Sarawak.. tak dapat jadi PM Malaysia.. so nak merdekakan Sarawak untung2 dapat jadi PM.. Ini apa cerita? layakah anwar jadi pemimpin negara? penyokong kuat yang ada pun lari meninggalkan beliau.. inikan pula nak memerintah negara.. jangan esok semua orang lari.. anwar jadi raja pakau..

Tuesday, 6 April 2010

CIFU BABI: Anwar Sudah Terdesak Minta Perlindungan Dari Luar

Anwar Ibrahim dilihat semakin terdesak bila memohon perlindungan dan memaksa Ahli2 Parlimen Dunia untuk menekan kerajaan Malaysia menggugurkan pertuduhan liwat keatas beliau..

BANGKOK 2 Apr - Mesyuarat ke-122 Himpunan Ahli-ahli Parlimen Sedunia (IPU) di Bangkok hari ini sebulat suara mendedak kerajaan Malaysia menggugurkan pertuduhan liwat ke atas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berdasarkan kepada dua laporan perubatan yang menolak kemungkinan perbuatan tersebut berlaku.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di Bangkok, IPU berkata badan tersebut amat bimbang terhadap pertuduhan dan prosiding terhadap Anwar yang dianggap tercalar dan hampir sama dengan perbicaraan kes yang serupa pada 1998.

Mesyuarat IPU semalam yang menghimpun Ahli-ahli Parlimen dari 145 negara diseluruh dunia menyatakan bahawa Jawatankuasa Hak Asasi Ahli Parlimen akan melaporkan keputusan sebulat suara berhubung perbiacraan Anwar kepada Lembaga Pengelola IPU.

dengan fakta2 bohong anwar cuba menyogok Ahli2 Parlimen yang hadir untuk membela beliau. info yang saya dapat daripada AMK Melaka ini amat melucukan.. masakan tidak.. cuba bayangkan yang diliwat adalah Saiful Bukhari, yang memfailkan pertuduhan adalah Saiful Bukhari.. jadi celah mana pulak nak mintak kerajaan gugurkan pertuduhan... bukan kerajaan atau umno yang menuduh atau mendakwan beliau...

Nampak sangat si peliwat pengkhianat bangsa ni dah tak tentu arah, dah tak tahu yang mana satu nak dikendong.. habis semua cicir berterabur..

Yang saya difahamkan anwar dah tak boleh nak duduk diam.. tembelang dah pecah.. bermacam2 helah beliau cuba keluarkan demi menyelamatkan riwayat politik beliau... jadi mulalah beliau menyalak bak anjing kelaparan yang tengah tersepit menuduh kerajaan mempunyai hubungan dengan israel... tapi lupa beliau sendiri merupakan agen israel di malaysia dalam merosakan bukan sahaja ekonomi malahan sosio politik negara.

PKR Retorik



inilah rupa wakil2 rakyat pembangkang.. bila time perhimpunan haram merekalah jaguh kampung yang dok menyalak macam anjing

hakikat tempat sendiri bermacam2 masalah timbul tapi satu pun tak diselesaikan yang mereka dok heboh nak mencari salah kerajaan walaupun apa yang kerajaan tu betul...

dah memang sikap pembangkang macam tu.. ape nak buat lagi... kerja dia dah memang membangkang

rakyat kalau masih nak memangkah pembangkang lagi di Hulu Selangor tak tahu lah... dah terang lagi bersuluh.. pembangkang bukan nak membela rakyat.. mereka ni cuma nak cari habuan.. menghabiskan duit rakyat... elaun wakil rakyat ambik tapi kerja tak nak buat... elaun tu duit siapa kalau bukan duit rakyat..

Tuesday, 23 March 2010

Hadi Semakin Sesat!!!


Terdengar kisah Ulama' tersohor PAS siapa lagi kalau bukan Presiden PAS Haji Hadi Awang yang semakin hari semakin hilang kewarasan dan pertimbangan akal beliau.. Bukan niat untuk menghina beliau tetapi kenyataan beliau akhir-akhir ini membangkitkan seribu satu pertanyaan akan hakikat sebenar kenyataan yang dibuat..

Beliau kononya ini menjadi superhero dengan mempersembahkan kepakaran beliau untuk meminda Rukunegara yakni perkara yang pertama seperti yang disiarkan oleh Malaysiakini...

"Apa yang penting ialah penjelasan, dialog di antara pemimpin-pemimpin agama, bukan diserahkan kepada mereka yang bebal dan menggunakan hukum akal, tidak menggunakan nas. Malangnya perkara ini dibawa ke mahkamah, berlakunya pembakaran gereja, berlaku pembakaran masjid, berlaku perkara negatif. (Ini) menunjukkan kita tidak menangani perkara ini dengan baik. Mereka guna perkataan Allah, dan sepatutnya peluang ini digunakan untuk masuk ke gelanggang mereka untuk menjelaskan. Saya minta supaya kerajaan meminda Rukunegara yang pertama, kepada kepercayaan kepada Allah. Tanpa memaksa mereka menerima agama kita, kita berhujah sekiranya berlaku kekeliruan."

Mungkin sahabat Ulama' Terompah ini sudah lupa akan hakikat prinsip pertama Rukunegara yang pertama.. Mungkin beliau sudah lupa akan sejarah tercetusnya dan asbab mengapa prinsip ini diolah sedemikian... mungkin kerana beliau sudah nyanyuk atau mungkin juga telah lama meninggalkan alam persekolahan... atau juga ketika disekolah dulu beliau seringkali ponteng kelas...

Mana mungkin dapat ditukarkan perkataan Tuhan itu kepada Allah sedangkan Malaysia terdiri dari pelbagai anutan agama, Hindu dengan kepercayaannya, Buddha dengan kepercayaannya, apakah agama hindu dan buddha menggunapakai Allah sebagai rujukan kepada Tuhan Mereka? bagaimana pula dengan kepercayaan nenek moyang orang-orang asli ... 

Mungkin Pas sedang merancang untuk melaksanakan pendekatan paksaan terhadap agama lain?? Mengapa tidak, Pas yang saat ini sedang asyik berkiblatkan DAP.. yang secara terang-terangan menolak islam... mungkin juga selepas dari ini.. Pas akan wajibkan di tokong-tokong budha yang berselerakan di Kelantan dan Kedah perlu menukar Guatama Buddha dengan perkataan Allah..Nau'zubillahi min zalik..

Prinsip pertama Rukunegara berkehendakan kita untuk mempunyai kepercayaan kepada Tuhan yakni setiap dari kita hendaklah beragama, mengamalkan agama yang kita anuti, Islam sebagai agama rasmi dan agama lain boleh diamalkan dalam keadaan aman dan tenteram... 

Jika ini ulama' pilihan ahli-ahli Pas jadi tak hairanlah syurga dan neraka menjadi permainan mereka.. dosa dan pahala atas kudrat mereka untuk menilai.... pernah saya terbaca satu posting yang ditulis oleh seorang ahli PAS

Miezan Al Kahadi:... Syurga dan Neraka bukan Allah tetapkan, ia bergantung kepada amalan kita... Kalau Allah tetapkan apa guna kita sembahyang kalau Allah tetapkan kita ke neraka...

Inilah rupanya yang diajar oleh Mur'shit'dul Am mereka dan ulama'-ulama' mereka tentang solat... jadi selama ini mereka bersolat yakni sujud kepada Allah semata2 takut dilemparkan kedalam api neraka... bukankah solat itu membuktikan ketaatan kita pada Allah bukan semata-mata kerana syurga dan neraka? inilah golongan seperti firman Allah,

"... Wailullil Musollin" : Mafhumnya... Neraka Wail bagi mereka yang bersembahyang

Mengapa pula?? kerana mereka bersembahyang bukan kerana takutkan Allah tetapi takutkan api neraka Allah... mereka tidak beriman kepada Allah... nescaya jika tiada syurga dan neraka tidaklah mereka akan sujud kepada Allah... sedangkan Rasulullah SAW yang maksum itu sendiri walaupun sememangnya dipelihara oleh Allah dari dosa tetap sujud kerana diperintahkan Allah untuk sujud.... bukan keraja takut akan dia terhadap api neraka.. Inilah islam PAS... islam tanpa takwa... islam tanpa ilmu... islam sekadar buih dilautan yang hanyut bila dipukul ombak... kononnya mereka ini terlalu islamik hingga mudah menjatuhkan KAFIR kepada saudara seislam yang lain...

"kita berhujah sekiranya berlaku kekeliruan."

Hadi berkata kononya mereka nak turun padang memberikan penjelasan.. kononnya mereka ingin menjadi pemudahcara dalam perlaksanaan... sedangkan isu-isu lain mereka tidak pernah untuk mempertahankan islam seperti mana dipertahankan oleh UMNO... apa yang dibuat hanyalah berdiam diri... inikan pula mereka hendak memberikan penjelasan... Islam dipermainkan didepan mata... PAS tetap berdiam diri... ayat-ayat Allah diperdagangkan oleh KAFIR Laknatullah di pentas awam... PAS Masih berdiam diri... 

So Korang Fikirlah Sendiri

Wednesday, 16 December 2009

Permohonan Anwar Salah: Anwar Mempergunakan Mahkamah


Anwar Ibrahim sememangnya amat licik dengan strategi politik bagi melepaskan diri beliau dari tuduhan2 di mahkamah, terbaru beliau cuba menggunakan mahkamah bagi melepaskan diri dari tuduhan meliwat.. Fikirkanlah tuan-tuan, sekiranya anwar memerintah negara pastinya pelbagai helah akan digunakan bagi memastikan beliau kekal berkuasa dan meraih keuntungan bagi kroni2 beliau.. beliaulah pemimpin yang amat terkenal dengan mengamalkan kronisme dan nepotisme... akan tetapi masih lagi menyalak kononnya beliau amat bersih dan kerajaan pimpinan UMNO pada hari ini korup dan sebagainya sedangkan kudis yang tertinggal inilah hasil daripada penyakit yang dibawa oleh manusia yang bernama Anwar Ibrahim... Al-Liwati...
KUALA LUMPUR 15 Dis. – Permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membatalkan kenyataan bertulis pendakwa raya bahawa tidak ada fakta memihak kepada pembelaan kes liwatnya, adalah satu tindakan penyalahgunaan proses mahkamah.
Peguam Kanan Persekutuan, Datin Azizah Nawawi berhujah, ini kerana isu yang ditimbulkan oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu perlu dibangkit dan diputuskan oleh mahkamah jenayah yang mendengar kes liwat tersebut dan bukannya mahkamah sivil.
Katanya, mahkamah sivil tidak mempunyai bidang kuasa untuk membuat semakan bagi prosiding mahkamah jenayah dan ia juga tidak seharusnya masuk campur dalam perkara-perkara mahkamah jenayah.
''Sebarang isu berkaitan kenyataan bertulis itu boleh ditimbulkan semasa prosiding perbicaraan jenayah. Jadi permohonan ini adalah jelas merupakan penyalahgunaan bidang kuasa mahkamah sivil,'' katanya.
Azizah berkata demikian semasa mewakili Peguam Negara dalam hujahan bertulisnya bagi membantah permohonan Anwar mendapatkan kebenaran membatalkan kenyataan bertulis pendakwa raya yang mendakwa tidak terdapat fakta-fakta memihak kepada pembelaan dalam kes liwat yang dihadapinya.
Permohonan tersebut didengar oleh Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas), Datuk Aziah Ali di kamar beliau di sini hari ini.
Peguam Negara memohon permohonan Anwar ditolak dengan alasan kenyataan bertulis yang dikeluarkan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Hanafiah Zakaria bukan suatu keputusan yang boleh disemak di bawah Aturan 53 Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi (RHC) 1980.
Selain itu, kenyataan yang dikeluarkan di bawah Seksyen 51A Kanun Tatacara Jenayah (CPC) bagi tujuan kes liwat itu adalah di bawah bidang kuasa mahkamah jenayah yang tidak seharusnya menerima campur tangan mahkamah sivil.
Anwar pada 3 Ogos lalu memfailkan permohonan untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman dengan menamakan Mohamad Hanafiah responden pertama, pendakwa raya responden kedua dan Kerajaan Malaysia responden ketiga.
Beliau memohon perintah perisytiharan bahawa kenyataan bertulis itu yang ditandatangani oleh responden pertama dan diserahkan kepadanya pada 24 Jun lalu, tidak menepati Seksyen 51A(1)(c) CPC, batal dan tidak sah.
Anwar juga memohon perintah mandamus (memaksa pihak berkuasa mematuhi perintah mahkamah) terhadap responden kedua untuk membekalkan fakta-fakta yang memihak kepada pembelaan dalam satu kenyataan bertulis menepati Seksyen 51A(1)(c) kanun berkenaan.
Anwar, 62, didakwa meliwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 24, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di sini di antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun tahun lalu.
Kes itu dijadual dibicarakan di hadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah selama sebulan mulai 25 Januari ini.
Dalam hujahannya, Azizah menyatakan, responden pertama tidak membuat sebarang keputusan pentadbiran ketika mengeluarkan kenyataan itu tetapi hanya menyatakan pendapat bahawa tiada fakta yang memihak kepada pemohon.
Menurutnya lagi, pendapat responden pertama juga bukanlah sesuatu yang konklusif kerana mahkamah jenayah yang mendengar perbicaraan kes itu merupakan pihak yang akan menentukan sama ada fakta-fakta berpihak kepada pembelaan atau sebaliknya mahupun yang relevan kepada perbicaraan.
Sementara itu, peguam Edmund Bon menghujahkan bahawa hak perlembagaan Anwar untuk mendapatkan perbicaraan yang adil telah dicabuli ketika responden pertama dan kedua mengeluarkan kenyataan bertulis itu.
Sedangkan, menurut beliau, di bawah Seksyen 51A(1)(c) CPC, pendakwa raya dikehendaki membekalkan kepada pemohon kenyataan bertulis berhubung fakta-fakta yang memihak kepada pembelaan.
''Walaupun mereka menyatakan 'tiada', ia mungkin bermakna tidak ada fakta-fakta memihak atau mungkin terdapat fakta-fakta yang memihak tetapi tidak diberikan berdasarkan peruntukan imuniti kepentingan awam di bawah Seksyen 51A(2) CPC.
''Dalam apa jua keadaan itu sekali pun, ia boleh dibuat semakan kehakiman,'' ujar beliau.
Antara fakta yang didakwa memihak kepada pembelaan, katanya, ialah laporan Dr. Osman Abdul Hamid dari Hospital Pusrawi bertarikh 28 Jun 2008 dan laporan Dr. Khairul Nizam Hassan, Mohd. Razali Ibrahim serta Dr. Siew Sheue Feng dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) bertarikh 13 Julai 2008.
Ketika ditemui pemberita selepas selesai prosiding, Azizah memberitahu, Hakim Aziah akan mengumumkan keputusannya pada 5 Januari ini.

Sunday, 6 December 2009

Anwar Munafik: Sesumpah Lidah Bercabang...




Tak cukup dengan amarah anwar pada PM Malaysia, PM Australia pun dia nak marah jugak semata2 sebab tak nak jumpa beliau semalasa lawatan ke malaysia... besar sangatkah anwar yang dilantik sebagai Diplomat jemputan CFR Amerika Syarikat?

inilah sifat Anwar yang akan menempelak sesiapa saja yang tidak mahu bersekutu dengannya.. segalanya akan menjadi buruk pada pandangan matanya... dia seorang sajalah yang betul. itu pun masih ramai yang buta mata hati mereka menyembah beliau mengkhinzir buta...

Anwar hari ini dikhabarkan susah hati dan tak senang duduk dengan kes liwatnya.. beliau sekali lagi cuba mendapatkan sokongan luar untuk mengganggu proses kehakiman terhadap beliau... kononnya kes beliau adalah bermotifkan politik untuk menjatuhkan orang "beriman" seperti beliau...

Pastinya anwar perlukan sokongan Australia kerana bagi beliau Australia merupakan mata dan telinga Amerika Syarikat di benua Asia dan anwar ketika ini sedang giat melobi Amerika syarikat untuk mengecam sistem kehakiman negara..

saya lebih suka melabelkan anwar sebagai munafik daripada melabelkan beliau sebagai hipokrit kerana anwar sentiasa bermuka dalam semua isu.. khususnya yang melibatkan islam.. jika sewaktu membantu kempen pilihanraya PAS, Anwar memaparkan dirinya sebagai seorang konservatif Islam namun pada masa yang sama anwar juga memperjuangkan kesamarataaan agama antara islam dan kristian... anwar juga memperjuangkan kebebasan beragama serta menghalalkan murtad....

inilah rupanya sesumpah ... lu fikirlah sendiri..

Tuesday, 10 November 2009

Hadi Awang Perasuah???

pembangkang seringkali menghentam umno kononnya korupsi, Anwar Ibrahim selama ini sejak menubuhkan PKR kononnya nak melawan rasuah.. menolak segala bentuk rasuah dan sebagainya walaupun satu ketika dulu beliaulah yang banyak mengamalkan rasuah semasa bertanding jawatan2 tertinggi dalam UMNO.. aku masih ingat lagi sewaktu beliau bertanding jawatan timbalan presiden ... macam mana gaffar baba tersungkur akibat angkara anwar?? berapa juta dibelanjakan demi untuk mencapai cita2 menjadi pemimpin no 2 negara?? 

tapi ni lain pulak cerita tentang sorang tok guru nih... Hadi Awang... masih korang ingat semasa beliau menjawat jawatan menteri besar terangganu yang membolehkan beliau mendapat gelaran datuk seri... ?? bagaimana dengan kes beliau melakukan perkara pecah amanah... yang nilainya jutaan ringgit...?? dah lah jutaan ringgit dianugerahkan pulak kepada syarikat yang tidak wujud.. kenapa didamkan... bukan sikit tuan2... banyak tu... kalau seringgit dua pun dah dikira rasuah inikan pulak jutaan ringgit... 

Takkan kes sebegini besar nak ditutup... orang pas mungkin boleh lupa.. sebab tu tok guru mereka... abih ayat pun dia kata... manusia mana tak melakukan kesalahan... tapi ini kes berat bro... bukan kes sikit2... jangan kerana orang tua tu presiden pas ... sprm tak boleh nak ambik tindakan.. kenapa kalau orang umno, perkara yang belum tentu sahih lagi pun SPRM cepat je nak tangkap lah itu lah ini lah.... 

macam anwar ibrahim.... tak terfikirkah kita dari mana sumber kewangan beliau hingga mencecah ratusan juta ringgit... takkan sebab menang saman je kot... tak mungkin beliau nak guna duit peribadi untuk agenda partii... mustahil bro... so fikir2kanlah... 



Wednesday, 28 October 2009

AnwarAlJuboory: Hebat Sangatkah Pas??

Aku tertanya2 hebat sangatkah parti yang bernama pas nih?? dalam kenyataan akhbar Hadi Awang berkata pas menutup pintu rundingan dengan UMNO kononya kerajaan perpaduan yang beliau war-warkan dan usulkan dulu adalah ketika era Tun Abdullah...

Apakah UMNO terkilan dengan kenyataan Hadi? mungkin tidak... buat apa nak di layan makhluk yang angkuh dan sombong lagi hina dina ini.. sedangkan UMNO tetap teguh berdiri tanpa sokongan PAS selama ini.. 
Pas mungkin sudah lupa.. usul itu datang dari mereka sendiri.. pas juga mungkin sudah lupa mereka sendiri pernah bernaung dibawah panji2 Kerajaan Islam UMNO dan Barisan Nasional.. 

Dan apa pula nak dihairankan jika mereka tidak mahu berunding langsung dengan menutup pintu perpaduan.. bukankah pas kini dudah menjadi parti militan yang hanya tahu untuk berperang dan melakukan keganasan apabila tuntuan mereka enggan dipenuhi.. 

Inilah hasil pakatan Pas bersama PKR pimpinan Anwar Al Juboory nih... Samseng jalanan dah menjadi tradisi hidup mereka kini... 

Apa pun aku tetap ucapkan tahniah pada Datuk Seri Najib kerana berani menyahut cadangan pas sebelum ini untuk menbawa perpaduan diantara UMNO dan PAS.. sekurang2nya UMNO telah menyambut sesuatu kebaikan dak tidak lagi daripada kewajipan untuk menyatukan umat islam dan orang2 melayu di bumi Malaysia yang tercinta ini... 

Tidak seperti pas yang terlalu takut dengan tekanan LKS, LGE, Karpal dan Anwar.. tak perlu ambil contoh Nik Aziz atau Hadi ... jika sekadar Nizar sebagai ukuran ternyata Pas langsung tidak membawa sebarang kebaikan kepada umat islam dan orang melayu... semasa pemerintahan nizarlah orang melayu hilang pelbagai kepentingan... hinggakan bukan melayu mendabik dada dan melihat orang2 melayu seperti najis di jalanan... 
Dek kerana tekanan dari DAP dan PKR nizar sanggup menafikan ketuanan melayu dan perjuangan menegakan negara islam seperti mana terkandung dalam perjuangan PAS... 

Tuesday, 27 October 2009

Nizar OII!! EGM PAS : Motif Dendam???

Mungkin EGM Pas dah dibatalkan dan digantikan dengan satu mesyuarat khas ... tapi kenapa pulak tiba2 nak diadakan EGM sedangkan puas di beritakan kepada rakyat jelata bahawa PAS tidak ada keretakan mahupun perpecahan??

Siapa pula yang menjadi dalang dalam permainan ini?? adakah Anwar Ibrahim? atau Husam Musa yang tidak berpuas hati dengan kekalahan beliau kepada Nasharudin Mat Isa? atau pun Anuar Bakhri dan Khalid Samad???

Persoalan lagi kenapa pula Khalid Samad terlalu berdendam dengan Dr Hassan Ali... Adakah kerana Dr Hassan Ali telah mengambil tempat beliau sebagai Pesuruhjaya Pas Selangor??
Ada jugak orang mengkhabarkan kepada saya bahawa Husam sedang dilanda krisis akibat daripada kejadian menumbuk seorang tetamu semasa majlis hari raya Pas di Taman Melewar??? Dengar khabar juga kes ini dah dibawa ke dalam mesyuarat jawatankuasa Pas Pusat...
Walaupun Mahfuz Omar cuba menafikan berita tumbuk menumbuk ini dalam Sinar Harian 20.okt.09 yang lalu. Mahfuz cuba yang tidak pernah serik sekali lagi membohongi orang ramai. Beliau tahu cerita sebenar, kerana beliau telah bercakap dengan mangsa yang ditumbuk. Inilah dia sikap sebenar pemipin PAS yang menjual nama Islam tetapi mereka sendiri tidak mengamalkan cara hidup islam melainkan lakonon semata2.

Jadi macam mana pulak nasib Hadi Awang yang masih dalam dilema??? sama2 kita tunggu dan lihat

Nizar OII!! EGM PAS : Penghasut Liberalisme Berjaya Menghasut Pemegang Kunci Sorga!

Dalam politik, ahlinya hendaklah kebal dan tebal. kebal hati dan jiwa walau apapun yang melanda. tebal muka adalah perkara biasa. dia harus berani menerima 'sakatan' musuh dan rakan. tak tahan dek sakat, dia boleh melompat-lompat.dalam kajian ahlul sosiologi,umum mengetahui orang melayu yang usianya tua punyai tabiat melatah. bila dicuit di pinggang atau di sergah,mulalah dia melatah..

adakala melatah pak tua ni lebih menjurus kepada skala mencarut.. dan seakan menjadi suatu budaya atau trend sekarang,orang muda pula yang kuat melatah.. aksi ni aku kata buat-buat, saja nak cari glamer .nik ajis sedang menelusuri aksi yang sama. dia kena sakat,dia melatah dan dia melompat-lompat.kasihan sungguh aku melihat si tua pemegang kunci sorga ini. katastrophi sedang melanda partai pas, bukan kerana mereka sedang menjunam kalah di pilihanraya sebaliknya sedang mengalami ribut politik sepertimana yang pernah umno alami.apa ributnya pak ? ributnya berlingkar disekitaran wadah rebut kuasa,pangkat dan harta.sebenarnya nik ajis nak berterus-terang, agar hj hadi,mustafa ali,hasan ali dan nasarudin dicampak keluar dari partai pas.

nik ajis sanggup melangar hukum dan adat pertandingan, sanggup menjadi juara diktator walaupun seterunya itu menang dalam pertandingan yang adil.ini semua gara-gara penghasut,tukang hasut dan bapak penghasut.ribut-ributan dalam pas pernah berlaku dalam sejarah umat.siapa kah watak 'judas' dan 'utimutraraja' yang semakin galak menghayun pedang untuk menyembelih presiden mereka sendiri ?adakah nik ajis bertindak sendirian atau ada si judas dan utimutraraja yang sedang melayan kipas memanaskan bontot nik ajis agar beliau melompat-lompat kepanasan ?

maka arakiannya, kita harus mengkaji apa punca dan mana berpuncanya. aku tegaskan di sini bahawa karektor-karektor ini lah yang sebenarya sedang menjahanamkan partai pas dengan cara menghasut si pemegang konci sorga.prof aziz bari adalah seorang profesor UIA, banyak menulis dalam hal ehwal ligitasi. sayang prof kangkung ini lebih condong penulisannya ke arah kumpulan liberal islam. siapa bos aziz bari ? tiada lain mamat kangkung dari melaka bernama khalid jaafar, mastermind institut kajian dasar (IKD).. apa fungsi IKD ? tiada lain menjuarai lidah liberalisme dan jaguh bicara soal demokrasi dan hak asasi.

khalid jaafar pernah meggelarkan nabi muhammad saw sebagai D.O (pegawai daerah) sahaja sewaktu diskusinya dengan wartawan pelacur demokrasi dari malaysiakini.aziz bari terhutang budi tetapi belum sampai tergadai bodi. dia banyak terhutang budi dengan IKD, kerna banyak cetakan buku kangkungnya ditanggung kosnya oleh kalid jaafar. aziz bari sama akhlaknya dengan ibrahim sufian (merdeka centre), satu lagi watak ciptaan anwar attaturki yang bertugas untuk mengipas-ngipas dasar anwar dan perjuangan liberalisme IKD.aziz bari penggemar anwar attaturki. sewaktu kes tumbangnya perak ke tangan barisan nasional, aziz bari merungkai persepsi dan fitnahi. ini kerajaan haram,tiada demokratik..

aziz bari cuba menutup kesalahan anwar attaturk dalam mainan politik 16 september.anwar attaturk telah mendahului tuhan dalam persoalan apa yang bakal terjadi di masa hadapan.perak tumbang dan itu balasan tuhan pada anwar attaturk. tuhan itu berkias dan menempelak anwar dan aziz bari sendiri, agar jangan bermain dengan isu 16 september..tuhan mengingatkan mereka supaya jangan meliwat semangat demokrasi dengan mainan kata 'we have the numbers'..sekali terkena berguling-guling di atas jalanraya.hari ini,seperti biasa dia menjalankan operasi dalam rancangan yang teliti, menjolok hj hadi supaya terkeluar daripada saf parti pas.husam musa ada masalah. dia sedang menanggung malu di atas kekalahannya tempoh hari ditangan nasarudin. perseteruan ini belum berkesudahan, apabila nasarudin mengambil langkah berani untuk menyaman kickdefella, bloger upahan husam yang banyak memfitnah nasa sewaktu kempen muktamar pas tempoh hari. nik ajis pernah menggelarkan nasarudin sebagai sampah.

nik ajis termakan hasutan husam dan anual bakri, set pol nik ajis yang kerinting rambutnya. ini 2 watak utimutraraja, sang penghasut yang bisa membinasakan partai mereka demi mengekalkan kuasa.berani aku katakan bahawa semangat kenegerian sedang melanda pas.siapa utimutraraja ? dialah sang puaka bangsa, sama tarafnya dengan raja mendeliar,si kitul dan nina chatu si keling yang telah meranapkan kerajaan melaka. dek kerana mereka berempat inilah portugis bisa menguasai melaka..hari ini watak penghasut sejarah lama telah melanda partai pas. yang bisa ketawa diluar melihatkan sengketa partai pas tiada lain anwar attaturk. dia penjahanam bangsa dan perosak agama. anwar umpama bayangan dajal, air dikata api dan api dikata air. yang lemah longlai jiwanya pasti terpengaruh dengan janji sang halunisasi anwar attaturki.anwar pernah menghancurkan ABIM,pernah menghancurkan umno dan sedang melakukan kerosakan yang sama kepada pas.

ramai dikalangan pimpinan pas terpikat dengan dasar liberalisme anwar attaturki.nizar bintang 3,kalid gereja samad,mujahid yusof rawa,mahfuz omar,salahudin ayob,dr zulkifli ahmad,dr lo'lo dll merupakan petualang sebenar dalam pas.mereka sanggup menggadaikan maruah perjuangan pas demi pangkat dan harta.sama perangainya dengan judas iscariot.siapa judas iscariot ? dia ialah bendahara sewaktu zaman jesus (nabi isa a.s) . judas antara 12 sahabat terkenal nabi isa a.s.. 12 sahabat yang digelar hawariyun. judas sanggup melacurkan maruah diri demi 30 keping perak yang ditawarkan oleh imam-imam yahudi jika judas memberitahu dimana tempat persembunyian nabi isa a.s. tapi tuhan maha berkuasa,judas telah ditukarkan rupanya seiras nabi isa a.s.dan kerana itulah judas telah disalib.

kerana kesundalan itulah judas digelar iscariot yang bermaksud si pengkhianat.anwar tahu azmin tiada mampu mendepani politik sewaktu sepeninggalannya ke sungai buloh nanti.azmin tiada semangat jantanan politik,saifudin nasution adalah pelacur politik yang kepalanya bisa ke sana kemari umpama lalang ditiup angin.tatkala anwar ke sungai buloh, harapan barunya terletak penuh di atas pundak barua-barua beliau dalam pas. samada mengkhianat hj hadi itu bukan persoalan,yang penting legasi dan pengaruh anwar attaturk perlu diteruskan. anwar attaturk pernah digelar pengkhianat oleh muhyidin yasin. seharusnya ahli pas memahami maksud tersirat muhyidin, antara utimutraraja,judas dan anwar ,,siapa diantara mereka yang patut 'dipancung' terlebih dahulu !

OtherStory

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...