Saturday 5 May 2012

Nik Aziz Rancang Pemberontakan Ala-Mesir??


Tun Dr Mahathir Mohamad menuduh musuh ketatnya Datuk Seri Anwar Ibrahim bekerjasama dengan Datuk Nik Aziz Nik Mat untuk menjatuhkan kerajaan melalui demonstrasi ganas seperti “Bersih.”
Perdana menteri paling lama berkhidmat di negara ini berkata, Malaysia bakal musnah jika dakwaan beliau itu benar dan rakyat bakal menyaksikan “kemusnahan kepada kestabilan ekonomi dan keamanan dalam negara tercinta ini.” 
Kenyataan Dr Mahathir (gambar) itu dibuat di laman blog semalam selari dengan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mendakwa Bersih 3.0 bukanlah perhimpunan menuntut pilihan raya yang adil, sebaliknya cubaan untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada. 
Namun, Dr Mahathir, yang telah berulangkali mengingatkan rakyat bahawa kuasa luar telah merancang untuk menukar rejim kerajaan di Malaysia, melangkau lebih jauh apabila membuat dakwaan terdapatnya kesatuan antara Anwar dan Menteri Besar Kelantan itu. 
“Kemungkinan itu ada. “Kebanyakan rakyat Malaysia menjangkakan apa yang berlaku di luar negara tidak akan berlaku di sini.” 
“Namun, demonstrasi Bersih 3 menunjukkan ia bakal berlaku di negara ini.” 
Beliau menuduh Nik Aziz, dilihat yang anti kerajaan di negara Arab telah berjaya menjatuhkan kerajaan, telah mengisytiharkan demonstrasi menjatuhkan kerajaan sebagai “halal.” 
“Jelas, PAS sudah pun terikut-ikut budaya demonstrasi ganas Bersih sebagai langkah menjatuhkan kerajaan jika mereka tewas dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang.
“Negara kemudiannya akan kerap berlaku demonstrasi ganas. Ini akan memberikan kesan kepada pertumbuhan ekonomi,” katanya. 
Dr Mahathir juga menyatakan Anwar sudah lali dengan menganjurkan “setiap perhimpunan demonstrasi” di Malaysia, menyanggah kenyataan Anwar yang menafikan Bersih 3.0 bermotifkan politik. 
“Sekarang dia (Anwar) bergabung dengan Nik Aziz. Mereka berdua akan memperolehi banyak manfaat jika menjatuhkan kuasa tanpa melibatkan Perlembagaan,” katanya.
Dr Mahathir turut menjangkakan rancangan menjatuhkan kuasa ini, media antarabangsa akan memainkan peranan bekerjasama untuk “mengaburi mata” penentangan terhadap kerajaan sedia ada. 
Sokongan asing juga dan badan bukan kerajaan, tambahnya, akan memburukkan keadaan, seperti mana berlaku di dunia Arab. 
“Agenda mereka mungkin berbeza namun mereka akan melihat peluang untuk mengubah kerajaan, untuk meletakkan calon pilihan mereka sebagai perdana menteri,” tulis Dr Mahathir.

Baca Lagi... gELomBang RakYaat

DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

A.B.A.I : Asalkan Bukan Anwar Ibrahim

No comments:

Post a Comment

OtherStory

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...