Thursday, 15 December 2011

Dokumen Negara Islam Ala PAS: Bukti Sandiwara 2003

Dokumen Negara Kebajikan ala PAS sememangnya sarat dengan janji-janji manis... bukan setakat janji manis yang penuh dengna racun tapi memiliki cita-cita yang amat besar, hingga tak terjangkau akal... Ingin menakluki Putrajaya... Ibarat Mat Jenin yang asyik bermimpi kerja tak jalan... 

Jika dulu semasa pemerintahan Pak Lah, PAS mewar-warkan dan mengeluarkan dokumen negara islam pada tahun 2003... semata-mara untuk menentang konsep Islam Hadhari yang dibawa oleh Pak Lah... 

Anggota Parlimen Bebas Kulim-Bandar Baharu Datuk Zulkifli Noordin, beliau meminta rakyat menolak Dokumen Negara Kebajikan PAS yang sarat dengan janji manis dan modal terbaru parti itu untuk menawan Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang.

"Namun kini, dokumen pada 2003 itu ditolak oleh PAS sendiri dan menggantikannya dengan dokumen yang baru dilancar oleh presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang 11 Dis lepas.

"Mereka sendiri yang menolak, membuang dan mentongsampahkan Dokumen Negara Islam dan perjuangan negara Islam dengan alasan negara Islam tidak disebut di dalam Al-Quran," katanya dalam entri terbaru blognya pada Rabu.

Zulkifli berkata rekayasa kitab baru yang dilabel sebagai Dokumen Negara Kebajikan itu hanyalah untuk mengatasi konsep Islam yang sederhana atau wasatiyyah yang menjadi teras Gagasan 1Malaysia "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan".
Pembangkang khususnya PAS mungkin dah panas punggung bila kepimpinan DS Najib membawa pendekatan Wasatiyyah... Mungkin kerana itu juga mereka sanggup membuang 'Dokumen Negara Islam' dan mengandaikan Dokumen Negara Kebajikan ala PAS ini setara dengan Dokumen Negara Islam? Jika Dokumen Negara Islam yang pada satu ketika dulu sewaktu dibentangkan oleh PAS dan di bahas pada Muktamar2 PAS yang kononnya inilah konsep Negara Islam Contoh.. boleh dibuang begitu sahaja.. tidak mustahil selepas ini Dokumen Negara Kebajikan akan di Tong Sampahkan oleh PAS... 
Lihat Juga: Pilihan Anda


Monday, 12 December 2011

Anwar Petualang Negara: Bukti Anwar Terima DANA Asing!!?? ..

APA agaknya reaksi penduduk Amerika Syarikat jika mendapati pusat pengundian dan parti politik tertentu keseluruhannya dipengaruhi wang pemerhati dan calon disokong China yang mempromosikan kepentingan negara itu dalam proses pemilihan Presiden?

Pasti banyak jawapan diterima. Mungkin ada orang akan dipenjarakan seumur hidup atau dihukum mati atas dakwaan mengkhianati negara. Malah perang antara kedua-dua negara juga mungkin berlaku.

Cubaan menggulingkan pemimpin negara asing atau masuk campur dalam pilihan raya adalah tindakan biasa dilakukan kerajaan Amerika menerusi Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) selama berdekad-dekad di seluruh dunia.

Malah, kebangkitan dunia Arab dilaporkan turut didalangi pelbagai rangkaian NGO yang disokong Barat.

Akhbar New York Times dalam rencana bertajuk ‘Pergerakan Amerika Membantu Memupuk Kebangkitan Arab’ jelas menyatakan beberapa kumpulan dan individu secara langsung terbabit dalam kebangkitan dan pembaharuan yang melanda rantau itu termasuk Pergerakan Belia 6 April di Mesir, Pusat Hak Asasi Manusia Bahrain dan aktivis akar umbi seperti Entsar Qadhi, pemimpin belia di Yaman, menerima latihan dan dana daripada kumpulan seperti Institut Republikan Antarabangsa, Institut Demokratik Kebangsaan dan Dewan Kebebasan, pertubuhan hak asasi manusia tidak berasaskan keuntungan beribu pejabat di Washington.

Ia juga menunjukkan kedua-dua institut itu mempunyai hubungan dengan parti Republikan dan Demokratik. Ia dicetuskan Kongres dan dibiaya menerusi Pembiayaan Kebangsaan bagi Demokrasi, yang ditubuhkan pada tahun 1983 untuk menyalurkan geran bertujuan mempromosikan de-mokrasi di negara membangun.

Ia menerima AS$100 juta (RM314 juta) setahun daripada Kongres. Dewan Kebebasan turut menerima sejumlah wang daripada kerajaan Amerika, kebanyakannya daripada Jabatan Negara.

NGO sama juga memainkan peranannya di Myanmar, menghalang pembinaan empangan mega baru un-tuk memulakan pembangunan di kawasan pedalaman negara itu dan menyediakan bekalan elektrik bagi penggunaan eksport dan domestik, serta membantu mengairi tanah pertanian.

Ada bukti NGO ini cuba mengkucar-kacirkan kerajaan Malaysia dan mengembalikan kuasa kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Di negara jiran Russia dan juga sekutunya, Belarus, NGO yang dibiayai Amerika cuba memulakan ‘Kebangkitan Belarus’ untuk menumbangkan pemimpin negara itu, Alexander Lukashenko, yang membantah keras kehadiran tentera NATO di sempadannya dan Russia.

Kini, Russia sendiri sudah membongkar plot NGO yang cuba campur tangan dalam institusi politik negara itu, dalam cubaan menggulingkan dan menggantikan pemimpinnya.

Ini bukan kali pertama Russia berdepan dengan campur tangan luar. Selepas kejatuhan Soviet Union, ada usaha di kalangan rakyat asing memulakan usaha mencipta undang-undang sendiri di sebalik kekacauan itu.

Individu yang menerajuinya ialah hartawan Mikhail Khodorkovsky yang menjadi penaung Yayasan Russia Terbuka malah memiliki pakar kewangan korporat seperti Jacob Rothschild dan Henry Kissinger mempengerusikan lembaga pengarahnya – berita harian

Sunday, 11 December 2011

China Doll" kongsi bilik hotel dengan ULAR ditahan!!



COLOGNE, Jerman 11 Dis. – Seramai tiga orang yang berkongsi bilik hotel di Cologne bersama-sama 100 ekor ular, hampir 70 ekor kura-kura dan 20 ekor katak warna terang telah ditahan polis tempatan semalam.
Seorang pekerja hotel menelefon polis dan melaporkan tiga orang dari China yang menginap di hotel tersebut berada dalam keadaan meragukan.
Polis kemudian memeriksa beg-beg mereka dan menemui haiwan reptilia itu di dalamnya, Jurucakap polis berkata, haiwan-haiwan tersebut belum diasingkan mengikut spesiesnya lagi membuatkan mereka masih tidak dapat mengenal pasti sama ada ia merupakan haiwan yang hampir pupus, beracun atau kedua-duanya sekali.
Mereka bertiga kemudian dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak $1,300 (RM4,000). - dpa


Rasanya lebih baik berkongsi bilik dengan ular dari berkongsi bilik dengan Ome'gay' .... takut nanti terbolos pulak ... hehe 

Hassan Ali Digugurkan: PAS Khawarij Tolak Pemimpin ISLAM


KUALA LUMPUR 10 Dis. - Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali digugurkan daripada menjadi calon pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang.



Sumber-sumber mengesahkan bahawa nama Ahli Dewan Undangan (ADUN) Gombak Setia itu telah ‘disingkirkan’ oleh Pas Selangor dan pada masa sama Pas Pusat merestui pengguguran tersebut.

Mingguan Malaysia difahamkan Pas Pusat turut menggugurkan beberapa pemimpin Pas yang selama ini tidak disenangi oleh kumpulan pro Datuk Seri Anwar Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Erdogan dan antaranya bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa (gambar).

Pengguguran Hasan sebagai calon Pas pada pilihan raya umum nanti sememangnya telah dijangka dan ia hangat diperbincangkan di blog-blog tempatan sejak semalam seperti MyKMU.net, brojinggo.blogspot.com dan darikakigunungjerai.blogspot.com.

Ia berikutan kenyataan Ketua Penerangan Pas Selangor, Shaari Sungib yang dipaparkan dalam beberapa blog bahawa kemungkinan besar Hasan akan digugurkan daripada menjadi calon parti itu pada PRU13.

Shaari memberi alasan bahawa bekas Pesuruhjaya Pas Selangor itu tidak mendapat jumlah pencalonan yang mencukupi dari setiap cawangan.

Bagaimanapun, Mingguan Malaysia difahamkan pengguguran Hasan sebagai calon Pas ada kaitan dengan dakwaan yang mengatakan ADUN Gombak Setia itu menjadi duri dalam daging bagi Pas Selangor dan pakatan pembangkang terutama DAP.

Ia berikutan beberapa tindakan Hasan yang mengundang kritikan terbuka pemimpin Pas Selangor seperti Timbalan Pesuruhjaya III Pas negeri, Khalid Abdul Samad terutama berkaitan dengan tugasnya sebagai exco menjaga hal ehwal agama.

Antaranya, isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas sebuah premis yang dikatakan Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC), Petaling Jaya pada 3 Ogos lalu ekoran pendedahan terdapat gerakan tersusun kumpulan tertentu untuk memurtadkan orang Islam.

Selain Khalid isu itu turut kurang disenangi oleh kepimpinan negeri walaupun Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah bahawa berdasarkan siasatan JAIS terdapat cubaan untuk memesongkan kepercayaan dan akidah umat Islam.

Dalam isu tersebut Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Khalid sendiri telah memohon maaf kepada pihak gereja sebelum laporan penuh berhubung insiden itu dikeluarkan oleh pihak JAIS.

Begitu juga dengan DAP, parti itu dikatakan tidak begitu senang dengan Hasan berikutan beberapa tindakan antaranya kes rampasan arak di kedai 24 jam di Shah Alam hingga menyebabkan berlaku pertelingkahan antara beliau dengan seorang lagi Exco Selangor, Ronnie Liu.

Akhirnya arak yang dirampas itu dikatakan dipulangkan semula kepada kedai tersebut dalam kejadian yang berlaku pada Julai 2009.

Ekoran daripada insiden itu, DAP dikatakan mula kurang menyenangi Hasan kerana pendiriannya yang begitu tegas dalam soal berkaitan memelihara kesucian agama Islam di Selangor.

Hasan juga kurang disenangi kepimpinan Pas negeri dan rakan sekutu mereka sama ada DAP atau Parti Keadilan Rakyat berikutan sokongannya terhadap usaha menubuhkan kerajaan perpaduan dengan UMNO. Kesan daripada sokongan itu pada Muktamar Tahunan Pas 2011, Jun lalu beliau digugur sebagai Pesuruhjaya Pas Selangor.

Hasan merupakan seorang pemimpin yang popular di kalangan umat Islam sama ada di Selangor mahu pun di seluruh negara.

Ia ekoran komitmennya memelihara kesucian akidah umat Islam di Selangor dan contoh terbaik langkah JAIS mengadakan pemeriksaan terhadap DUMC selepas menerima laporan wujudnya usaha memurtadkan umat Islam di premis tersebut.

Me'Nabi & Meng'Keramatkan Manusia Bukan Kerja Kita


Saturday, 10 December 2011

Omegay; Sakit Kepala: Pakatan dah Rapuh!! Anwar Berani Bagi Kerusi??



Dulu mereka kata sepakat, sekarang pun sepakat jugak, sepakat dalam parti masing-masing untuk tidak sepakat. DAP semakin menekan untuk mendapatkan lebih kerusi daripada PAS... Sekarang DAP sudah mula minta untuk meletakan calon bukan melayu di kerusi yang majoritinya melayu. Kononnya dengan alasan nak membuktikan DAP bukan PARTI RASIS... 

TS Muhyiddin pernah nasihatkan semua ahli-ahli umno dalam ucapan perasmian serentak wanita, puteri dan pemuda agar berhati-hati dengan PARTI RASIS DAP. Tapi sayang, GOLONGAN yang mengaku diri mereka ISLAM dan seringkali MELABELkan oran glain sebagai kafir masih mahu bersetongkol dengan DAP KAFIR LAKNATULLAH ini, yang terang-terang menolak islam.


Ada yang menentang hasrat MURNI DAP, tapi pasti akan ada suara-suara yang mengatakan mereka ini ADIL... dan akan mempertimbangkan permintaan DAP, DAP Pasti akan meminta kerusi-kerusi dari PKR untuk meletakan calon mereka... Maklumlah... PKR bukanlah PARTI yang dominan sangat, hanya sekadar memperjuangkan Anwar Ome'gay' semata-mata dari dipenjara... Tidak seperti PAS dan DAP yang metodologi perjalanan parti mereka boleh dikatakan ada hala tuju, walaupun kabur...

Bagi orang-orang yang mengkaji dan memahami perjalanan politik DAP pasti tahu, betapa RACISnya DAP, 1969 dulu mereka berarak, memaki hamun, memBABIkan orang-orang melayu dan memulakan keganasan. 13 Mei 1969 bukan omongan kosong, tidak ada orang boleh memadam sejarah (melainkan Mat Sabu)... Elok buka balik lipatan sejarah dan kaji mendalam sebelum anda semua menyokong parti RASIS DAP ini...

Anwar kalau berani bagi jelah kerusi sendiri pada DAP... :)


Tengok: GPB


Nurul Izzah Dangkal!! : Jangan semai kebencian

Mungkin Nurul Izzah kurang teliti atau sememangnya beliau tidak ada apa-apa pengetahuan tentang tentera. Jika tidak masakan beliau 'retweet' semula komen dari @eyesdotcom sedangkan beliau boleh memberikan penjelasan tentang apa yang berlaku,;

Atau mungkin juga Nurul Izzah dah mula jadi seperti Anwar Ome'gay' yang putar alam dengan komen-komen beliau, terutama dalam hal-hal keselamatan negara... kalau benda sekecik ni pun dah diputar alam; benda besar tak tahu lah macam mana....



Posted By: Pisau


Tuesday, 6 December 2011

PAS Khawarij: Akibat Terlalu Ta'asub... !!! Tiket Masuk Syurga Ke??


Lawat: Pisau


Gambar & Stiker Tok Guru Pembuka Pintu Syirik

Take Beer!!: Nurul Izzah "Wine"; For All... Punya Kemaruk Undi!!

Nurul Izzah, tak habis lagi dengan KANTOInya... Lepas SATU kantoi... SATU lagi KANTOII... Keh Keh Keh...   Kami ni Takkan dan Kemaruk Sangat UNDI kot... SAMPAI Nak promote ARAK?? Mana Pegi OSTAT-OSTAT... PAS yang rating Million kat Internet .. Yang KONONnya dok tarbiah orang sana sini... Tu lah... Kuman SEBERANG LAUT ... OSTAT-OSTAT ni nampak... yang DINASOUR depan mata.. KORANG BUAT2 BUTA... BUAT2 PEKAK... BUAT2 BISU... NA'UZUBILLAH... LAIN KALI JANGAN KATA ORANG SESAT... JANGAN KATA ORANG KAFIR... ALLAH TU MAHA KAYA... 




Posted: Semut Hitam 


Punya kemaruk nakkan orang undi dia, Si Nurul Izzah ni sanggup gadai maruah dia dan mempromosikan arak sempena Krismas.

Si Nurul Izzah ni telah dikantoikan melalui laman twitter dia malam semalam. Siap dia jemput lagi orang ramai untuk hadir bersama - sama dengan dia untuk memeriahkan karnival penjualan arak tersebut.

Adakah ini contoh pemimpin Islam yang nak dibangga - banggakan dek puak - puak Pakatan Pembangkang tu? Takkan orang PAS nak diamkan diri sahaja melihat perkara ini?

Tapi apa nak pelik ye tak. Diorang ni memang suka benda - benda macam ni. Sedangkan hari tu pun diorang boleh buat tak tau je pasal kes arak di Selangor dan isu pekerja muslim di premis yang menjual arak.

Setakat nak promote 'wine' ni, apa la sangat. Tak pelik pun orang PAS dengan masalah kecik macam ni. Diorang bukannya kira sangat pun halal haram ni. Sedangkan Papa dia balun depan belakang pun dia boleh buat tak tau!!!

Nampak sangat yang penyokong - penyokong Pakatan ni hanya nampak nyamuk di seberang laut tapi gajah mati depan mata diorang boleh buat - buat buta pulak!!!



PAS Khawarij; dan Joget: Saya datang, dia lari!!!

"Ni luahan hati Taminsari... aku nak share dengan korang sume... Puak2 Khawarij ni memang pandai kafirkan orang tp... tiap perkataan diorang tu hanya untuk kepentingan politik..."


Pada 1969, PAS memecat Ahli Parlimennya, Hashim Gera kerana berjoget di Parlimen. Tetapi pada hari ini, apakah PAS berani mengambil tindakan yang sama jika ada ahlinya melakukan perbuatan serupa.


Ketika itu PAS amat rigid dalam soal agama. Di depan Jawatankuasa Disiplin, Hashim memberitahu ulama PAS, joget adalah tarian bersih. "Bila dia (perempuan joget) datang, saya lari. Bila saya datang, dia (perempuan joget) itu lari. Tidak berlaku sentuhan antara perempuan dan lelaki kerana saya datang dia lari, dia datang saya lari". Bagaimanapun PAS menolak penjelasan Hashim itu dan dia tetap dipecat.

Kini kefahaman pemimpin PAS terhadap makna joget sudah berubah. Kalau UMNO datang PAS lari, kalau DAP datang PAS tidak lari. 

PAS sanggup bersentuhan dan berpeluk cium dengan DAP. Sebab itu ada kebenarannya apabila Timbalan Presiden UMNO mendakwa, PAS tidak mungkin ganti UMNO, tetapi DAP mungkin ganti PAS.

PAS semakin liberal dalam banyak hal mengenai hukum agama. Apabila Mat Sabu didakwa atas tuduhan berkhalwat, PAS tuduh ia adalah konspirasi UMNO. Dalam kes video seks Anwar, Haji Hadi berdalih pula, 'besi tidak boleh jadi saksi'. 

Semua jawapan itu adalah jawapan nafsu akal. Sebab itu dalam kes gambar bogel Elizabeth Wong, PAS paling kuat membelanya. Hujah PAS, berdosa hukumnya apabila mengaibkan peribadi seseorang. 

Tetapi jika berkaitan dengan orang UMNO, mereka akan telanjang habis habisan walaupun ia adalah fitnah. Perkara yang makruf pun mereka sanggup putar belit, contohnya memfitnah ibadat haji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, baru-baru ini.

PAS pengecut bila berdepan dengan DAP. Itu puncanya dia menjadi liberal. PAS sanggup korbankan orangnya sendiri demi menjaga hati DAP. 

Dr. Hassan Ali ialah mangsa joget terbaharu ini. Beliau disisih kerana berbeza pandangan dalam soal rampasan arak dan isu memurtadkan orang Islam di Gereja Methodist Damansara Utama. 

Dalam isu negara Kristian, PAS bacul dan mendiamkan diri. Siasat pun tidak, komen pun tidak, bagi amaran lagi tidak berani. Hakikatnya, sikap PAS sudah terbalik. PAS melanggar fatwa lama Haji Hadi, 'politik suku agama suku', iaitu agama dan politik tidak boleh bercampur aduk.

Kenapa PAS tidak berani menyertai 'Himpunan Sejuta Umat' walaupun ia dianjurkan oleh pihak badan bukan kerajaan (NGO)? Himpunan itu bertujuan menyedarkan umat Islam tentang bahaya gejala murtad. PAS mahu menjaga hati DAP, walaupun tindak-tanduk DAP sering menyakitkan hati orang Islam.

Keputusan DAP untuk meletakkan calon Melayu berkelulusan agama dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 mewajarkan keyakinan kita bahawa DAP mungkin mengambil alih peranan PAS. Kejayaan Mat Sabu menumbangkan Nasaruddin bagi jawatan Timbalan Presiden PAS membuktikan golongan agama dan ulama semakin tersisih dalam PAS.

Pokoknya, PAS tidak akan dapat mengganti UMNO, kerana PAS didokong oleh ahli yang taksub pada pemimpin bukan perjuangan. Sedangkan UMNO parti yang didokong oleh 'Orang UMNO'. 

Menurut Presiden parti, satu daripada ciri penting orang UMNO ialah, dia cinta dan kasih pada perjuangan. Perjuangan mendarah dan mendaging pada dirinya. UMNO bermula kerana perjuangan. Terus hidup kerana perjuangan. Itulah UMNO, iaitu UMNO-Perjuangan.

Suara Politik: Taminsari


Posted By : BELANTAN

OtherStory

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...