Saturday, 21 January 2012

Khalid Ibrahim Lebih Amanah??: Mat Sabu...

Menjawab isu perlantikan Dr Ahmad Yunus sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor yang tidak diberikan porfolio Hal Ehwal Agama, Timbalan Presiden Pas Mat Sabu telah memberikan kenyataan beliau kepada Harakah Daily:
KUALA LUMPUR, Jan 20: Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu (gambar) berkata, bukan semestinya orang belajar agama sahaja yang boleh mengambil tugas Exco hal ehwal agama, tetapi perlukan seorang Muslim yang amanah, jujur dan ikhlas.

Lagipun, katanya, Pembantu Exco Hal Ehwal Agama adalah kekal dipegang Adun PAS iaitu Dr Shafei Abu Bakar (Bangi).
Beliau berkata demikian ketika menyokong hujah Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam isu jawatan exco agama kerajaan Selangor.
Mungkin bagi Mat Sabu, jawatan pembantu exco itu amat besar kuasanya dan mampu untuk melangkaui kehendak Exco Hal Ehwal Islam. Namun harus kita ingat, biasanya jawatan pembantu ini hanya untuk memudahkan kerja-kerja Exco dan tidak memiliki sebarang kuasa memutus dalam peruntukan undang-undang. Oleh yang demikian, jawatan tersebut bukanlah sesuatu yang seharusnya dibanggakan dan dijadikan kayu pengukur penguasaan PAS dalam Hal Ehwal Islam di Selangor.


Mat Sabu beranggapan, Pemilihan Khalid sebagai pemegang jawatan tersebut adalah tepat dan bersesuaian dengan alasan pilihanraya umum semakin hampir. Bukankah telah diwar-warkan bahawa Selangor tidak mahu membubarkan DUN sekiranya PRU13 diadakan dan menjadikan Selangor sebagai sebuah negeri Autonomi yang tersendiri. Adakah Khalid selaku Menteri Besar yang ramai tahu latar belakang beliau yang amat menyokong kesamarataan dalam beragama ini membimbangkan memandangkan beliau mempunyai 'authority' dalam menidakan hak Islam berbanding agama lain. 

Bagaimana seorang pemimpin yang membataskan dan mempersoalkan bidangkuasa Exco Hal Ehwal Islam sebelum ini diberikan porfolio Hal Ehwal Islam? Ini akan menjadikan bidang kuasa Hal Ehwal Islam ini mudah untuk dipermainkan dan diperkotak-katikkan. Adakah akan ada lagi ketegasan dalam melaksanakan undang-undang islam di Selangor? atau Khalid akan menjadi keldai tunggangan DAP dalam memastikan Islam tidak dilaksanakan di Selangor.. 
Menjawab serangan tersebut, Mohamad berpendapat langkah Khalid adalah tepat kerana dengan pilihanraya umum yang semakin dekat, adalah perlu untuk satu institusi yang lebih besar untuk mengawal Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Saya tidak mengeluarkan artikel ini demi menyokong kenyataan UMNO, akan tetapi tindakan menidakan keupayaan Dr Ahmad dilihat sebagai sebuah sandiwara Kerajaan Negeri Selangor dalam menyelamatkan Kroni-Kroni yang bukan beragama islam yang selama ini memberikan tekanan terhadap sebarang bentuk tindakan berikaitan Hal Ehwal Islam di Selangor. Sekiranya ini terjadi, adakah terjamin kesucian islam dan terjamin perlaksanaan islam di Selangor? atau islam hanya akan dijadikan alat untuk mendapatkan undi Melayu dan Orang Islam di Selangor?

Melalui hadith yang dipetik oleh Mat Sabu bagi menguatkan hujah beliau, saya beranggapan Mat Sabu bukanlah seorang ahli hadith dan sekiranya hadith ini digunapakai sekalipun, ia sepatutnya ditujukan kepada Khalid dan bukannya Dr Ahmad Yunus.. kerana memperjuangkan Islam adalah perjuangan PAS dan itu adalah amanah yang dipikul oleh ahli-ahli PAS... dan sesungguhnya Khalid adalah lemah dan tidak berkeupayaan dalam memikul tanggunjawab sebagai Exco Hal Ehwal Islam... 
Dalam satu peringatan Rasulullah kepada Abu Zar Radiallahu'anhu, baginda menyatakan: "Wahai Abu Zar, sesungguhnya kamu lemah, sedangkan jawatan ini adalah amanah, dan ianya adalah penyesalan di hari akhirat, melainkan kamu menerimanya di atas kelayakan kamu dan kamu menunaikan hak kepada yang berhak menerimanya (tunaikan amanahnya).

No comments:

Post a Comment

OtherStory

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...