Thursday 19 April 2012

RANG UNDANG-UNDANG KESALAHAN KESELAMATAN (LANGKAH-LANGKAH KHAS) 2012 GANTI AKTA KESELAMATAN DALAM NEGERI (ISA) 1960


RANG UNDANG-UNDANG KESALAHAN KESELAMATAN (LANGKAH-LANGKAH KHAS) 2012 GANTI AKTA KESELAMATAN DALAM NEGERI (ISA) 1960 | UNDANG-UNDANG BARU GANTI ISA | UNDANG-UNDANG KESALAHAN KESELAMATAN (LANGKAH-LANGKAH KHAS) 2012

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razaksemalam membentangkan Rang Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 di Parlimen bagi menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960.

Ekoran penggubalan rang undang-undang itu, beliau berkata, kerajaan mengambil keputusan mengadakan tujuh lindung jamin bagi memastikan ia seimbang dan adil.

Beliau berkata, kerajaan juga akan menubuhkan sebuah jawatankuasa secara pentadbiran untuk menyemak keseluruhan akta itu dari semasa ke semasa di mana jawatankuasa tersebut juga bertanggungjawab untuk meneliti pelaksanaannya serta mengemukakan syor untuk penambahbaikan.

“Keanggotaan jawatankuasa ini bukan hanya terbatas kepada agensi yang berkenaan tetapi juga melibatkan Presiden Majlis Peguam dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia,” tegasnya.

No comments:

Post a Comment

OtherStory

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...