Monday, 6 May 2013

Tahniah Buat Semua

Tahniah kepada Datuk Mukhriz Tun Mahathir serta jentera BN atas kemenangan BN menawan kembali Kedah pada PRU-13... 

Allah dah bagi amanah, rakyat dah tunaikan tanggungjawab dan beri mandat kepada BN untuk meneraju Kedah... aku percaya dengan keredibilit dan integriti yang dimiliki oleh DMTM .. Kedah akan lebih sejahtera.. Insyallah.. 

Perjuangan di Kedah belum selesai... jentera BN tak boleh sekadar berhenti bila sudah menang kerusi Parlimen dan DUN.. tetapi kena teruskan bekerja keras untuk membantu rakyat kedah yang selama ini mungkin terabai akibat kesilapan pemimpin-pemimpin sebelumnya.. 

Jangan terlalu suka dengan kemenangan sebab kemenangan ini telah berakhir.. sekarang kena fikir bagaimana untuk memenangkan hati rakyat di kedah yang selama ini telah dimomokkan dengan kelemahan BN... 

Sekali lagi aku ucapkan tahniah kepada DMTM.. aku doakan semoga kedah sejahtera.. 

Sepintas lalu aku membaca tulisan teman2 tentang peralihan kerusi2 MCA di melaka kepada DAP.. dan kekalahan Datuk Seri Ali Rustam (DSAR) di Parlimen Bukit Katil.. 

Aku kurang bersetuju dengan statement DSAR tentang pengundi cina.. memang tidak dinafikan faktor peralihan pengundi cina yang memangkah DAP menyebabkan kekalahan BN di Bukit Katil dan beberapa DUN... tetapi bak kata orang tua2.. "Mendengar Guruh Di Langit, Air Di Tempayan Jangan Di Curahkan" ... "Ikut Nafsu Lesu, Ikut Rasa Binasa" ... dalam erti kata lain "Don't Be Over Confident"..."Don't Judge The Book By It's Cover"...

Sepatutnya diambil pengajaran pada PRU-12 yang mana Datuk Mat Sirat hanya dapat majoriti 1,000+ undi sahaja.. satu angka yang tidak selamat bagi kerusi Parlimen.. dan DSAR harus faham bahawa kesan tsunami politik bukan seperti Tsunami di Aceh... Tsunami politik mempunyai kesan jangka panjang yang sukar untuk diertikan.. so tak perlu menyalahkan orang lain.. kena buat post mortem kenapa pengundi cina masih lagi beralih arah ... especially di Johor, Penang, dan Melaka.. 

Perlu diingat, melaka dan johor adalah kubu kuat BN... aku sendiri telah berkecimpung dalam politik di melaka dalam satu tempoh yang panjang... aku mengenali setiap individu yang bertanding di Melaka.. dan aku memahami kredibiliti dan integriti mereka sebagai pemimpin.. 

Tahniah kepada Datuk Wira Idderis Haron yang boleh aku katakan secara confirmnya bakal meneraju melaka.. Sebagai ketua menteri yang baru, Idderis Haron perlu melangkah pantas sebab DSAR telah meletakan BenchMark yang tinggi semasa menjadi ketua menteri melaka.. dan aku percaya Idderis Haron mampu untuk melaksanakan agenda pembangunan  melaka dengan lebih baik.. 

Tahniah juga kepada Mas Ermiyati P134 Masjid Tanah, Muka baru dalam dewan rakyat... menggantikan Datuk Wira Abu Seman Yusop... Aku doakan Mas Ermiyati mampu membawa perubahan kearah yang lebih baik bukan sahaja dalam pembangunan di masjid tanah, tetapi perubahan lanskap politik di masjid tanah... aku percaya dengan kemenangan Amirudin Yusof di Ayer Limau, Sulaiman Ali di Lendu, Cikgu Rawi di Tanjung Bidara, Datuk Ir Ismail Othman di Kuala Linggi dan Datuk Latipah Omar di Taboh Naning, semua nama2 ini akan menjadi pemangkin dan penggerak politik dan pentadbiran di Masjid Tanah.. 

Tak lupa aku ucapkan tahniah kepada saudara Jamiluddin Jonit (abg JJ) Setiausaha Bahagian UMNO Masjid Tanah dan Datuk Wira Abu Seman Yusop, Ketua UMNO Bahagian Masjid Tanah, yang telah menggerakan semua jentera parti kearah kemengan 100% BN di P134 Masjid Tanah... 

No comments:

Post a Comment

OtherStory

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...