Sunday, 6 May 2012

Mahasiswa 'Syiah' Halalkan Darah Polis!!!

"Kebebasan akademik" ditafsir sebagai bebas berbuat apa sahaja termasuklah membuat ugutan membunuh orang dalam Facebook? Kebebasan itu juga ditafsirkan sebagai bebas berkhemah di tempat umum, bebas membuat maksiat lelaki dan perempuan dalam satu khemah dan bebas membuat ritual agama bukan Islam terhadap pemimpin Islam.

 

Itulah tafsiran kebebasan agaknya bagi sekumpulan manusia yang menggelarkan diri mereka sebagai bebas. Tafsiran songsang yang cuba merosak pemikiran masyarakat. Sama seperti tajuk Malaysiakini di atas yang cuba membuat persepsi kononnya imam Syiah UiTM tersebut ditahan kerana Facebook. 

Ianya tidak benar kerana Khalid Ismath ditahan kerana ugutan bunuhnya dalam media sosial tersebut. Seorang lagi rakan Khalid iaitu Adam lagi teruk hingga menyamakan anggota polis dengan binatang (baca sini). Beginikah kebebasan yang dimahukan? Habis rosak generasi akan datang kalau fahaman Syiah yang ektrems ini tidak dibendung.



KUALA LUMPUR, 6 Mei 2012 - Seorang penuntut tahun dua ijazah undang-undang di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, ditahan polis semalam bagi membantu siasatan selepas tampil menyerah diri.

Khalid Mohd Ismath, 22, pada mulanya dipercayai hadir untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) berhubung ugutan bunuh polis yang ditulis di laman sosial Facebook miliknya.

Namun, dia kemudian ditahan polis kerana disyaki terbabit menimbulkan kekecohan dalam perhimpunan Bersih 3.0, 28 April lalu.

Difahamkan, dia yang juga Timbalan Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami) ditahan mengikut Seksyen 188 Kanun Keseksaan kerana menjadi antara 91 individu yang disyaki boleh membantu siasatan insiden kekecohan dan keganasan ketika perhimpunan itu.
Dia turut disyaki mencederakan seorang polis trafik selepas gambarnya dirakam menyepak anggota berkenaan yang terbaring selepas motosikal ditunggangi terbabas akibat pelanggaran.

Semalam, Khalid hadir bersama seorang peguamnya dan ditemani keluarga ke IPK Kuala Lumpur, jam 10 pagi untuk diambil keterangan sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras, jam 11.30 pagi, menaiki kenderaan pegawai penyiasat.

Lelaki terbabit kini turut disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dan Seksyen 440 Kanun Keseksaan atas kesalahan melakukan perbuatan khianat.
Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh mengesahkan penahanan itu kerana menggunakan kekerasan jenayah ke atas seorang anggota trafik selain turut menahan dua lagi lelaki berusia 30-an.
View More...


DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

A.B.A.I : Asalkan Bukan Anwar Ibrahim

No comments:

Post a Comment

OtherStory

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...