Wednesday 13 June 2012

20,000 Bersama Hassan Ali.. Dengan Anwar Berapa Orang??



Sewaktu Dartuk Hassan Ali (DHA) di pecat dari PAS, ramai berkata, "Habislah karier politik Hassan Ali" lalu DHA memulakan langkah dengan memberi ceramah... orang berkata lagi "Berapa kerat je nak datang dengar?" ... Saya amat berbangga dengan DHA sebab beliau berjuang bukan untuk diri semata-mata, beliau tidak pernah menongkat langit mengatakan beliau yang terbaik tetapi ini merupakan jalan dakwah beliau demi Islam dan Umat Melayu. DHA telah membuktikan perjuangan beliau tidak sia-sia. perjuangan beliau diredhai Allah.. kerana itu dibenci oleh Pembangkang, setiap pembongkaran kepincangan dan nafsu syaitan pembangkang dikupas satu persatu.. agenda memurtadkan umat islam, LGBT ditentang dengan bersungguh2. Ini perjuangan yang perlu disokong.. inilah perjuangan yang perlu kita martabatkan bukan sekadar mahu menjadi Perdana Menteri dan menabur janji-janji kosong. 

TANAH MERAH 12 Jun - Siri jelajah bekas Naib Presiden Pas, Datuk Dr. Hasan Ali untuk membangkitkan kesedaran kalangan umat Islam mengenai ancaman masa depan mereka, Islam dan institusi raja sekiranya pembangkang berkuasa, terus mendapat sambutan orang ramai. 
Dalam siri jelajah ke-123 di padang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Belimbing di sini malam tadi, lebih 20,000 hadir, jumlah yang disifatkan oleh Hasan sebagai 'luar biasa' dan memberi semangat kepadanya untuk terus menggerakkan usaha bagi menyekat hasrat pembangkang tersebut. 
Dalam ceramah Bicara Memperkasakan Ummah bertajuk Islam, Melayu dan Raja Menuju Kehancuran itu, bekas Exco Selangor tersebut menyeru umat Islam khususnya di Tanah Merah agar bersatu bagi menyelamatkan Islam, Melayu dan Raja (IMR) yang disifatkan beliau menuju kehancuran angkara tindak-tanduk pakatan pembangkang.


Mendonanz Kata: Datuk Hassan Ali dipecat kerana Anwar.. Ramai ke datang dengar ceramah anwar tu??


DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

No comments:

Post a Comment

OtherStory

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...