Saturday 16 June 2012

ISLAM ITU AQIDAH POLITIK ITU HANYA WADAH!!

Siapa lebih Islam? orang yang berserban sebesar bakul? berjanggut? berjubah dipanas terik? atau orang yang menjanjikan syurga hanya dengan menyokong mereka? 

Serban itu Sunnah Rasulullah, sebab apa sunnah sebab Rasulullah pakai serban. tapi Nabi tak pakai serban sepanjang masa. ada ketikanya Baginda buka dan letak di bahu. Rasulullah sisir letak minyak dirambut dan sisir rapi kebelakang.. Janggut juga Sunnah, tapi tidak ada larangan yang menyatakan tidak menyimpan janggut itu hukumnya haram. Jubah itu juga pakaian bangsa arab, tidak berjubah tidak bermaksud tidak ISLAM... Tetapi Rasulullah tidak menjanjikan Syurga kepada orang yang mengikutnya, Rasulullah mengajar kita SYURGA itu tempat bagi mereka yang beriman dan bertakwa kepada Allah. Bahkan sahabat yang dijanjijan SYURGA itu bukanlah dijanjikan oleh Rasulullah, tetapi oleh ALLAH dan disampaikan kepada Rasulullah..

Jadi siapa kita untuk meletakkan orang itu KAFIR, orang itu tidak layak ke SYURGA, jika menyokong perjuangan mereka DI JANJIKAN SYURGA... 
  • ISLAMkah mereka yang meredhai KALIMAH ALLAH digunapakai dalam bentuk TRINITI?
  • TALAQ adalah perkara yang HALAL tetapi DIMURKAI ALLAH.. ISLAMkah mereka yang mempermainkan TALAQ semata-mata kerana KEDUDUKAN dan KUASA??
  • ISLAMkah mereka yang sanggup berSETONGKOL dengan KAFIR HARBI demi menumbangkan KERAJAAN ISLAM yang dipimpin oleh ORANG ISLAM yang mengucap 2 KALIMAH SYAHADAH??
  • ISLAMkah mereka yang sanggup menggugurkan PERLAKSANAAN NEGARA ISLAM semata-mata kerana tidak dipersetujui oleh GOLONGAN KAFIR HARBI yang bersepakat dengan mereka dan GOLONGAN MUNAFIK yang menjadi PARASIT dikalangan MEREKA??
  • MEREKA mengatakan tiada DEMOKRASI tetapi apabila pemimpin dikalangan mereka DIPECAT, MEREKA tidak memberi peluang untuk MEMBELA!! Dimanakah DEMOKRASI MEREKA?
  • ISLAMkah mereka bila mereka MEMECAT EXCO yang berjuang mempertahankan ISLAM dan MURTAD dikalangan UMAT ISLAM??
  • MEREKA mengangkat pemimpin penganut fahaman pluralisma yang menyamakan semua agama sama termasuk Islam, Hindu, Kristian, Budha, Sikh, Yahudi dan lain-lain? ISLAMkah MEREKA?
  • MEREKA menyokong USAHA MENJAGA KESELAMATAN ISRAEL, yang kita tahu setiap hari membunuh dan menyembelih ORANG ISLAM!! ISLAMkah MEREKA??
Kalau nak diikutkan banyak lagi nak ditulis disini seperti mana yang didedahkan oleh Datuk Zulkifli Nordin.. Cuma kita kena pastikan kita tahu membezakan antara AQIDAH dan WADAH... tepuk DADA tanyalah IMAN.. 




DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

No comments:

Post a Comment

OtherStory

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...