Promosi yang baik dan patut dilaksanakan sejak dari dulu lagi... Tapi sejauh mana keberkesanannya? sehingga kini kita dapat lihat berapa peratus rakyat yang mampu untuk berkomunikasi dengan baik dalam Bahasa Melayu? Masih ramai lagi yang tidak fasih malah tidak mampu untuk bertutur dalam Bahasa Melayu dengan baik. Tidak hanya dikalangan rakyat bawahan. Malahan masih ada di kalangan Ahli-Ahli Parlimen, ADUN dan Pemimpin-Pemimpin yang tidak fasih bertutur Bahasa Melayu.
Diharap Promosi ini bukan sahaja sekadar retorik untuk pilihanraya semata2.. lepas pilihanraya terus senyap.. Bahasa kemana Promosi kemana...
KUALA LUMPUR - Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan sedang menjalankan beberapa program bagi mempromosi cara berkomunikasi yang baik menggunakan bahasa Melayu di kalangan generasi muda, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Menteri berkenaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata usaha yang dijalankan melalui Dewan Bahasa dan Pustaka dengan kerjasama Kementerian Pelajaran itu penting untuk memupuk semula semangat nasionalisme yang semakin luntur akibat pengaruh dan implikasi media terbuka.
"Walaupun bahasa Melayu telah disenarai di bawah Sekyen 67 Akta Warisan Kebangsaan 2005 (sebagai warisan negara), namun pemakaian lisan amat membimbangkan pada masa ini. Kementerian sedang memajukan beberapa promosi bagi masyarakat muda mempelajari bagaimana bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan ditutur dengan baik dengan diksi yang teratur," katanya semasa sesi soal jawab.
Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Matulidi Juson (BN-Dungun) yang mahu tahu usaha kerajaan dalam meningkatkan semangat cintakan negara di kalangan generasi muda, termasuk peranan muzium untuk merealisasikan hasrat tersebut.
Rais berkata usaha itu bukan mudah untuk dilakukan dan mencadangkan agar kerajaan dan pembangkang saling berinteraksi untuk menjayakannya.
Mengenai peranan muzium, Rais berkata kewujudan muzium di seluruh negara bukan sahaja untuk memupuk semangat kenegaraan tetapi juga meliputi pelbagai aspek lain sehingga mampu menarik lebih 3.2 juta pengunjung tahun lepas.
Dalam pada itu, Rais berkata, kementerian juga sentiasa memastikan agar badan bukan kerajaan dan sektor awam dapat menjalankan usaha memelihara dan memulihara 154 butiran warisan yang ditetapkan mengikut bawah akta yang sama, yang terdiri daripada 24 objek tapak, 10 objek ketara, 111 objek tidak ketara dan sembilan tokoh warisan negara.
"Hal-hal berhubung keselamatan dan promosi akan terus dibuat melalui media dan kegiatan setempat sama ada di negeri, daerah dan kebangsaan," katanya. - Bernama
Mendonanz Kata: Teringat S. Sammy Vellu yang sentiasa ber Bahasa Melayu walaupun mengundang pelbagai persepsi kerana penggunaan ayatnya.
DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYUUMNO ITU ISLAM
No comments:
Post a Comment