Wednesday, 13 June 2012

KJ Moving Forward to No1.. ??

'KJ boleh jadi PM pada hari tua'


Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin mengingatkan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin supaya bertindak bijak untuk memastikan peluangnya menjadi perdana menteri pada masa depan tidak  terjejas.

Namun demikian apakah motif kenyataan beliau dalam keadaan persiapan Barisan Nasional bagi menghadapi Pilihanraya dan pastinya ketika ini Khairy juga sedang berjuang bersama Pemuda UMNO dan Barisan Nasional untuk memastikan kemenangan BN pada PRU-13.

Bukan masanya untuk mengukir nama memainkan isu. Mungkin ada dikalangan ahli pemuda yang tidak memihak memangkah nama Khairy ketika pemilihan 2008 yang lalu sebagai Ketua Pemuda dalam cubaan menaikan calon-calon mereka. 

Namun segalanya di tangan Allah SWT yang berhak meletakan sesuatu itu ditempatnya dan Khairy telah dilantik sebagai Ketua Pemuda UMNO dengan kemenangan Majoriti mengalahkan pesaing yang lain. 

Kenyataan seolah cubaan membuka pekung dengan menyatakan 

Khairy dan beberapa orang rakannya tidak dapat membasuh tangan, bahawa percaturan politik mereka telah memberikan sumbangan ke arah ketidak setabilan politik dalam parti dan juga keruntuhankepada asas-asas ikatan perpaduan negara,  
"Demikianlah juga dengan Khairy, sekalipun dosanya terlalu besar kepada keruntuhan asas-asas perpaduan negara kerana idealismenya dan kerana nafsu politiknya, tetapi Khairy harus diberikan kesempatan untuk memperbaiki kesilapannya, dan dia sedang melakukan ini sekarang. Kesempatan ini diberikan oleh Datuk Seri Najib yang memahami erti politik dan tidak ada perasaan membalas dendam, sekalipun usaha untuk mencegah kenaikannya, dilakukan sehingga saat terakhir," katanya

Seolah cubaan melemahkan individu. Tetapi secara tidak langsung ia juga bakal melemahkan keseluruhan jentera parti memandangkan Khairy adalah General yang sedang mengemudi Pemuda di arena peperangan politik Malaysia. 

Saya mengaku mungkin Datuk Zam berniat baik dengan membuat terguran yang membina untuk memastikan Khairy berada dilandasan yang betul tetapi ini bukanlah masanya.


mendonanz kata: tak kisah siapa ketua pemuda asalkan perjuangannya adalah demi Agama, Bangsa dan Negara serta membawa kebaikan kepada rakyat.. 



DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

No comments:

Post a Comment

OtherStory

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...