Wednesday 13 June 2012

Orang PAS Saja Yang Pergi Haji? 10% Jemaah Haji Belum Tentu Pangkah PAS!!


PAS semakin bercelaru bimbang akan kekalahan menjelang PRU-13 yang bakal diadakan. Terbaru PAS sanggup menyarankan JEMAAH HAJI menangguhkan HAJI mereka semata-mata takut akan kehilangan kerusi dan kalah dalam PRU-13.

SHAH ALAM - Pas mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan tidak akan mengadakan pilihan raya umum pada musim haji tahun ini.
 Ketua Penerangannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, jaminan tersebut perlu bagi menghilangkan kebimbangan jemaah haji berhubung hak mereka sebagai pengundi.
 "Perdana Menteri tidak seharusnya membiarkan hampir 30,000 umat Islam berada dalam situasi tidak menentu kerana sebahagian mereka ada dicadangkan sebagai calon, wakil calon dan pengarah pilihan raya," katanya dalam satu kenyataan pagi ini.
 Malah kata beliau, selagi tiada jaminan, ia akan menyebabkan mereka serba salah antara meneruskan hasrat atau menangguhkannya dulu.

Walaupun menganggap kenyataan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai pandangan peribadi, namun Pas Kelantan mempertahankan kenyataan beliau yang meminta ahli parti itu yang terlibat secara langsung dalam pilihan raya menangguhkan ibadah haji bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13.

Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah (gambar) berkata, ini berdasarkan kaedah hukum iaitu ibadah haji boleh ditangguhkan dan tidak mempunyai tempoh masa untuk ditunaikan seperti mana solat.
"Semalam, Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan berkata, beliau kesal dengan kenyataan Pas kerana sebagai parti Islam, ia meletakkan pilihan raya lebih penting daripada ibadah haji yang merupakan Rukun Islam kelima.
 "Kita tidak tahu bila pilihan raya, tapi dia sudah buat spekulasi sebegitu. Kita tidak boleh letak parti lebih dari agama. Jangan anggap parti ini agama. Itu perkara yang tidak betul. Tanyalah ulama mana sekali pun," katanya.
 Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri diminta mengulas laporan sebuah akhbar yang menyebut Tuan Ibrahim meminta angggotanya menangguhkan ibadah haji kerana parti itu menjangka pilihan raya umum diadakan pada musim haji antara September dan Oktober.
 Tuan Ibrahim, yang membuat kenyataan itu menerusi portal rasmi kerajaan Selangor berkata, penangguhan ibadah haji itu dianggap wajar kerana Pas memerlukan jentera parti untuk melaksanakan gerak kerja semasa pilihan raya umum."

Adakah PAS pasti 30,000 Jemaah haji tu semua orang PAS? Kenyataan Tuan Ibrahim Tuan Man dan Mohd Amar Nik Abdullah ibarat meletakan HANYA PAS SAHAJA ISLAM.. Ibarat tiada orang lain selain Ahli PAS akan pergi menunaikan HAJI. 

Otak jumud PAS sudah tidak perlu diperkatakan lagi. Mungkin akibat terlalu banyak dipermainkan oleh PKR dan DAP.. PAS susah tidak boleh berfikir dengan rasional. PAS jugak dilihat tidak mahu bertanggungjawab atau berlepas tangan dengan kenyataan yang dikeluarkan walaupun kenyataan tersebut datang dari KETUA PENERANGAN, PESURUHJAYA hatta PRESIDEN sekalipun.. semuanya akan dikatakan sebagai PENDAPAT/PANDANGAN PERIBADI... so APA YANG RASMI?

Mendonanz Kata: Lepas ni PAS boleh jadi Parti PERIBADI.. tak ada apa yang RASMI... 


DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

No comments:

Post a Comment

OtherStory

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...