Saturday, 16 June 2012

MALAYSIA DIIKTIRAF NEGARA ISLAM!! PATUTLAH PAS DAH BUANG PERJUANGAN NEGARA ISLAMNYA KE TONG SAMPAH!! @NajibRazak


Penilaian melaksanakan ISLAM tidak semestinya dengan meletakan NAMA ISLAM dalam perjuangan. tetapi intipati kepada apa yang dibawa dan cara dan kaedah untuk menaikan ISLAM sebagai cara hidup dan memajukan NEGARA kearah keharmonian bukan sahaja dalam bentuk sosial kehidupan malahan pembangunan ekonomi dan politik.  

Nyata UMNO telah berjaya melakukan semua itu dalam tempoh pemerintahannya sejak dari kemerdekaan negara pada tahun 1957. Bukan sahaja melonjak ekonomi negara setaraf negara-negara besar dunia, tetapi memartabatkan ISLAM bersesuaian dengan AGAMA RASMI NEGARA, memperkukuhkan sosio ekonomi dan budaya rakyatnya melalui hubungan baik antara kaum seperti mana dituntut dalam Islam. 

Datuk Seri Najib yang menerajui negara pada hari ini merupakan kesinambungan perjuangan menangkat Malaysia sebagai Negara Islam yang Berdaulat. Melalui Gagasan 1 Malaysia, DS Najib telah memainkan peranan yang tidak mungkin dapat dilaksanakan oleh pembangkang melalui janji-janji yang telah ditunaikan dan bukan sekadar OMONGAN KOSONG!!. 

Semoga Rakyat Malaysia mendapat manafaat daripada MINDA GLOKAL beliau yang sentiada memastikan Rakyat Didahulukan... Insyallah.. 
Syeikh Al-Azhar minta rakyat Malaysia sokong kerajaan 
KUALA LUMPUR 16 Jun - Rakyat Malaysia harus berterima kasih dan terus menyokong dasar kerajaan yang diamal selama ini kerana ia membantu membangunkan Malaysia sebagai antara negara Islam termaju di dunia. 
Bekas Timbalan Syeikhul Universiti Al-Azhar, Sheikh Mahmoud Abdel Ghany Mahmoud Ashour berkata kerajaan Malaysia, yang diketuai oleh seorang pemimpin Islam, telah banyak melakukan kebaikan kepada masyarakat serta berusaha membangunkan (mendaulatkan) Islam dan ia seharusnya perlu terus disokong. 
"Pemerintah Islam Malaysia telah lakukan banyak kebaikan serta membangunkan Islam, maka tidak patut untuk cuba menjatuhkannya terutama melalui cara tidak demokratik. 
"Oleh kerana kerajaan telah lakukan sebaik mungkin untuk kesejahteraan rakyat, maka patut rakyat terus beri peluang dan menyokong. Jangan timbulkan sesuatu perkara yang boleh menghalang perkembangan pembangunan kerana ia boleh menjadi fitnah pula kepada masyarakat itu sendiri," katanya ketika membentang kertas kerja bertajuk "Fiqh Mentaati Pemimpin" di sini, hari ini. 
Beliau adalah antara pembentang kertas kerja pada Seminar Antarabangsa Fiqh Mentaati Pemimpin di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, yang bermula semalam hingga 17 Jun. 
Seminar tiga hari itu bertujuan membincangkan isu dalam ilmu Fiqh yang sering diabaikan iaitu prinsip membabitkan hubungan rakyat dan pemimpin.
 Sheikh Mahmoud Ashour turut memberi ingatan agar tiada pihak yang menggunakan Islam untuk menakutkan masyarakat. 
"Dalam proses mewujudkan sebuah negara Islam, tidak wajar menimbulkan suasana takut kepada masyarakat, dan tidak boleh memperjuangkan Islam secara kasar," katanya. 
Beliau menekankan bahawa dalam memperjuangkan Islam, nama tidak penting, sebaliknya isi perjuangan lebih penting. - BERNAMA.



pssttt: Negara Kebajikan pun Najib dah laksanakan.. PAS nak buat apa lagi lepas ni? Nak laung slogan Malaysian Malaysia lah pulak kot!!




DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

No comments:

Post a Comment

OtherStory

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...