
Dek kerana PKR sama-sama menentang UMNO, maka PAS sanggup bekerjasama. Sedangkan perangai orang PKR sama seperti perangi UMNO. Maaf, saya tidak labelkan semua orang UMNO sebegitu. Begitu juga PAS.
Melayu PKR adalah Melayu yang kecewa dengan UMNO, perangainya tetap sama. Bezanya, hari ini adalah, UMNO mula menyedari kesilapan mereka dan ingin kembali dan memperbaiki kesilapan masa lalu. Harap-harap begitulah. Sedangkan perangai lama UMNO dalam PKR tetap sama. PKR juga merebut projek, rasuah, kaki perempuan dan sebagainya.
Jika tidak ada PAS yang mengawasi, sudah tentu perangai mereka akan menjadi lebih buruk lagi. Justeru, saya amat hairan, kenapa PAS sanggup bekerjasama PKR. DAP usahlah disebut, sebab dari mula hingga kini, terus menentang dan memusuhi Islam. Cuma PAS sahaja perasaan, dengan kerjasama ini, atas nama dakwah.
Malangnya, setakat ini, ultra masih lagi tidak lembut-lembut terhadap Islam? Apakah kita masih mahu menggunakan alasan lapok, pakatan ini masih baru berbanding dengan pakatan dalam UMNO BN sejak merdeka? Dalam memperkatakan soal kelembutan terhadap, bukan isu baru atau lama. Persoalan yang perlu difikirkan adalah, mereka ini musuh Islam atau kawan Islam?