Thursday, 8 April 2010

Jangan Sekadar Retorik

Mungkin tulisan saya ini akan menyebabkan ramai orang 'terasa'.. akan tetapi ini adalah hakikat bahawa ubat sememangnya pahit... dan yang pahit itu harus ditelah untuk menyembuhkan penyakit..

Semasa berkempen kita selalu mencanangkan bahawa dengan memberikan undi kepada kita, pelbagai rencana akan dilaksanakan, yang biasanya kita dengar.. tingkatkan ekonomi masyarakat.. tingkatkan produktiviti.. tingkatkan pendidikan... tingkatkan itu tingkatkan ini... tetapi hakikat??

Cukupkah sekadar saban tahun kita menghabiskan sisa-sisa kuasa jawatan kita dengan sekadar melawat orang sakit sahaja.. atau sekadar berdialog mungkin juga mengajurkan pertandingan bolasepak atau sekadar rombongan ke negara jiran.. dan sesuatu yang sinonim dengan politik kurang matang kita?

setakat hari ini, apa yang dilihat program2 pendidikan, konvensyen, ekonomi yang sepatutnya memberikan kesan mendalam dalam melahirkan insan intlektul ibarat melepaskan batuk ditangga.. natijahnya... pemuda, puteri dan gologan muda masih lagi digula2kan dengan keseronokan sementara.. dan bila mereka sudah tersedar maka sudah terlambat untuk kita menghambat mereka kembali kepada pangkuan kita..

Jawatan yang diberikan kepada kita bukan sekadar untuk cakap retorik.. bukan sekadar gah di mata rakyat tetapi dihati mereka sebenarnya menyampah.. pikul tanggungjawab dan amanah yang diberikan dengan sebaik2nya dan lakukan dengan ikhlas dan jujur...

No comments:

Post a Comment

OtherStory

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...