Monday, 2 April 2012

Jabatan Agama Jangan Jadi Pondan!! : Pengkid dah berani solat jumaat

Suatu ketika (bertahun-tahun dulu) ada fatwa dari Majlis Fatwa Kebangsaan yang menyentuh tentang keharaman Pengkid dan Pondan. Bagaimanapun, Fatwa sekadar fatwa tanpa sebarang perlaksanaan dan penguatkuasaan. Pengkid dan Pondan atau Mak Nyah bersepah-sepah di Malaysia. Asal keluar dari rumah saja, akan ternampaklah pengkid dan pondan. Itu belum lagi menjelajahh lorong dan pusat-pusat hiburan!

Tentu ada antara kita yang pernah terbaca kisah bagaimana pengkid mengahwini wanita sejati dan setelah lubang terbuka, pengkid berkenaan akhirnya ditangkap dan dihukum. Namun seperti juga dalam kes-kes lain, ia sekadar terhenti setakat itu sahaja. Jumlah Pengkid dan Pondan tetap berlambak.

Kini, muncul pula berita tentang pengkid yang pergi bersolat Jumaat. Bersolat itu satu kewajipan. Solat Jumaat adalah fardu ain bagi mana-mana lelaki yang sudah sampai syarat-syaratnya. Golongan perempuan juga dibenarkan bersolat Jumaat tetapi hukumnya sekadar sunat.

Dulu-dulu, memang ada wanita yang bersolat Jumaat di masjid, tetapi sekarang susah nak tengok. Bukan wanita dulu-dulu tidak tahu tentang hukum, tetapi mereka ingin mendengar khutbah yang isi kandungannya adalah bersifat amar makruf nahi mungkar... apatah lagi pada zaman itu, majlis ilmu agak berkurangan selain ketiadaan sumber maklumat seperti radio, televisyen dan pengedaran akhbar yang sangat terhad jumlahnya.

Tetapi apabila wanita berpakaian lelaki dan perasan yang mereka lelaki selain mahu orang lain menganggap dan melihat mereka sebagai lelaki pergi bersolat Jumaat dengan lagak dan gaya lelaki, pastinya ada sesuatu yang tidak kena!

Hukum dalam Islam adalah bersifat straight forward... tidak ada bengkang-bengkok dan tidak ada perlecehan di dalamnya.

Lagi!! - baca kai sini

No comments:

Post a Comment

OtherStory

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...