Monday 2 April 2012

PAS Sokong Murtad??

Pesuruhjaya PAS Selangor tak nak layan kes MURTAD. mungkin bagi PAS isu murtad bukan lagi agenda dalam perjuangan islam mereka. PAS sekarang dah tak main pasal2 murtad ni.. yang penting dapat kuasa. dapat projek. dapat bini orang dapat apa lagi pun tak tau laa kan ... 

SHAH ALAM – Pas tidak menggalakkan ahlinya, malah tidak akan menghantar wakilnya untuk mengikuti pendedahan video murtad oleh bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali di kediamannya hari ini, kata Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Abd Rani Osman. 
“Pas Selangor sudah mendapat arahan daripada Pas Pusat, tidak perlu layan apa yang dia hendak cakap. Banyak lagi benda besar yang hendak berikan tumpuan seperti pengundi hantu, rasuah. 
Kita pandang isu ini isu kecil sahaja, bagi Pas Selangor, ini (pendedahah video) tidak penting.
“Kita tidak galak ahli pergi tetapi kalau ada yang pergi tidak mengapa, terpulang. Itu mereka pergi atas kapasiti individu bukan mewakili Pas. Kalau hendak pergi, pergilah. Tiada masalah,” katanya kepada Sinar Harian, semalam. 
Menurutnya, Pas Pusat dan Selangor sememangnya sentiasa menentang sebarang usaha pihak tertentu yang cuba memurtadkan umat Islam. 
“Isu murtad ini memang perlu kita tangani tetapi bukan dengan cara pergi dengar orang seperti ini bercakap, dia pun tiada kuasa.
“Kalau Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) atau Majlis Agama Islam Selangor (Mais) buat, kita akan pergi. Masa dia jadi Exco, apa dia buat? Adakah murtad turun atau berkurangan,” katanya.
Mungkin bagi PAS, gejala murtad ni bukan tanggungjawab mereka untuk sama berjuang. almaklumlah.. PAS sekarang dah sekular. minda dah terbuka.. jadi isu murtad ni bukan lagi agenda ... perjuanga islam hanya atas nama..

lagi: baca kat sini

No comments:

Post a Comment

OtherStory

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...