Wednesday, 25 April 2012

PTPTN Tolong Batalkan Pinjaman Siswa Yang Berdemo

Riuh rendah demonstrasi menuntut pemansuhan PTPTN telahpun reda selepas sambutan hambar yang diterima sabtu lalu pun begitu hingga saat ini masih ada beberapa kerat mahasiswa pro pembangkang yang keras kepala sedang berusaha menarik perhatian umum dengan berkhemah di Dataran Merdeka. Melihat kepada kedegilan dan sikap kurang ajar yang ditunjukkan oleh segelintir mahasiswa ini rasanya amat wajar sekali untuk pihak berkuasa khususnya pihak PTPTN sendiri mengambil langkah pro aktif yang tegas dan berkesan sebagai pengajaran berguna di masa akan datang. Langkah segera seperti membatalkan pinjaman PTPTN pelajar yang dikenalpasti sah terlibat dalm demonstrasi tersebut wajar dilaksanakan.

Nawaitu pelajar yang menyertai demonstrasi tersebut jelas menentang pembiayaan pinjaman pengajian yang dikelolakan PTPTN. Bagi mereka pinjaman tersebut membebankan dan zalim walaupun sebenarnya tiada paksaan atau undang-undang yang mewajibkan para siswa ipt memohon pinjaman PTPTN. Lagipun rata-rata pelajar yang berdemo tempohari termasuklah yang masih berkhemah di Dataran merdeka sekarang kelihatan seperti tidak memerlukannya untuk tujuan pengajian.

Lihat sahaja kepada gaya mewah mereka yang memiliki gadget berharga ribuan ringgit seperti iPhone, iPad dan Galaxy Tab tidak sukar kita jangkakan ianya dibeli menggunakan wang pinjaman PTPTN.


Di sinilah terletaknya kewajaran untuk pihak PTPTN menarik balik pinjaman yang diluluskan untuk mereka supaya ianya dapat dimanfaatkan oleh pelajar lain yang lebih memerlukannya. Tapi jika masih ada saki baki wang pinjaman di tangan mereka, tidak salah untuk PTPTN menuntutnya kembali dan di masa yang sama mengeluarkan satu pekeliling meminta mereka segerakan pembayaran semula wang pinjaman yang telah digunakan. Hutang wajib di bayar, jika gagal atau sengaja dilambatkan pembayarannya takkan pula mereka mahu membawanya hingga ke liang lahad. Soal bagaimana mereka mahu mencari pembiayaan bagi meneruskan pengajian di ipt selepas ini terpulang pada mereka sendiri untuk memikirkannya. Mereka sendiri yang menolak PTPTN jadi tentu sahaja mereka ada caranya untuk mencari galang ganti, tak begitu?

Biarkan saja mereka belajar berdikari sendiri mencari wang ringgit untuk menampung pembiayaan seterusnya atau jika bernasib baik barangkali kerajaan PKR Selangor ataupun Anwar Ibrahim sendiri begitu bermurah hati untuk menampung sara hidup dan kos pengajian mereka hingga tamat, itupun kalau tamatlah.

No comments:

Post a Comment

OtherStory

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...