Thursday 3 May 2012

FW: PANAS BERAPI! MARI LIHAT BETAPA MUNAFIKNYA NIK AZIZ!

Alhamdulillah, dengan pengakuan TGNA seperti di atas, maka telah terbukti dengan cukup nyata sekali bahawa TGNA hanyalah MANUSIA HIPOKRIT yang berkata-kata bukan di atas landasan agama, tetapi hanya untuk menyelamatkan politik jumud dan sempit PAS serta PR semata-mata.

Umum perlu tahu bahawa berita yang disiarkan pada muka depan Utusan Malaysia semalam mengenai aksi panas manusia mirip Azmin Ali adalah satu perkara biasa yang telah lama diamalkan oleh media milik PAS, Harakah. Screenshot di bawah adalah salah satu bukti.
Persoalan, jika TGNA menegur Utusan atas dasar ikhlas, kenapa TGNA tidak menegur Harakah apabila akhbar PAS tersebut menyiarkan fitnah terhadap Dr Rahman Ismail yang pada ketika itu adalah MP BN Gombak. Dan sememangnya fitnah terhadap Dr Rahman Ismail disiarkan pada tahun 2008 sebagai edisi khas beberapa minggu sebelum PRU 12, maka semestinya bermotifkan politik. Bukankah ini juga satu taktik yang jijik.

Hanya satu kesimpulan boleh dianjurkan, bahawa TGNA hanyalah MANUSIA HIPOKRIT yang mempergunakan agama demi memenuhi hasrat politik PAS dan PR yang jumud dan sempit.

Namun bukan persoalan HIPOKRIT sahaja yang boleh dibuktikan di sini.

Allah Maha Besar, Allah Maha Kaya, Allah Maha Adil.

Pendedahan salah laku moral manusia "mirip" Azmin Ali adalah bukti bahawa pengkhianatan PAS terhadap Dr Rahman Ismail DIBAYAR DENGAN TUNAI kepada PR. Siapa kini yang terpalit najis fitnah PAS, tidak lain tidak bukan manusia bernama Azmin Ali yang kini juga seorang MP Gombak. Berbeza dengan fitnah disebarkan oleh PAS dalam Harakah yang hanya berasaskan pada sekeping gambar foto sahaja, pendedahan salah laku moral manusia "mirip" Azmin Ali dibuktikan oleh beberapa keping foto yang boleh menghuraikan rentetan peristiwa.

Apakah cita-cita TGNA sebenarnya?

Jika cukup senang TGNA menuduh UMNO menolak Islam, bagaimana pula kedudukan TGNA dan PAS yang bersekongkol dengan manusia-manusia yang telah terbukti tidak bermoral seperti Anwar Ibrahim dan Azmin Ali. Melihat kepada perkembangan terkini dalam PR, boleh dibuat kesimpulan bahawa PAS bukannya berkehendak kepada Islam, tetapi PAS hanya layak dikaldaikan setelah tergadai segala prinsip perjuangan.
Sumber: Perak Today

View article...

No comments:

Post a Comment

OtherStory

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...