Harussani "seorang yang gatal mulut". |
Mulia sungguh Nik Aziz sehingga tidak boleh ditegur, adalah beliau seorang yang ma'sum? hingga dilindungi dari melakukan kesalahan? atau tinggi ilmunya hingga boleh digelar sebagai 'Mujtahid Mutlak' ...
Sikap merendahkan orang lain dan tidak mahu menerima teguran orang lain menampakan beliau sebagai seorang diktator dalam pentadbirannya. Acap kali bila teguran di terima, beliau lantas melabelkan orang yang menegur sebagai tidak berilmu dan tidak layak untuk menegur beliau.
“Diriwayatkan daripada Tamim ad-Dari r. a. bahawa nabi Muhammad SAW bersabda : ‘Agama adalah nasihat’. Baginda mengulanginya sebanyak 3 kali. Kami pun bertanya : ‘Untuk siapakah wahai Rasulullah?’ Jawab baginda : ‘Untuk ALLAH, KitabNya, RasulNya, pemerintah-pemerintah orang Islam dan orang awam Islam.” (Hadith riwayat Muslim)
Hanya kerana Ustaz Harussani menegur tingkah laku PAS yang makin jauh tenggelam dalam politik kepartian hingga mengabaikan perpaduan sesama Islam, tanpa fikir panjang dan tidak segan selu, Nik Aziz memperlekehkan pendapat Mufti.
Manusia tidak suka pada teguran sebab dalam diri manusia ada satu sifat iaitu EGO. Semua manusia ada sifat ini. Bezanya mungkin sikit atau banyak ego tu dalam diri kita dan bagaimana kita mengawalnya. Namun walau setinggi mana pun ego kita, kita perlu menerima teguran yang membawa kebaikan pada kita. Rasulullah SAW junjungan kita, pemimpin agung, kekasih Allah, insan yang dijanjikan syurga juga menerima teguran.
Pernah satu ketika Rasulullah di tarik dengan kasar oleh seorang Arab yang meminta baginda melunaskan hutang baginda walaupun belum sampai tarikh kutipan hutang. Saidina Umar r.a yang berada dengan Rasulullah pada waktu itu, menghunuskan pedang dan memarahi lelaki Arab tersebut kerana berkasar dengan Rasulullah. Apa Rasulullah buat. Rasulullah bersabda "Wahai Umar, sepatutnya engkau menegur aku supaya aku membayar hutangnya, dan kau menegur dia supaya dia meminta hutangnya dengan cara yang baik." Nah itu akhlak al-Quran yang Rasulullah tunjukkan. Indah kan. Kalau kita lah ditempat Rasulullah saw, dikasari kemudian minta hutang, ada pula orang yang nak tolong kita, rasanya kita biarkan je orang yang mengasari kita tu dikerjakan orang yang nak tolong kita tu. Tapi dari kisah tadi, kita lihat bagaimana Rasulullah saw mendidik kita. Walaupun dikasari, Rasulullah tetap berlembut dengan lelaki Arab tadi. Malah minta ditegur. Disitu kita lihat Rasulullah saw meraikan teguran.
Pernah satu ketika beliau ditegur oleh seorang peminum arak. Dan beliau menerima teguran tersebut. Maka orang yang melihat keadaan tersebut terasa pelik dan janggal. Jadi mereka bertanya "Wahai Amirul Mukminin, kenapa kau terima teguran dia, sedangkan dia seorang peminum arak?"Apa jawapan Saidina Umar "Ya, dia berdosa kerana meminum arak, tapi teguran dia kepadaku adalah benar." Lihat disitu, Saidina Umar menerima teguran seorang peminum arak.
Dalam hidup, Nik Aziz sebagai manusia biasa tidak akan lepas dari membuat salah. Setiap hari mesti ada kesalahan yang kita buat. Kalau tidak banyak, sedikit. Oleh sebab kita ini makhluk yang tidak lepas dari membuat kesalahan. Maka disinilah elemen TEGURAN amat memainkan peranan. Tetapi malangnya Nik Aziz tidak boleh menerima teguran dengan senang hati, dengan hati terbuka, dengan berlapang dada. Daripada pengalaman saya sendiri, kebanyakan orang akan melihat teguran ini seolah-olah nak tunjuk kelemahan mereka. Maka selalunya teguran ni dibalas dengan kata-kata yang kurang enak didengar, contohnya: "eh, suka hati akulah nak jadi apa pun, kau apa peduli".
p/s: belom tentu syurga pok nik.. terimalah teguran orang lain.. dah sampai masa muhasabah diri
View Article...
DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM
No comments:
Post a Comment