Friday 18 May 2012

Suka Hatilah Aku Nak Tulis Apa!! Ada Aku Kesah? Nak Saman? Samanlah..

ramai orang sekarang menulis untuk memperjuangkan ideologi mereka. takala yang lain jugak turut sama mendabik dada mereka yang terbaik. bila sudah ada dalam organisasi besar dikenali ramai maka mereka terbaik sebab tulisan mereka dibaca oleh ratusan malah ribuan orang setiap hari. 

tapi setakat mana perjuangan itu? hanya sekadar untuk mendapatkan tempat dalam organisasi supaya nanti senang nak cari makan? ramai yang aku dah jumpa.. ramai yang aku dah kenal. mengaut kekayaan dengan berblog dan berpolitik. aku takdelah nak dengki kat diorang bila dapat habuan. tapi bila orang2 tertentu dah melabelkan mereka terbaik hinggakan lupa jasa orang lain. 

bukanlah nak sangat dikenang jasa yang ditabur. tetapi kenalah bersyukur dan berfikir bagaimana permulaan tiap sesuatu.. jangan jadi macam manusia yang dulu bila duduk dalam kerajaan kaut semua keuntungan tapi bila dah keluar buat parti sendiri mulalah nak kata kerajaan busuk, buruk, kerajaan jamban... yang dulu dia jugak duduk dalam jamban. 

ramai blogger yang baru tengah semangat menulis.. kehulu kehilir cari bahan mentah nak buat lauk.. perjuangan mereka inisiatif mereka sememangnya baik dan aku amat kagum dengan mereka. biasalah orang tengah semangat. tambahan bila disuntik imbuhan atas usaha mereka. tapi jangan sampai tak boleh nak menegur kepimpinan bila salah dan rosak. kononnya bile ditegur segala imbuhan di tarik balik.. disebabkan takut tak dapat lagi imbuhan maka tak beranilah nak menegur... membodek je lah kerjanya... 

aku rasa tu perjuangan yang salah.. perjuangan mesti berlandaskan kebenaran. amar ma'ruf nahyi munkar.. bukan apa saja engkau buat betul... tak betul pun aku tetap kata betul.. sbb kalau aku kata tak betul aku tak dapat apa2.. manusia macam tu takde prinsip dalam perjuangan... hatta kalau perdana menteri sekalipun kalau silap perlu ditegur dan beliau harus mempunyai sikap terbuka untuk meminta maaf atas kesilapannya... kalau ada silaplah.. jangan kata aku hentam PM pulak.. 

Ingat surah Al-Asr... 'Demi Masa sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian, kecuali mereka yang beramat soleh dan berpesan-pesan dengan KEBENARAN dan berpesan-pesan dengan KESABARAN"

Apa pun yang dilakukan mesti berlandaskan syariat.. jangan matlamat menghalalkan cara... hasil yang kita dapat jika caranya tidak betul walaupun matlamatnya betul tetap haram... dalam kaedah fiqh..matlamat tidak menghalalkan cara... tepuk dada tanya iman...


DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

No comments:

Post a Comment

OtherStory

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...